Manis Muka Mohd Darah

Ahli politik Malaysia

Datin Manis Muka binti Mohd Darah (8 Oktober 1954 – 17 November 2020)[1] merupakan bekas ahli politik Malaysia.[2] Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya dari 10 Mei 2018 sehingga 17 Nov 2020.


Manis Muka Mohd Darah
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Bugaya
Dalam jawatan
2018 – 17 November 2020
Didahului olehRamlee Marahaban
Majoriti
  • 7,851 (2018)
  • 6,005 (2020)
Butiran peribadi
LahirManis Buka binti Mohd Darah
(1954-10-08)8 Oktober 1954
Semporna, Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia)
Meninggal dunia17 November 2020(2020-11-17) (umur 66)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Bugaya
Parti politik UMNO
WARISAN (terkini)
PasanganDatuk Hj Sabardin Omrah
Anak-anak1. Raha 2.Fatimaya 3.Kabirah 4.Ghadafi 5.Ariah 6.Nabilah 7.Haidil 8.Farahdibah 9.Ghazali 10.Shahmudin

Kerjaya politik sunting

Beliau memulakan kerjaya politik pada 1985 dan pernah memegang beberapa jawatan termasuk Ketua Wanita UMNO Semporna, kemudian menjadi Ketua Wanita Warisan Semporna.[2]

Pada pilihan raya negeri Sabah 2020, Manis Muka mempertahankan kerusi DUN Bugaya, berdepan dengan pertandingan tujuh penjuru dengan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Parti Cinta Sabah (PCS) dan dua calon bebas.[2] Dengan majoriti sebanyak 6,005 undi, beliau berjaya mengatasi enam pencabarnya.[1]

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Sabah[3][4]
Tahun Kawasan Undian Peratus Pembangkang Undian Peratus Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2018 N54 Bugaya, P189 Semporna Manis Muka Mohd Darah (WARISAN) 10,662 74.51% Razak Sakaran Dandai (BN) 2,811 20.43% 13,756 7,851 71.60%
Mahamod Sarahil (PAS) 144 1.05%
Kulli Maralam (PKS) 67 0.49%
Said Tiblan (PPRS) 57 0.41%
Abd Muksin Mohammad Hassan (Bebas) 15 0.11%
2020 N66 Bugaya, P189 Semporna Manis Muka Mohd Darah (WARISAN) 8,557 74.44% Mohd Daud bin Tampokong (PN) 2,552 22.20% 11,495 6,005 56.72%
Jihek Basanu (PCS) 115 1.00%
Ahmad Hj Kenajaan (PERPADUAN) 99 0.86%
Rasidan bin Abd Latiff (Bebas) 92 0.80%
Taraji bin Jamdi (PPRS) 49 0.42%
Abdul Jan bin Muammil @ Abdul Jim (Bebas) 31 0.27%

Kehidupan peribadi sunting

Manis Muka berkata mengenai asal-usul namanya:[2][5][6]

"Sebenarnya nama ini adalah asal usul daripada nenek moyang saya kerana dulu di kepulauan (sebuah pulau di Semporna) itu, wanita tercantik namanya Manis Muka. Sebab itu arwah ibu bapa saya memberikan saya nama Manis Muka,".[2]

Terdapat kesilapan semasa pendaftaran apabila namanya yang sepatutnya didaftarkan telah tersalah eja sebagai Manis Buka.[2] Beliau ialah ibu kepada 10 anak, lima anak lelaki dan lima anak perempuan.[2]

Kematian sunting

Manis Muka meninggal dunia pada 17 November 2020 pada usia 66 tahun selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Gleneagles Kota Kinabalu akibat masalah buah pinggang.[1][7][8] Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Bugaya sebelum solat Subuh.[9][10] Beliau sebelum ini juga pernah disahkan positif COVID-19 pada Oktober, sebulan sebelum kematiannya.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Datin Manis muka meninggal dunia". Harakah Daily. 17 November 2020. Dicapai pada 26 Disember 2020.
  2. ^ a b c d e f g BERNAMA (16 September 2020). "PRN: Rahsia di sebalik nama Manis Muka". Harian Metro. Dicapai pada 26 Disember 2020.
  3. ^ "Keputusan Terkini DUN N.66". Dashboard SPR. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-18. Dicapai pada 13 September 2020.
  4. ^ "14th General Election Malaysia (GE14/PRU14) - Sabah". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Disember 2020.
  5. ^ "Rahsia di sebalik nama Manis Muka". Sabah Gazette. 17 September 2020. Dicapai pada 26 Disember 2020.
  6. ^ ""Manis Muka" reveals the secret behind her name" ["Manis Muka" membongkar rahsia di sebalik namanya] (dalam bahasa Inggeris). Borneo Today. 16 September 2020. Dicapai pada 26 Disember 2020.
  7. ^ "Manis Muka meninggal dunia". Borneo Today. 17 November 2020. Dicapai pada 26 Disember 2020.
  8. ^ Mohd Fadhli Mohd Sulaiman (17 November 2020). "ADUN Bugaya Manis Muka meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Disember 2020.
  9. ^ "Jenazah Manis Muka selamat dikebumi". ProjekMM. 18 November 2020. Dicapai pada 26 Disember 2020.
  10. ^ "Assemblyperson Manis Muka laid to rest" [ADUN Manis Muka selamat dikebumikan] (dalam bahasa Inggeris). Malaysiakini. 18 November 2020. Dicapai pada 26 Disember 2020.
  11. ^ Stephanie Lee (17 November 2020). "Salam takziah... ADUN Bugaya Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia". mStar Online. Dicapai pada 26 Disember 2020.