Faisal Halim

pemain bola sepak Malaysia
(Dilencongkan dari Mohd Faisal Abdul Halim)

Muhammad Faisal bin Abdul Halim (lahir 7 Januari 1998) ialah pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Super Malaysia Selangor FC dan pasukan kebangsaan Malaysia.

Muhammad Faisal bin Abdul Halim
Maklumat peribadi
Nama penuh Muhammad Faisal bin Abdul Halim
Tarikh lahir (1998-01-07) 7 Januari 1998 (umur 26)
Tempat lahir

Mengkuang Titi,Seberang Perai Tengah

Pulau Pinang, Malaysia
Ketinggian 1.58 m (5 ka ​2 316 in)
Posisi permainan Pemain Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Selangor
Nombor 7
Kerjaya remaja
2012–2015 Penang F.C.
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015 Penang F.C. 0 (0)
2016–2020 Sri Pahang 60 (6)
2021–2022 Terengganu FC 42 (10)
2023– Selangor FC 23 (11)
Pasukan kebangsaan
2016–2018 Malaysia B-20 8 (0)
2018–2021 Malaysia B-23 4 (1)
2019– Malaysia 32 (15)
Pengalaman
Bola sepak Lelaki
Mewakili  Malaysia
Pestabola Merdeka
Naib-juara 2023
Piala Raja Thailand
Naib-juara 2022
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 Disember 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mac 2024

Kerjaya sunting

Pulau Pinang FA sunting

Faisal Halim adalah pemain dari skuad Piala Belia yang kemudiannya diserapkan ke skuad Piala Presiden Pulau Pinang.Prestasi yang sangat baik dalam pasukan Belia Pulau Pinang 2015 bimbingan Ketua Jurulatih Noraffendi Taib telah mencuri tumpuan pengendali pasukan Piala Presiden Pulau Pinang yang seterusnya mengambil beliau bermain dalam Skuad Piala Presiden P.Pinang. Dia menjaringkan satu gol dalam penampilan pertama dalam kejohanan Piala Malaysia menentang PDRM FC di mana Pulau Pinang tewas 2-3. Beliau adalah salah seorang pemain muda yang telah dipanggil untuk berlatih dengan skuad pasukan senior sebagai persediaan untuk Piala Malaysia 2015. Beliau dijangka membantu barisan hadapan Pulau Pinang. Prestasi beliau dalam pertandingan Piala Belia dan Piala Presiden sudah membawanya kepada perhatian pihak pengurusan Pulau Pinang.

Pahang sunting

Pada November 2015, Faisal menandatangani kontrak dengan Pahang, dan membantu pasukan memenangi Piala FA Malaysia 2018.

Terengganu sunting

Pada 6 Disember 2020, Faisal Halim menandatangani kontrak dengan Terengganu dan menyarung nombor 7 dalam musim 2021. Beliau menjaringkan gol pertamanya menentang Perak dalam kemenangan 2–0 di Stadium Ipoh.

Selangor sunting

Pada 22 Disember 2022, pengumuman dibuat bahawa Faisal telah berpindah ke Selangor dalam pertukaran bebas.[1][2] Faisal menjaringkan gol pertamanya saat menentang KL City menerusi sepakan penalti. Selangor memenangi perlawanan tersebut 3-1.

Kontroversi sunting

Serangan asid sunting

Pada 5 Mei 2024, Faisal mengalami serangan asid di hadapan sebuah pusat beli-belah. Insiden ini berlaku beberapa hari selepas rakan sepasukan kebangsaannya Akhyar Rashid.[3] Bagaimanapun suspek telah ditangkap. Menurut beberapa saksi, suspek sempat mengucapkan "Selamat maju jaya" kepada Faisal sebelum menyimbah asid.[4]

Kehidupan peribadi sunting

Faisal berkahwin dengan Nur Syazwani Mizuana Shahril dan mempunyai seorang anak, iaitu Khalish Aryan Faisal.

Statistik kerjaya sunting

Pasukan sunting

Sehingga 17 Disember 2023[5][6]
Penampilan dan gol mengikut pasukan, musim dan pertandingan
Pasukan Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Benua Jumlah
Bahagian Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Penang 2015 Liga Premier Malaysia 3 1 3 1
Jumlah 3 1 3 1
Sri Pahang 2016 Liga Super Malaysia 10 1 2 0 1 1 13 2
2017 Liga Super Malaysia 5 0 0 0 2 0 7 0
2018 Liga Super Malaysia 17 2 5 0 1 0 23 2
2019 Liga Super Malaysia 17 1 5 2 7 0 29 3
2020 Liga Super Malaysia 11 2 0 0 1 0 12 2
Jumlah 60 6 12 2 12 1 84 9
Terengganu 2021 Liga Super Malaysia 22 4 9 6 31 10
2022 Liga Super Malaysia 20 6 5 3 6 2 31 11
Jumlah 42 10 5 3 15 8 62 21
Selangor 2023 Liga Super Malaysia 23 11 3 1 2 0 28 12
2024–25 Liga Super Malaysia 0 0 0 0 0 0 0[c] 0 0 0
Jumlah 23 11 3 1 2 0 0 0 28 12
Jumlah kerjaya 125 27 20 6 32 10 0 0 177 43
  1. ^ Penampilan dalam Piala FA Malaysia
  2. ^ Penampilan dalam Piala Malaysia
  3. ^ Penampilan dalam Liga Dua Juara-Juara AFC

Antarabangsa sunting

Sehingga 26 Mac 2024[7]
Kemunculan dan gol mengikut pasukan dan tahun
Pasukan Tahun Kemunculan Gol
Malaysia 2019 1 0
2021 3 0
2022 12 8
2023 13 6
2024 5 1
Jumlah 34 15
No Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 27 Mei 2022 Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia   Brunei 3–0 4–0 Persahabatan
2. 8 Jun 2022   Turkmenistan 2–0 3–1 Kelayakan Piala Asia AFC 2023
3. 9 Disember 2022   Kemboja 1–0 4–0 Persahabatan
4. 3–0
5. 14 Disember 2022 Stadium Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia   Maldives 2–0 3–0
6. 21 Disember 2022 Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar   Myanmar 1–0 1–0 Piala AFF 2022
7. 24 Disember 2022 Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia   Laos 2–0 5–0
8. 3–0
9. 7 Januari 2023   Thailand 1–0 1–0
10. 28 Mac 2023 Stadium Sultan Ibrahim, Johor, Malaysia   Hong Kong 2–0 2–0 Persahabatan
11. 20 Jun 2023 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia   Papua New Guinea 4–0 10–0
12. 9 September 2023 Stadium Phoenix Hill Football, Chengdu, China   China 1–0 1–1
13. 13 Oktober 2023 Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia   India 3–1 4–2 Pestabola Merdeka 2023
14. 16 November 2023   Kyrgyzstan 4 - 3 4 - 0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026
15. 25 Januari 2024 Stadium Al Janoub, Al Wakrah, Qatar   Korea Selatan 1–1 3–3 Piala Asia 2023

Faisal Halim berjaya memenangi perlawanan dengan 1 goal yang menamatkan Kyrgyzstan dari peringkat 94 dalam FIFA melalui bantuan daripada Arif Aiman yang berjaya membuat "Comeback is Real" dalam perlawanan kelayakan tersebut.

Pencapaian sunting

Penang FC sunting

Pahang FC sunting

Terengganu FC sunting

Selangor FC sunting

  • Liga Super Malaysia tempat ke–2: 2023

Malaysia sunting

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Faisal Halim Officially Joins Selangor FC". selangorfc.com. Selangor FC. 22 Disember 2022. Dicapai pada 22 Disember 2022.
  2. ^ Abdullah, Meor (22 Disember 2022). "RASMI: Faisal Halim Sah Bersama Selangor". vocketfc.com. Vocket FC. Dicapai pada 22 Disember 2022.
  3. ^ "Faisal Halim disimbah asid | malaysiakini". www.malaysiakini.com/my. 2024-05-05. Dicapai pada 2024-05-06.
  4. ^ "Suspek kes simbah asid Faisal Halim direman 2 hari - Semasa | mStar". www.mstar.com.my. 2024-05-06. Dicapai pada 2024-05-06.
  5. ^ "Faisal Abdul Halim Statistics". www.soccerpunter.com. Dicapai pada 21 November 2017.
  6. ^ "Faisal Abdul Halim Statistics". www.soccerway.com. Dicapai pada 21 November 2017.
  7. ^ "Faisal Halim (Player)". www.national-football-teams.com. Dicapai pada 9 Mei 2024.

Pautan luar sunting