Pengguna:26 Ramadan/Laman Utama/6

Selamat datang ke Wikipedia
ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua.
Poster promosi Cicakman 3

Cicakman 3 adalah filem Adiwira berbahasa Melayu 2015 dari Malaysia. Ia merupakan sekual untuk filem Cicak-Man dan Cicakman 2 - Planet Hitam. Filem ini diarahkan bersama-sama oleh Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar serta diterbitkan oleh KRU Studios. Watak utama filem ini dilakoni oleh Zizan Razak yang menggantikan Saiful Apek. Filem ini mengisahkan mengenai Man (Zizan Razak),seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda, (Lisa Surihani). Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak dimana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu. Dia menerima tanggungjawab tersebut selepas 7 tahun kehilangan Cicakman yang asal dan kehadiran superhero baru, Super Bro. Filem ini telah ditayangkan pada 12 Mac 2015.


Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan Mei 2024. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang!

Hari ini dalam sejarah

9 Mei: Hari Eropah di Kesatuan Eropah; Hari Kemenangan di beberapa negara Eropah Timur; Hari Kemerdekaan di Romania (1877).

Thomas Blood

Hari-hari sebelum: 8 Mei7 Mei6 Mei
Warna pelengkap dalam bentuk model warna RGB.
Warna pelengkap dalam bentuk model warna RGB.
  • ... bahawa warna pelengkap adalah pasangan warna yang apabila digabungkan akan menghasilkan warna skala kelabu seperti putih atau hitam 
  • "... bahawa germanena ialah suatu bahan yang diperbuat daripada satu lapis tunggal atom germanium dan diiktiraf sebagai bahan paling bermutu tinggi dalam penggunaan peranti semikonduktor dan penyelidikan sains bahan?" 
  • ... bahawa komet C/1811 F1 pernah memegang rekod sebagai komet paling lama boleh dilihat dengan mata kasar iaitu selama 260 hari, sebelum ia dipecahkan oleh komet Hale–Bopp
  • ... bahawa siput laut Thuridilla vataae mengumpul dan menyimpan giginya yang tumpul dalam kantung di dalam mulutnya? 

Wikipedia adalah sebuah ensiklopedia dalam talian yang boleh disunting dan dibina secara kerjasama dengan menggunakan perisian wiki. Terdapat lebih daripada 270 bahasa, Wikipedia dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia. Matlamatnya iaitu selain untuk memberikan pengetahuan, Wikipedia juga memasukkan maklumat yang lebih kerap dikaitkan dengan almanak dan jurnal serta perkara semasa. Kandungan Wikipedia dibina sepenuhnya oleh para penggunanya dan diterbitkan dibawah perlesenan "Creative Commons CC-BY-SA".

Selamat mencuba!

Pembebasan Paris

Orang ramai berbaris di Champs-Élysées semasa Bahagian Perisai Ke-2 Perancis melancarkan perarakan dari Arc de Triomphe ke Place de la Concorde pada 26 Ogos 1944, berikutan pembebasan Paris. Diperintah oleh Jerman Nazi sejak menandatangani Gencatan Senjata Compiègne Ke-2 pada tahun 1940, Paris telah dibebaskan semasa perjuangan selama seminggu yang bertelagah dengan Pasukan Dalaman Perancis, Bahagian Perisai Ke-2 Perancis, dan Tentera Darat Tengah Amerika Syarikat menentang Jerman Bahagian Keselamatan Ke-325. Pertempuran berakhir dengan Jeneral Jerman Dietrich von Choltitz menyerah kalah kepada pasukan Perancis. Lebih daripada 1,700 tentera Perancis dan 3,200 tentera Jerman terbunuh dalam pertempuran itu.

Gambar: Jack Downey

Projek saudara
Wikipedia dihoskan oleh Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi bukan untung yang juga mengendalikan beberapa projek pelbagai bahasa yang lain.