Templat:Peristiwa Terkini di Asia
2015 sunting
- Johor Darul Ta'zim FC telah memenangi Piala AFC 2015, menumpaskan FC Istiklol dari Tajikistan.
- Presiden China,Xi Jinping dan Presiden Taiwan,Ma Ying-jeou bertemu secara rasmi buat kali pertama.
- Guangzhou Evergrande FC muncul pasukan bola sepak pertama China memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara AFC.
2014 sunting
- Penerbangan 8501 Indonesia AirAsia (gambar) telah terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia dan hilang di atas Laut Jawa.
- Thailand menjuarai Kejohanan Futsal AFF buat kali ketiga berturut-turut.
- Kuar ISRO Mars Orbiter Mission, kapal antara planet pertama India, memasuki orbit di sekeliling Marikh untuk mengkaji atmosfera planet itu.
- Syarikat e-dagang China Alibaba Group mendapat AS$25 bilion di Bursa Saham New York, IPO terbesar dalam sejarah.
- Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-17 Korea Utara memenangi Kejohanan Remaja B-16 AFC 2014.
- Sukan Asia ke-17 dirasmikan di Incheon, Korea Selatan.
- Kira-kira 500 orang telah terbunuh akibat banjir di Kashmir, khususnya di wilayah India dan Pakistan.
- Tuan rumah pasukan bawah-19 China memenangi Kejohanan Bola Sepak Remaja Beijing-Hyundai 2014.
- Pasukan badminton China memenangi tiga daripada lima kejuaraan di Kejohanan Dunia BWF 2014.
- Pasukan Harimau Muda B-16 memenangi Trofi Juara-Juara Asia B-16 FAM – Frenz 2014.
- Hamas dan Israel bersetuju gencatan senjata jangka panjang selepas tujuh minggu berkonflik.
- 20 mangsa awal Malaysia yang terkorban dalam nahas MH17 dibawa pulang ke tanah air.
- Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (gambar pesawat), dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di timur Ukraine, mengorbankan kesemua 298 orang di dalamnya.
- Taufan Rammasun mengorbankan lebih 110 orang di Filipina dan China.
- Taufan Neoguri melanda Jepun.
- Telangana secara rasmi menjadi negeri ke-29 di India.
- Pemimpin Rusia, Kazakhstan dan Belarus menandatangani perjanjian bagi membentuk Kesatuan Ekonomi Eurasia.
- Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang menggulingkan Mohammed Mursi terpilih sebagai Presiden Mesir baharu.
- Bekas Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dari Perak mangkat.
- Dalam badminton, Jepun menewaskan Malaysia dan memenangi Piala Thomas buat kali pertama, manakala China mempertahankan Piala Uber.
- Lebih 40 orang terbunuh dalam pengeboman kereta di Ürümqi, China.
- Komander tentera Thai Jeneral Prayuth Chan-ocha mengumumkan rampasan kuasa selepas berbulan-bulan berlakunya krisis politik.
- Dua ekor Panda Gergasi dari China tiba di Malaysia.
- Parti Bharatiya Janata pimpinan Narendra Modi (gambar) memenangi majoriti dalam pilihan raya umum India.
- Pasukan futsal kebangsaan Jepun menjuarai Kejohanan Futsal AFC 2014.
- Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan pimpinan bekas presiden Megawati Soekarnoputri mendapat kemajmukan dalam pilihan raya perundangan Indonesia.
- Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra (gambar) menyalahgunakan kuasa dan menyingkirkan beliau daripada jawatannya.
- Korea Selatan memenangi Hoki Cabaran Juara-Juara I 2014, edisi terakhir kejohanan itu.
- Dua gelongsoran lumpur berlaku di Badakhshan, Afghanistan, membunuh sekurang-kurangnya 350 orang dan 2,500 mangsa lagi hilang.
- Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengakui beliau masih berada di Malaysia dan belum ke China ketika Peristiwa Memali 1985 terjadi.
- Penerbangan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan 370 (gambar pesawat), yang hilang pada 8 Mac, berakhir di selatan Lautan Hindi tanpa ada yang terselamat.
- Pasukan hoki kebangsaan Australia menjuarai Piala Sultan Azlan Shah buat kali keempat berturut-turut.
- Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia (gambar pesawat), dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan dinaiki 239 orang, hilang di Teluk Thailand.
- Jambatan terpanjang di Asia Tenggara, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (gambar) dirasmikan Perdana Menteri Malaysia.
- Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
- Letusan Gunung Kelud mengakibatkan ribuan penduduk Jawa dipindahkan dan tujuh lapangan terbang ditutup.
- Monorel pertama India sejak kemerdekaannya, Monorel Mumbai dilancarkan.
- Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-16 Slovakia menjuarai Piala Antarabangsa Frenz 2014.
- Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Iraq menjuarai Piala Asia B-22 AFC 2013.
- Ahli arkeologi menemui makam firaun Sobekhotep I dan Seneb Kay daripada dinasti yang sebelum ini tidak diketahui, Dinasti Abydos.
- Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon meninggal dunia setelah berada dalam keadaan vegetatif berterusan selama lapan tahun.
- Liga Awami Bangladesh pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina Wazed memenangi pilihan raya umum Bangladesh.
- Tahun Melawat Malaysia 2014 dirasmikan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia.