Senarai Pemenang Keseluruhan Anugerah Juara Lagu

Rencana Senarai Wikimedia

Anugerah Juara Lagu merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik secara tahunan untuk dipilih oleh juri profesional sebagai lagu terbaik tahunan. Setiap tahun sebuah lagu akan dipilih sebagai Juara Keseluruhan dan diangkat sebagai Lagu Terbaik Sepanjang Tahun.

Syarat Pertandingan sunting

Penggubah dan penulis lirik yang dipilih sebagai Juara Keseluruhan mestilah warganegara Malaysia yang menerbitkan rakaman lagu terbaru dalam tempoh pertandingan Muzik Muzik secara mingguan di TV3. Penulis lirik dimestikan menulis lirik dalam bahasa Melayu dan elemen bahasa asing hendaklah tidak lebih daripada 40%. Sementara penyanyi yang menyampaikan lagu dipertandingkan tidak semestinya warganegara Malaysia atau penyanyi asal. Penggubah bebas memilih penyanyi yang akan mempersembahkan lagu ciptaan mereka secara langsung ketika pertandingan.

Penerima sunting

Tahun Judul Lagu Penyanyi Asal Pencipta Lagu Penulis Lirik Penerbit Rakaman Album Label Nuansa Muzik
1986 Sekadar Di Pinggiran Francesca Peter Abdul Manan Ngah (Manan Ngah) Lukhman Abdul Kadir (Lukhman S.) Abdul Manan Ngah (Manan Ngah) "Sekadar Di Pinggiran" (1986) WEA (kini Warner Music) Pop
1987 Menaruh Harapan Zaiton Sameon A. Ali Habsah Hassan A. Ali "Menaruh Harapan'" (1987) FGM/BMG Music (kini Sony Music) Pop
1988 Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu Ramlah Ram Ahmad Nawab Abdul Jalil Salleh (Juwie) Ahmad Nawab "Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)" (1988) PMC/ BMG Music (kini Sony Music) Pop
1989 Isabella Kumpulan Search Amy, Yazit, Kid, Din & Nasir Mohd Hakim Lokman (Bob Lokman) Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) "Fenomena" (1989) PMC / BMG Music (kini Sony Music) Rock, Orkestra
1990 Janji Manismu Aishah Omar Mohamed (Adam Ahmad) Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) Adnan Abu Hassan "Aishah" (1990) CBS (kini Sony Music) Pop
1991 Takdir dan Waktu Kumpulan Mega Rahim Othman Abdul Jalil Salleh (Juwie) Rahim Othman "Ilustrasi" (1991) Jojo's/ BMG Music (kini Sony Music) Rock
1992 Pada Syurga di Wajahmu Nash Elias Fauzi Marzuki Mohd. Fauzi Darus (Jay Jay) Mohd Hakim Lokman (Bob Lokman) "Nash" (1992) WEA (kini Warner Music) Rock, Pop
1993 Teratai Layu Di Tasik Madu Fauziah Latiff Omar Mohamed (Adam Ahmad) Syed Mohd Amin Syed Hashim (S. Amin Shahab) Adnan Abu Hassan "Epilog Memori Gelita" (1993) Happy Records/ EMI (kini Universal) Pop
1994 Tanya Sama Itu Hud Hud M. Nasir Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) & Wan Rastari "Canggung Mendonan" (1994) BMG Music (kini Sony Music) Pop, Folks, Tradisional
1995 Cinta Beralih Arah Aishah Jaafar Abdul Rahman (Jari Idris) Habsah Hassan Jaafar Abdul Rahman (Jari Idris) "Wajah" (1995) Sony Music Pop, Ketuhanan
1996 Jerat Percintaan Siti Nurhaliza Adnan Abu Hassan Norhani Md Jamil (Hani MJ)
Othman Zainuddin
Adnan Abu Hassan "Siti Nurhaliza" (1996) Suria Records (SRC) / Universal Pop
1997 Ghazal Untuk Rabiah Jamal Abdillah dan M. Nasir Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir)
Jamal Ubaidillah Ali
(Jamal Abdillah)
Rosli Khamis (Cenderawasih) Nasser Abu Kassim "Suratan Kasih" (1995) Warner Music Tradisional
1998 Cindai Siti Nurhaliza Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) Hairul Anuar Harun Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) "Cindai" (1997) Suria Records (SRC) / Universal Tradisional
1999 Andalusia M. Nasir Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) Rosli Khamis (Loloq) Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) "Terbaik M. Nasir" (1998) BMG Music (kini Sony Music) Pop, Folks, Tradisional
2000 Balqis Siti Nurhaliza Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) Hairul Anuar Harun Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) "Sahmura" (2000) Suria Records (SRC) / Universal Pop, Tradisional
2001 Mimpi Laila Yasin Sulaiman Yasin Sulaiman Yasin Sulaiman Nasser Abu Kassim & Yasin Sulaiman "Mimpi Laila" (2001) MIG Records (kini Warner Music) Pop, Folks, Tradisional
2002 Keliru Ajai & Nurul Aidit Alfian Aidit Alfian Mohd Faizal Maas (Ajai) "Ajai & Nurul" (2002) Warner Music Pop, Kontemporari
2003 Bunga-bunga Cinta Misha Omar Adnan Abu Hassan Adnan Abu Hassan Adnan Abu Hassan "Misha" (2002) BMG Music (kini Sony Music) Pop, R&B
2004 Relaku Pujuk Kumpulan Spider Rustam Mustafah (Tam) Mohd Khirin Omar (Keon) Mokhtaza Ahmad "Nazraku" (2004) NAR Records Pop, Rock
2005 Gemilang Jaclyn Victor Aubrey Suwito Asmin Mudin Mohd Said Ramli M.S. "Gemilang" (2004) Sony Music Pop, Gospel
2006 Terlalu Istimewa Adibah Noor Azlan Abu Hassan Adibah Noor Azlan Abu Hassan "Terlalu Istimewa" (2005) ANE Pop
2007 Itu Kamu Kumpulan Estranged Richael Lawrence Gimbang,
Din Hormatov,
Nor Hanafi,
Azwin Andy Malik
Richael Lawrence Gimbang Richael Lawrence Gimbang,
Din Hormatov
"In Hating Memory" (2007) EAD Pop, Rock, Alternatif
2008 Lagu Untukmu Kumpulan Meet Uncle Hussain Nik Mustaza Nik Mustapha (Taja),
Tassiq Saidi Hashim (Tass),
Azlan Rosle (Lan)
Nik Mustaza Nik Mustapha (Taja,)
Tassiq Saidi Hashim (Tass)
Nik Mustaza Nik Mustapha (Taja),
Tassiq Saidi Hashim (Tass)
"KAMI: The Album" (2007) Positive Tone/EMI (kini Universal) Rock, Runut Bunyi
2009 Pergi Aizat Amdan Pete Teo Amran Omar Pete Teo "OST Talentime" (2009) Universal Pop, Runut Bunyi
2010 Tolong Ingatkan Aku Ana Raffali Ana Nurhidayah Mohd Raffali (Ana Raffali) Ana Nurhidayah Mohd Raffali (Ana Raffali) Aidit Alfian "Ketika Aku Kecil" (2010) Universal Pop, Puisi
2011 Awan Nano Hafiz Suip Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) Hasmi Hashim (Budi Hekayat) M. Nasir "Masih Jelas" (2009) Astro Entertainment / Warner Music Pop
2012 Terukir Di Bintang Yuna Zarai Yunalis Mat Zarai (Yuna Zarai) Yunalis Mat Zarai (Yuna Zarai) Mohd Hezry Mohd Hafidz (AG Coco) "Terukir Di Bintang" (2012) FMC Pop, Jazz
2013 Bahagiamu Deritaku Hafiz Suip Rozman Shafie (LY) Norahayati Hashim (Baiduri) Khairul Anwar Salleh & Putri Yasmin " Luahan Hati Anak Seni" (2013) Astro Entertainment / Warner Music Pop
2014 Apa Khabar Joe Flizzow & Sonaone Mikael Adam Lozach (SonaOne) Johan Ishak (Joe Flizzow) Mikael Adam Lozach (SonaOne) " Havoc" (2013) Kartel Records/ Sony Music Hip-Hop, R&B
2015 Potret Kumpulan Akim & The Majistret Afiq Hakim Ahmad (Akim Ahmad / Hang Nadim) Afham Zulhusmi Ahmad (Kamar Empayar) Zarimi Zahari (Zimy) " Patriot" (2015) Nova Music Rock, Pop
2016 Lelaki Teragung Dayang Nurfaizah Natasyah Ahmad Rudy Imran Shamsuddin (Iman Imran) Fauzi Samad (Poji Samad) & Adi Priyo Sambodo "Dayang Nurfaizah" (2017) Indigital Pop
2017 Jampi Hael Husaini Ezra Kong Yi Jia & Hael Husaini Razmi Ezra Kong Yi Jia & Hael Husaini Razmi Ezra Kong Yi Jia diterbitkan dalam bentuk single Rocketfuel Pop, Rock
2018 Haram Hael Husaini & Dayang Nurfaizah Ezra Kong Yi Jia & Hael Husaini Razmi Ezra Kong Yi Jia & Hael Husaini Razmi Ezra Kong Yi Jia diterbitkan dalam bentuk single Rocketfuel Pop, R&B
2019 Sumpah Naim Daniel Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K) & Muhammad Naim Daniel Baharin Muhammad Naim Daniel Baharin Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K) diterbitkan dalam bentuk single World Peace Entertainment Pop
2020 Gila Kaka Azraff, Noki dan Loca B Ezra Kong Yi Jia , Ahmad Ikhwan Aji (Noki) & Nabilah Hani Azali (Loca B) Ezra Kong Yi Jia , Ahmad Ikhwan Aji (Noki) & Nabilah Hani Azali (Loca B) Ezra Kong Yi Jia diterbitkan dalam bentuk single Warner Music Malaysia Entertainment Hip Hop
2021 Pelukan Angkasa Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah Raja Nazrin Shah Raja Azaham Fazleena Hishamuddin Bert Poncet "Second Voyage" (2021) Auranzeb Metal / Hard Rock
2022 Terus Hidup Aina Abdul Nurul Aina Abdul Ghani (Aina Abdul) Nurul Aina Abdul Ghani (Aina Abdul) Nadhirah Chin Abdullah (Jenny Chin) diterbitkan dalam bentuk single Aina Abdul Entertainment / Mekar Jaya Enterprise / Indigital Pop
2023 Hasrat Amir Jahari Muhammad Amirullah Jahari (Amir Jahari) Muhammad Amirullah Jahari (Amir Jahari) Mohd Hezry Mohd Hafidz (AG Coco) Runut Bunyi Filem "Imaginur" (2023) Luncai Emas / Sekalo Music Production / Kasi Gegar Entertainment Folk, Pop, Runut Bunyi, Puisi
 
Francissca Peter-Pemenang Pertama AJL Pada 1986
 
Misha Omar-Pemenang AJL 2003
 
Jaclyn Victor-Pemenang AJL 2005

Rekod sunting

Kuantiti sunting

  • Syarikat rakaman Sony Music mendahului jumlah hak cipta bagi lagu juara iaitu dengan 11 buah lagu manakala 7 buah lagu masing-masing dipunyai oleh syarikat Universal Music dan Warner Music.
  • Lagu "Terlalu Istimewa" dan "Itu Kamu" diterbitkan dan diedarkan sepenuhnya secara bebas (indie).
  • M. Nasir merupakan komposer yang paling banyak memenangi trofi AJL iaitu sebanyak empat (4) kali. 3 kali dinyanyikan sendiri 1994, 1997 (duet bersama Jamal Abdillah), 1999 dan sekali dinyanyikan artis lain iaitu Hafiz menerusi Awan Nano pada AJL 26 (2011).
  • Seramai lima (5) orang penulis lirik berkongsi jumlah kemenangan utama paling banyak iaitu sebanyak dua (2) trofi. Mereka ialah Abdul Jalil Salleh (dikenali sebagai Mama Juwie), Bob Lokman, Habsah Hassan, S. Amin Shahab dan Hairul Anuar Harun.
  • Habsah Hassan merupakan pemenang penulis lirik wanita pertama, manakala Ana Raffali merupakan pencipta lagu wanita pertama memenangi anugerah keseluruhan.
  • Abdul Jalil Salleh (Mama Juwie) merupakan penulis lirik pertama memenangi anugerah keseluruhan lebih daripada satu (1) kali iaitu pada 1988 dan 1991.
  • Adam Ahmad merupakan komposer pertama memenangi anugerah keseluruhan sebanyak lebih daripada satu (1) kali iaitu pada 1990 dan 1993.
  • Aishah ialah penyanyi pertama memenangi anugerah keseluruhan lebih sekali iaitu pada 1990 dan 1995.
  • M. Nasir menjadi penyanyi pertama memenangi anugerah utama (sebagai penyanyi) sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1994, 1997 dan 1999, diikuti oleh penyanyi Siti Nurhaliza pada tahun 1996, 1998 dan 2000.
  • Aizat Amdan merupakan satu-satunya penyanyi gantian yang berjaya memenangi anugerah utama pada tahun 2012. Aizat menggantikan Yuna menyanyikan lagu Terukir Di Bintang kerana Yuna mempunyai komitmen rakaman album di USA.
  • M. Nasir merupakan pemenang anugerah keseluruhan pertama yang mencipta lagu, menulis lirik dan menyanyikan/merakamkan sendiri lagu ciptaannya pada edisi 1994. Ini diikuti oleh Yasin Sulaiman (2001), Richael Lawrence Gimbang (2007), Nik Mustaza Nik Mustapha (2008), Ana Raffali (2010) dan Yuna Zarai (2012). Tetapi Yuna hanya menyanyi di peringkat Separuh Akhir sahaja kerana komitmennya di USA.
  • Selain menulis lirik, Richael Lawrence Gimbang memenangi anugerah keseluruhan pada tahun 2007 (Itu Kamu) menerusi penglibatannya dalam lagu tersebut sebagai pencipta lagu dan penyanyi utama kumpulan Estranged. Nik Mustaza Nik Mustapha juga serupa, tetapi beliau bukan penyanyi utama kumpulannya, sebaliknya sebagai pemain gitar utama.
  • Adam Ahmad, Adnan Abu Hassan, Aidit Alfian, Azlan Abu Hassan dan Pete Teo merupakan komposer yang juga bergelar penyanyi tetapi tidak menyanyikan lagu ciptaan mereka yang memenangi anugerah utama.

Runut Bunyi sunting

  • Empat (4) buah lagu memenangi anugerah utama merupakan lagu tema asal sesebuah filem. Lagu-lagu tersebut ialah Ghazal Untuk Rabiah bagi filem Ghazal Untuk Rabiah (1997), Lagu Untukmu (filem Kami pada 2008), Pergi (filem Talentime pada 2009) dan Hasrat (filem Imaginur pada 2023)..
  • Lagu Isabella pula merupakan lagu pemenang yang pertama diadaptasikan ke dalam filem iaitu menerusi dua buah filem Isabella dan Fenomena pada tahun 1990. Sementara ada beberapa lagu yang dimuatkan ke dalam filem setelah diterbitkan contohnya seperti Janji Manismu dimuatkan selepas itu dalam filem Syakila (1992), Mimpi Laila (filem No Problem pada 2001) dan Bunga-bunga Cinta (filem Gerak Khas 3 pada 2005).
  • Zaiton Sameon merupakan bekas pemenang yang kisah hidupnya diadaptasi ke dalam bentuk filem pada tahun 2012 (filem Zaiton Ceritaku) di mana filem tersebut memuatkan lakonan semula babak persembahan lagu Menaruh Harapan di AJL.

Etnik sunting

  • Aubrey Suwito merupakan komposer bukan bumiputera yang pertama memenangi anugerah utama secara persendirian di mana beliau mempunyai campuran darah Cina dan Peranakan (Indonesia). Ini diikuti oleh komposer Pete Teo (Cina) dan Ezra Kong (Cina).
  • Ahmad Nawab, Adam Ahmad dan Omar Khan merupakan komposer bumiputera yang memenangi anugerah ini biarpun mereka mempunyai darah campuran India/Pakistan. Selain mereka, terdapat juga pemenang yang berrdarah campur seperti Azwin Andy Malik (campuran Melayu dan Cina), Yasin Sulaiman (campuran Melayu dan Australia) dan SonaOne (campuran Melayu dan Perancis) tetapi dikira sebagai bumiputera.
  • Untuk pemenang menerusi nyanyian, Francesca Peter mendahului penyanyi bukan Bumiputera iaitu Cindia (Kacukan Cina dan India) diikuti oleh Jaclyn Victor. Jaclyn berbangsa India.
  • Tony Bernado Alberto, berbangsa Cina merupakan salah seorang ahli Kumpulan Spider merupakan artis bukan bumiputera pertama memenangi anugerah utama sebagai artis (ahli kumpulan).

Usia & Penglibatan sunting

Sejarah sunting

  • Lagu Isabella didakwa merupakan lagu ciptaan asal M.Nasir tetapi hakciptanya diberikan kepada Kumpulan Search sekaligus melayakkan lagu ini bertanding di Muzik Muzik kerana syarat kelayakan adalah komposer dan penulis lirik hendaklah berkerakyatan Malaysia. M. Nasir yang ketika itu rakyat Singapura hanya mendapat kerakyatan Malaysia pada 1990. Hal sama juga dikatakan berlaku kepada pemenang edisi ke-31 dimana lagu Lelaki Teragung dikatakan dicipta oleh suami pemenang (Natasyah) iaitu komposer Adi Priyo Sambodo (pemastautin tetap Malaysia asal Indonesia).
  • Lagu Sumpah menjadi lagu juara pertama yang dipertikai penciptaan asal apabila ia didakwa diplagiat. Dakwaan dilakukan oleh penyanyi Dayana Amerda beberapa bulan selepas lagu tersebut dilancarkan dan kemudian ia berbangkit sekali lagi selepas meraih kejuaraan di AJL. Pihak World Peace Entertainment menafikan dakwaan plagiat kerana lagu tersebut telahpun didaftarkan hakciptanya.