100% Ver. adalah album mini (EP) ketiga yang dilancarkan oleh kumpulan muzik MBLAQ yang berasal dari Korea Selatan. EP ini dilancarkan secara dalam talian pada 10 Januari 2012. Terbaru, didedahkan bahawa 100% Ver. memperoleh 40,000 prapesanan.[1] Ia mengandungi lima lagu baru dan runut utamanya ialah "Inilah Perperangan" (전쟁이야) merupakan lagu bergenre balada tarian dengan muzik orkestra. Pada 21 Mac, EP ini dilancarkan semula dengan nama BLAQ% Ver.. Lagu "100%" sepatutnya dijadikan sebagai runut utama untuk album pelancaran semula ini tetapi MBLAQ tidak akan mempromosikannya kerana hendak memberi tumpuan kepada aktiviti solo.[2][3]

100% Ver.
EP oleh
Dilancarkan pada10 Januari 2012
Dirakamkan pada2011
GenreK-pop, pop, Tarian, Balada
Panjang17:39
BahasaKorea
SyarikatJ.Tune Camp
Kronologi MBLAQ
Mona Lisa
(2011)
100% Ver.
(2012)
BLAQ Memories -Best in Korea-
(2012)
Single daripada 100% Ver.
  1. "Coretan"
    Dikeluarkan: 3 Januari 2012
  2. "Inilah Peperangan"
    Dikeluarkan: 10 Januari 2012
  3. "Run"
    Dikeluarkan: 1 Mac 2012 (Single promosi)
Kulit album alternatif
Kulit album edisi khas - BLAQ% Ver.
Kulit album edisi khas - BLAQ% Ver.
Single daripada BLAQ% Ver.
  1. "100%"
    Dikeluarkan: 21 Mac 2012 (Single promosi)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

Pada 3 Januari 2012, single "Coretan" (낙서 Nakseo) telah dilancarkan di laman sesawang portal muzik. Apabila lagu ini dilancarkan, ia berjaya menduduki tangga pertama di Soribada dan Bugs Music, ketiga di carta muzik Mnet dan tangga keempat di Cyworld Music.[4] Lagu ini juga dipromosikan bersama-sama dengan runut utama mereka, "Inilah Peperangan" (전쟁이야 Jeonjaengiya).

Pada 5 Januari, MBLAQ melancarkan teaser bagi lagu "Inilah Peperangan" di saluran YouTube rasmi mereka, J.Tune Camp.[5] Video tersebut mendedahkan ahli kumpulan muzik ini dengan babak ensembel mereka dan beberapa potongan babak bagi video muzik penuh. Teaser tersebut tamat dengan mereka berdiri di tengah pentas dengan kumpulan okestra berkumpul di sebelah salah seorang ahli MBLAQ dan menunjukkan simbol seolah-olah ia menembak kepada penonton dan diakhiri dengan percikan darah yang memaparkan nama single mereka, "전쟁이야" (Inilah Peperangan).[6] Pada hari yang sama foto konsep yang pertama juga dikeluarkan oleh J.Tune Camp.

Bagi album mini 100% Ver. pula, ia dilancarkan pada hari yang sama dimana video muzik penuh "Inilah Peperangan" dikeluarkan dan ia mengandungi lima buah lagu iaitu "Run", "전쟁이야 (Inilah Peperangan)", "낙서 (Coretan)", "아찔한 그녀 (Dia Menakjubkan)" dan "Hello My Ex".

Senarai runut sunting

Warna yang digelapkan pada senarai lagu di bahagian Tajuk bermaksud single promosi bagi setiap album.

No.TajukMasa
1."Run" ("Larilah") 3:12
2."Inilah Peperangan" (전쟁이야 Jeonjaengiya) (This is War) 3:51
3."Coretan" (낙서 Nakseo) (Scribble) 3:35
4."Dia Menakjubkan" (아찔한 그녀 Ajjilhan Geunyeo) (She's Breathtaking) 3:15
5."Hello My EX" ("Helo Kekasih Lamaku") 3:46
Jumlah masa: 17:39


Carta sunting

100% Ver. sunting

Carta album sunting

Carta Kedudukan
tertinggi
  Carta album mingguan Gaon[7] 1
  Carta album bulanan Gaon[7] 1

Carta single sunting

Lagu Kedudukan tertinggi
   
Carta Gaon[7] K-Pop Billboard[8]
"Coretan" 8 15
"Inilah Peperangan" 6 8
"Run" 129

Jualan dan pengiktirafan sunting

Carta jualan album Gaon Jualan
Januari 2012[9] 51,087
Februari 2012[9] 7,912
Jumlah [9] 58,999

BLAQ% Ver. sunting

Carta album sunting

Carta Kedudukan
tertinggi
  Carta album mingguan Gaon[7] 4

Carta single sunting

Lagu Kedudukan tertinggi
   
Carta Gaon[7] K-Pop Billboard[8]
"100%" 30 36

Sejarah pelancaran sunting

Negara Tarikh Format Label
  Korea Selatan 10 Januari 2012 Muat turun digital J.Tune Camp
13 Januari 2012 CD
21 Mac 2012 Muat turun digital (Edisi khas)

Rujukan sunting

Penarafan profesional
100% Ver.
Markah ulasan
Sumber Taraf
Naver Music            [10]
Penarafan profesional
BLAQ% Ver.
Markah ulasan
Sumber Taraf
Naver Music            [11]
  1. ^ (Korea) "엠블랙 '100%Ver.', 선주문 4만장…"폭발적 반응"". Nate News. 10 Januari 2012.
  2. ^ (Korea) ""당분간, 퍼포먼스 못본다"…엠블랙, 신곡무대 일시중단". Nate News. 21 Mac 2012.
  3. ^ (Inggeris) "MBLAQ releases newly repackaged album, 'BLAQ %Ver'". Allkpop. 21 Mac 2012. Dicapai pada 15 Jun 2017.
  4. ^ (Korea)"엠블랙 '낙서', 음원공개 동시 실시간차트 '석권'". Nate News. 3 Januari 2012.
  5. ^ MBLAQ's Graffiti Teaser di YouTube
  6. ^ "Cover MBLAQ's "100% Ver."". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-08. Dicapai pada 2012-04-05.
  7. ^ a b c d e (Korea) "Gaon Search - MBLAQ". Gaon.
  8. ^ a b "Korea K-Pop Hot 100 Music Chart". Billboard. 2011-08-25. Dicapai pada 2011-08-25.
  9. ^ a b c (Korea) "Gaon album chart". Gaon.
  10. ^ (Korea) "네이버 뮤직 - MBLAQ 4th Mini Album `100% Ver.`". Naver Music. 5 April 2012.
  11. ^ (Korea) "네이버 뮤직 - MBLAQ 4th Mini Album `BLAQ% Ver.`". Naver Music. 5 April 2012.

Pautan luar sunting