Syed Azman Syed Ahmad Nawawi

Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Terengganu bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan mengambil sumpah pada 5 September 2018.[1]

Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Terengganu
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh Abu Bakar Daud
Digantikan oleh Razali Ismail
Kumpulan parlimen Parti Islam Se-Malaysia
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Batu Buruk
Dalam jawatan
2008–2018
Didahului oleh Wan Abdul Mutalib Embong
Digantikan oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi
Butiran peribadi
LahirSyed Azman bin Syed Ahmad Nawawi
1961
Parti politik Parti Amanah Negara
Parti Islam Se-Malaysia (Sehingga 2018)

Bersih 2.0 sunting

Syed Azman Syed Ahmad Nawawi turut serta dalam pelancaran Perhimpunan Bersih 2011 pada 19 Jun 2011 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor , Jalan Maharaja Lela, Kuala Lumpur.Beliau termasuk dalam senarai 91 orang yang di larang masuk Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 di keluarkan oleh PDRM.

Muktamar al-Quds di Algiers sunting

Muktamar al-Quds di Hotel Arrusie, Algiers , Algeria bertujuan mempertahankan Masjid al-Aqsa; bumi Palestin adalah bumi umat Islam yang wajib dibebaskan dari cengkaman regim Zionis Israel; Mengutuk kekejaman regim Zionis Israel kerana melakukan pencerobohan dan pembunuhan berterusan terhadap umat Islam; Mengutuk sikap double-standard Amerika Syarikat yang memihak kepada Israel dan membekalkan senjata kepada Israel untuk membunuh umat Islam dan Umat Islam wajib mengorbankan harta dan nyawa demi untuk mempertahankan al-Aqsa.

Rombongan PAS disertai oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Syed Azman. Tokoh lain ialah Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi (Mesir); Sheikh Faisal Malawi (Lubnan); Khalil Meshaal (Hamas); Hojatul Islam Mohtashemi (Iran) dan Syed Hassan Abdullah (Hizbullah).[2]

Debat PTPTN : Antara Halangan dan keperluan sunting

Pada 17 April , Syed Azman turut serta dalam Hujah TV9 dengan tajuk 'PTPTN : Antara Halangan dan keperluan'. Ahli panel lain ialah Pengerusi PTPTN merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Razali Ismail.

Berdebat dengan Razali Ibrahim sunting

Syed Azman berdebat dengan Razali Ibrahim (BN- Muar) atas tajuk "Politik Kotor Jejas Keharmonian" di Hujah TV9 .Moderator ialah Ketua Program Sains Politik UKM, Dr Mohamad Agus Yusof.Syed Azman berhujah bahawa kerajaan lima negeri disekat dan dihalang serta didikriminasikan. Bagaimana BN menubuhkan kerajaan dalam kerajaan, Jawatan Kuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) di peralatkan. Apabila PAS memerintah di Terengganu pada 1999, dengan serta merta royalti minyak di tarik balik.Pengalamananya sudah ditangkap berkali-kali dan dihalang berceramah sedangkan itu merupakan hak saya dari sudut undang-undang.[3]

Muzakarah UMNO-PAS sunting

Antara 2004 - 2008, Setiausaha Agung PAS telah menghantar tiga pucuk surat untuk bermuzakarah dengan Umno atas isu Melayu, Islam dan perkembangan semasa.Ketika PAS tidak mempunyai banyak kerusi di Parlimen, Terengganu jatuh semula ke tangan BN dan Kerajaan PAS Kelantan tidak kuat, Umno tidak layan pelawaan PAS tersebut.Tetapi selepas pemimpin Umno bercakaran sesama sendiri, MIC, Gerakan dan MCA, bercakaran dan berpecah, baru Umno mahu mengajak PAS bermuzakarah kononnya bagi membincangkan soal survival Melayu.

Ketika Umno memerintah Terengganu 50 tahun lalu, seramai 18 peratus orang Melayu di Terengganu berada di bawah paras kemiskinan sedangkan pemimpin-pemimpin Umno negeri itu hidup senang lenang mengaut kekayaan dari hasil pendapatan negeri termasuk royalti petroleum dan gas.Ketika itu Umno membunuh Melayu dengan menjadikan bahasa Ingeris sebagai bahasa mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah seluruh negara.Umnolah yang membunuh bangsa Melayu sendiri bukan orang lain.[4]

Pilihan raya sunting

Dr Syed Azman (PAS) menang dengan majoriti 14,448 undi dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 di parlimen Kuala Terengganu menewaskan Dato Abdul Manan bin Othman .Kawasan ini silih berganti dimenangi oleh UMNO dan PAS. Manan Othman menang di Kuala Terengganu pada 1990 atas tiket Semangat 46. Tapi pada 2008 Kuala Terengganu dimenangi oleh Datuk Razali Ismail (30,994 undi) berbanding Syed Azman hanya 29,061 undi.

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 di DUN Batu Buruk Syed Azman (Pas) (10,672) mengalahkan Senator Nordiana Shafie (BN) (9,511) dengan majoriti 1,161.

Menteri Besar dan Kerajaan Terengganu saman sunting

Pada 15 Disember 2011,Kerajaan Negeri Terengganu dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memfailkan saman fitnah terhadap Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berhubung fitnah bantuan sekolah berjumlah RM30 juta.Plaintif lain ialah dua peniaga iaitu Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin yang diberikan kontrak membekalkan pakaian dan peralatan sekolah. Tetuan Hisham, Sobri dan Kadir di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Defendan lain ialah pemegang permit akhbar Harakah, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang akhbar Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan syarikat pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd. Syed Azman menulis artikel bertajuk 'Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah?' yang disiarkan di akhbar Harakah pada 11 hingga 13 November 2011.Kononnya pemberian kontrak membekalkan pakaian dan alatan sekolah di bawah program bantuan pakaian dan alatan sekolah kepada pelajar miskin di Terengganu tidak telus.

Plaintif memohon ganti rugi am, ganti rugi khas, melampau, teladan, dan kos dan juga satu perintah injuksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan artikel fitnah itu.[5]

Rujukan sunting