Salleh Kamil

Pelakon veteran lelaki Singapura

Haji Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Salleh Kamil (24 April 1924 – 4 Julai 1998) ialah seorang pelakon lelaki Singapura.[1][2] Beliau mendapat pendidikan di Madrasatul Muqtabian sebelum mula bekerja di Studio Jalan Ampas di Singapura sebagai pemandu, Salleh diangkat sebagai pelakon menerusi filem pertamanya, Patah Seribu.[3][4][5] Sepanjang kerjaya lakonannya selama 17 tahun, beliau dikenali dengan peranan antagonis.[6][7]

Salleh Kamil
Salleh pada tahun 1960an.
Kelahiran
Salleh bin Abdullah

(1924-04-24)24 April 1924
Meninggal dunia4 Julai 1998(1998-07-04) (umur 74)
Yishun, Singapura
Sebab kematianSakit tua
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1951–1968
Pasangan
  • Zahrah Pagi
  • Jumini Simin
Anak-anak18
Saudara40 cucu dan tujuh cicit

Kerjaya sunting

Sebelum menceburi filem, Salleh bekerja sebagai pemandu teksi.[8] Minatnya berputik selepas berkenalan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Watak pertamanya hanyalah sebagai seorang penari.[9] Ketika itu, Salleh muncul dalam filem Tas Tangan Wanita arahan L. Krishnan. Watak berdialog pertamanya ialah melalui filem Miskin arahan K. M. Basker pada 1952 sebagai pelawak, diikuti filem Sedarah (S. Ramanathan) memegang peranan jahat. Ternyata, watak jahat serasi pada dirinya, lalu silih berganti beliau diberi imej itu dalam filem seperti Penarek Becha, Semerah Padi, Matahari, Sumpah Orang Minyak, Sarjan Hassan dan Isi Neraka. Beliau juga pernah melakonkan watak baik dalam filem Lela Manja dan filem Pusaka Pontianak serta watak lawak dalam filem Tiga Abdul yang membawa watak Kassim Patalan, seorang peguam batu api yang berkomplot dengan Sadiq Segaraga (lakonan Allahyarham Ahmad Nisfu).[9]

Selain berlakon, Salleh turut menjadi tenaga pengajar babak pergaduhan kepada beberapa pelakon termasuk Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmud.[9]

Pada tahun 1968, Salleh muncul dalam filem Raja Bersiong arahan Jamil Sulong.[9] Walaupun MFP ditutup tahun itu, beliau terus menetap di Boon Teck Road sehingga 1973.[9]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin sebanyak dua kali dengan isteri pertama Zahrah Pagi,[10] dan isteri kedua Jumini Simin. Mempunyai 18 orang anak, 40 cucu dan tujuh cicit.[9]

Kematian sunting

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 4 Julai 1998 pada usia 74 tahun akibat sakit tua,[11][12][13] selain itu Allahyarham juga menderitai angin ahmar selama sembilan tahun.[14] Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1951 Patah Seribu Filem pertama
Pulau Mutiara
1952 Tas Tangan Wanita
Aladdin
Sedarah
Anjoran Nasib Kamal
Miskin
Permata Di Perlimbahan
1953 Istana Impian
Putus Harapan Ismail
Ibu Salleh
Siapa Salah? Salleh
Chemburu
1954 Pawang
Panggilan Pulau Shukur
1955 Empat Isteri Salleh
Roh Membela Bakar
Penarek Becha Ghazali
1956 Hang Tuah Orang Mengamuk 1 Pelakon tambahan
Semerah Padi Borek
Ribut
1957 Belantara Kamil
Kembali Seorang
1958 Sarjan Hassan Buang
Matahari Hitam
Sumpah Orang Minyak Buyong
Azimat
Masharakat Pinchang Wahab
Taufan Hamid
Sri Menanti
1959 Batu Belah Batu Bertangkup Datuk Hitam Pahlawan
Raja Laksamana Bentan Nakhoda Haridjah
Puteri Gunong Banang Toba
1960 Lela Manja Sang Naka
Pertarongan Datuk Berang
Isi Neraka Wira
1961 Mas Merah Datok Panglima
Si Tanggang Linggi
1963 Darah Muda Zahiri
1964 Tiga Abdul Tuan Penasihat Kassim Patalan
1965 Dayang Senandong Raja Shamsir
Pusaka Pontianak Hambali
1966 Sri Andalas Orang Kaya Tedung
Gerak Kilat Komander G-Man
1967 Jebak Maut Inspektor Bakhtiar
1968 Ibulah Syurga
Raja Bersiong Perompak Sang Tuai Filem terakhir sebagai pelakon

Anugerah dan pencalonan sunting

  • Pelakon Pembantu Terbaik dalam Penarek Becha (1955) dengan mendapat gelaran The Leading Crook Actor.

Rujukan sunting

  1. ^ Zainuri Misfar (11 Julai 1998). "Kenangan Salleh Kamil". Berita Harian. Dicapai pada 17 November 2021.
  2. ^ Hardi Effendi Yaacob (14 September 2008). "Salleh Kamil pelakon watak jahat paling menyerlah". Berita Minggu. Dicapai pada 21 November 2021.
  3. ^ Akmaliah Razak (4 September 2013). "Sisi antagonis beri impak buat industri". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2018. Dicapai pada 17 November 2017. Dalam sejarah perfileman Melayu klasik, nama Salleh Kamil boleh diangkat sebagai penyangak nombor satu atau 'bapa crook filem Melayu'. Ini kerana, raut wajah bengis menjadi penggerak kepada watak jahat yang sebati dengan dirinya.
  4. ^ "Salleh Kamel kesal lakonkan watak menidakkan Tuhan". Berita Harian Singapura. 8 April 1993. m/s. 5. Dicapai pada 21 November 2018.
  5. ^ Azura M.N. (25 Mei 1991). "Crook filem Melayu kecundang". Bacaria. m/s. 8.
  6. ^ Sulaiman Jeem (1 Jun 1975). "Namanya harum kerana watak2 jahat dalam filem". Berita Harian Singapura. m/s. 3. Dicapai pada 20 Disember 2018.
  7. ^ A. Kadir Pandi (23 November 1980). "Salleh Kamil berhasrat kembali ke filem tapi..." Berita Harian Singapura. m/s. 7. Dicapai pada 20 Disember 2018.
  8. ^ "Pemandu teksi jadi pelakon". Berita Harian. 11 Julai 1998. Dicapai pada 17 November 2021.
  9. ^ a b c d e f "Mengenang Salleh Kamil, Sang Antagonis". Mimbarkata. 2 Oktober 2014. Dicapai pada 2 Oktober 2014.
  10. ^ "Isteri Salleh Kamil meninggal". Berita Harian Singapura. 30 Mac 1965. m/s. 2. Dicapai pada 21 November 2018.
  11. ^ Zurina Waji (5 Julai 1998). "Salleh Kamil meninggal dunia". Metro Ahad. Dicapai pada 8 November 2019.
  12. ^ "Salleh Kamil meninggal dunia". Berita Minggu. 5 Julai 1998. Dicapai pada 17 November 2021.
  13. ^ "Dua seniman sukar diganti". Metro Ahad. 12 Julai 1998. Dicapai pada 17 November 2021.
  14. ^ "Salleh Kamil semakin uzur akibat angin ahmar". Berita Harian Singapura. 5 Februari 1998. m/s. 6. Dicapai pada 21 November 2018.

Pautan luar sunting