Sukan Paralimpik Musim Panas

Sukan Paralimpik Musim Panas merupakan sebuah acara pelbagai sukan bagi atlet yang mempunyai kecacatan, termasuk atlet yang mempunyai kecacatan mobiliti, amputasi, kebutaan, dan palsi serebrum. Sukan Paralimpik diadakan pada setiap empat tahun oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. Pingat akan diberi dalam setiap acara, dengan pingat emas untuk tempat pertama, pingat perak untuk tempat kedua dan pingat gangsa untuk tempat ketiga, sebuah tradisi yang dimulakan oleh Sukan Olimpik pada tahun 1904.

Terdapat tiga negara yang pernah menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas sebanyak dua kali, yakni Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun. Negara lain yang pernah menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas termasuklah Australia, Kanada, China, Yunani, Israel, Itali, Jepun, Belanda, Korea Selatan, Sepanyol dan Jerman Barat. Pada Sukan Paralimpik Musim Panas 2016, Brazil menjadi negara Amerika Selatan pertama yang menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas. Tokyo pula merupakan bandar pertama yang menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas lebih daripada sekali, yakni Sukan Paralimpik Musim Panas 1964 dan 2020.

Dua belas negara - Argentina, Australia, Austria, Belgium, Perancis, Great Britain, Ireland, Israel, Itali, Belanda, Switzerland, Amerika Syarikat - telah menyertai semua Sukan Paralimpik Musim Panas. Tujuh daripada negara-negara tersebut telah memenangi sekurang-kurangnya satu pingat emas di setiap Sukan Paralimpik Musim Panas: Australia, Austria, Perancis, Great Britain, Itali, Belanda, dan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat telah menjadi negara yang memperoleh kedudukan tertinggi dari segi pungutan pingat pada lapan Sukan Paralimpik Musim Panas: 1964, 1968, 1976, 1980, 1984, 1988, 1992 dan 1996. China pula mendapat tempat pertama dalam jadual pingat bagi lima temasya yang terkini, 2004, 2008, 2012, 2016 dan 2020. Itali ( 1960 ), Jerman Barat ( 1972 ) dan Australia ( 2000 ) masing-masing pernah mendapat tempat pertama dalam jadual pingat sebanyak sekali.

Kelayakan sunting

Peraturan kelayakan untuk setiap sukan Paralimpik ditetapkan oleh Persekutuan Antarabangsa (IF) yang mengendali pertandingan antarabangsa bagi sukan tersebut.

Sejarah sunting

Sukan Paralimpik rasmi yang pertama diadakan di Rom, Itali pada tahun 1960.[1] 400 orang atlet dari 23 negara telah bertanding dalam temasya tersebut. Pada masa tersebut, hanya atlet berkerusi roda sahaja yang dibenarkan untuk bertanding.

Pada Sukan Paralimpik Musim Panas 1976, atlet yang mempunyai kecacatan yang lain bertanding di Sukan Paralimpik buat kali yang pertama. Ekoran daripada kemasukan klasifikasi kecacatan yang lebih banyak, bilangan atlet yang menyertai temasya tersebut telah berkembang kepada 1,600 orang atlet dari 40 negara.[2]

Sukan Paralimpik Musim Panas 1988 merupakan Sukan Paralimpik pertama yang menggunakan tempat pertandingan dan prasarana sukan yang sama dengan Sukan Olimpik. Sejak itu, semua Sukan Paralimpik dianjurkan di bandar tuan rumah yang sama dengan Sukan Olmpik, dengan lompang selama dua minggu di antara kedua-dua temasya tersebut.

Jadual pingat sepanjang masa sunting

No. NPC Games Emas Perak Gangsa Jumlah
1   Amerika Syarikat  16 808 736 739 2283
2   Great Britain  16 667 622 624 1913
3   China  10 535 400 302 1237
4   Jerman [3] 16 521 526 499 1546
5   Kanada  14 398 339 346 1080
6   Australia  16 389 422 394 1205
7   Perancis  16 322 334 336 1002
8   Belanda  16 289 250 234 773
9   Poland  13 269 265 220 754
10   Sweden  16 236 232 177 645
11   Sepanyol  14 221 235 241 697
12   Itali  16 181 224 226 665
13   Ukraine  7 149 162 161 472
14   Israel  16 129 125 130 384
15   Korea Selatan  15 128 116 121 365
16   Jepun  15 127 139 158 424
17   Afrika Selatan  12 121 95 88 304
18   Austria  17 112 128 131 371
19   Brazil  13 110 135 133 378
20   Norway  15 108 97 84 289

Senarai sukan sunting

      Sukan yang telah dihentikan

Sukan Tahun
Memanah semua
Olahraga semua
Bola keranjang ID 2000
Boccia sejak 1984
Lumba basikal sejak 1988
Para kanu sejak 2016
Baling damak 1960–1980
Ekuestrian sejak 1996
Bola sepak 5 sebelah sejak 2004
Bola sepak 7 sebelah 1984–2016
Goalball sejak 1976
Judo sejak 1988
Boling padang 1968–1988, 1996
Para triatlon sejak 2016
Sukan Tahun
Powerlifting sejak 1984
Lumba dayung sejak 2008
Melayar 1996, 2000–2016
Menembak sejak 1976
Snuker 1960–1976, 1984–1988
Renang semua
Ping pong semua
Bola tampar sejak 1976
Angkat berat 1964–1992
Bola keranjang kerusi roda semua
Lawan pedang kerusi roda semua
Ragbi kerusi roda 1996, sejak 2000
Tenis kerusi roda 1988, 1992
Gusti 1980–1984

Senarai edisi sunting

 Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Tuan rumah bagi Sukan Paralimpik Musim Panas
 Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Bandar-bandar Eropah yang pernah menganjurkan Sukan Paralimpik Musim Panas
Temasya Tahun Tuan rumah Dirasmikan oleh Tarikh Negara Bilangan peserta Bilangan sukan Bilangan acara Negara terbaik
Jumlah Lelaki Perempuan
1 1960   Rom, Itali Camillo Giardina 18–25 September 1960 23 400 8 57   Itali (ITA)
2 1964   Tokyo, Jepun Putera Mahkota Akihito 3–12 November 1964 21 375 307 68 9 144   Amerika Syarikat (USA)
3 1968   Tel Aviv, Israel Yigal Allon 4–13 November 1968 29 750 10 181   Amerika Syarikat (USA)
4 1972   Heidelberg, Jerman Barat Presiden Gustav Heinemann 2–11 Ogos 1972 41 1004 10 187   Jerman Barat (FRG)
5 1976   Toronto, Kanada Leftenan Gabenor Pauline Mills McGibbon 3–11 Ogos 1976 32 1657 1404 253 13 447   Amerika Syarikat (USA)
6 1980   Arnhem, Belanda Puteri Margriet 21–30 Jun 1980 42 1973 12 489   Amerika Syarikat (USA)
7 1984   Bandar Raya New York, Amerika Syarikat Presiden Ronald Reagan 17–30 Jun 1984 45 1800 15 300   Amerika Syarikat (USA)
  Stoke Mandeville, United Kingdom Charles, Putera Wales 22 Julai – 1 Ogos 1984 41 1100 10 603   Great Britain (GBR)
8 1988   Seoul, Korea Selatan Presiden Roh Tae-woo 15–24 Oktober 1992 61 3057 16 732   Amerika Syarikat (USA)
9 1992   Barcelona, Sepanyol Ratu Sofía dari Sepanyol 3–14 September 1992 82 3020 20 555   Amerika Syarikat (USA)
  Madrid, Sepanyol 15–22 September 1992 75 1600
10 1996   Atlanta, Amerika Syarikat Naib Presiden Al Gore 16–25 Ogos 1996 104 3259 2469 790 20 508   Amerika Syarikat (USA)
11 2000   Sydney, Australia Gabenor Jeneral Sir William Deane 18–29 Oktober 2000 121 3881 2891 990 18 551   Australia (AUS)
12 2004   Athens, Yunani Presiden Konstantinos Stephanopoulos 17–28 September 2004 136 3806 2646 1160 19 519   China (CHN)
13 2008   Beijing, China Presiden Hu Jintao 6–17 September 2008 146 3951 20 472   China (CHN)
14 2012   London, United Kingdom Ratu Elizabeth II 29 Ogos – 9 September 2012 164 4302 20 503   China (CHN)
15 2016   Rio de Janeiro, Brazil Presiden Michel Temer 7–18 September 2016 159 4342 22 528   China (CHN)
16 2020   Tokyo, Jepun Maharaja Naruhito 24 Ogos – 5 September 2021[a] 163 4520 22 539   China (CHN)
17 2024   Paris, Perancis 27 Ogos – 8 September 2024 22 Acara akan datang
18 2028   Los Angeles, Amerika Syarikat 22 Ogos – 3 September 2028 Acara akan datang
19 2032   Brisbane, Australia 24 Ogos – 5 September 2032 Acara akan datang

a Ditangguhkan sehingga tahun 2021 disebabkan oleh pandemik COVID-19, ,menandakan kali pertama Sukan Paralimpik ditangguhkan. Meskipun begitu, acara ini masih dipasarkan secara rasminya sebagai Paralimpik Musim Panas 2020 sungguhpun dengan penundaan penjadualan selama satu tahun.[4] Tarikh baharu: 24 Ogos - 5 September 2021.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Paralympics traces roots to Second World War", CBC, September 3, 2008
  2. ^ "History of the Paralympic Games". Government of Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-12. Dicapai pada 2010-04-07.
  3. ^ Dikenali sebagai Jerman Barat (FRG) sebelum tahun 1990. Jumlah ini tidak termasuk bilangan pingat dari Jerman Timur (GDR).
  4. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee - Olympic News". International Olympic Committee (dalam bahasa Inggeris). 24 March 2020. Dicapai pada 24 March 2020.
  5. ^ "Tokyo Olympics and Paralympics: New dates confirmed for 2021". BBC Sport. 30 March 2020. Dicapai pada 30 March 2020.

 

Pautan luar sunting