Datuk Salehuddin Hashim merupakan bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), di mana beliau berkhidmat selama 6 tahun. Beliau berhenti pada Januari 2010 kerana mahu menumpukan semula bidang perniagaan, dan digantikan oleh Saifuddin Nasution Ismail.[1] PKR dikatakan membayarnya RM9,000 sebulan.[2]

Salehuddin adalah anak kepada ahli parlimen PAS (1969-1974), Haji Hashim Gera. Hashim Gera menang di parlimen Parit,Perak mengalahkan calon Perikatan , Dato Hussein Nordin dalam tahun 1969 .Hashim Gera dipecat oleh PAS kerana berjoget dalam satu majlis yang diadakan di lobi Parlimen pada 1974 .Dalam majlis itu, Tunku Abdul Rahman mencabarnya sama-sama joget lambak dengan perempuan joget yang disediakan. Ketiks itu , PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional.

Difahamkan , kalau satu jam ceramah ,Hashim Gera boleh berpantun selama satu jam juga dan ini menimbulkan keriangan dalam majlis.[3]


Meninggalkan PKR sunting

Salehudin melancarkan perang saraf dengan meramalkan 10 lagi MP PKR akan meninggalkan PKR. Beliau menafikan dalang tindakan beberapa ahli parlimen lompat parti menjadi ahli Bebas. Antaranya ialah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Tan Tee Beng. Mereka mungkin ada masalah kewangan , disiasat oleh SPRM ,masalah pribadi dengan pimpinan parti atau kerajaan negeri.

Salehuddin menentang tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membeli balik hutang anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor dari Talam Berhad.Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri bersetuju dengan MB Selangor itu.

Meletakkan jawatan SU PKR sunting

Pada 2 Mac 2010, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali menuduh Salahudin Hashim meletak jawatan dan bertindak menentang PKR kerana gagal mendapat jawatan sebagai CEO Syarikat Perangsang yang gajinya adalah RM50,000 sebulan.[4] Bagi Salhuddin, gaji RM9,000 sangat kecil, tidak berbaloi dengan tempoh kerja selama ini.

Sebelum ini Salehuddin berkhidmat selama empat tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan Ketua Staf Anwar Ibrahim. Beliau mahukan sebuah Ibu Pejabat Parti yang lengkap dan gaji yang mencukupi untuk staf. Dia meminta elaun RM100 sehari untuk perbelanjaan berkaitan seperti telefon, parkir, perjalanan, makan-minum dan sebagainya.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Sira Habibu (10 Januari 2010). "PKR picks Saifuddin to replace Salehuddin". The Star (Malaysia).
  2. ^ a b Salehudin: RM9,000 sebulan jumlah yang sangat kecil HarakahDaily
  3. ^ What maketh the memorable MP
  4. ^ Salehudin marah selepas ditolak jadi CEO dengan gaji RM50,000