AH-IV merupakan kereta kebal kecil rekaan Czechoslovakia yang digunakan oleh Romania, Sweden dan Iran semasa Perang Dunia Kedua. Kenderaan Romania berkhidmat di Perbatasan Timur dari Operasi Barbarossa sehingga Penyerangan Vienna. Dua puluh kenderaan di jual ke Ethiopia selepas perang yang menggunakannya sehingga 1980-an.

AH-IV
Model AH-IV Sweden, Strv m/37
JenisKereta kebal kecil
Tempat asal Czechoslovakia
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1934—85?
Digunakan olehIran Iran
Romania Romania
 Sweden
Habsyah Habsyah
PerangPerang Dunia Kedua, Perang Kemerdekaan Eritrea, Perang Saudara Habsyah, Perang Ogaden, Perang Sempadan Habsyah–Somali 1982
Sejarah pengeluaran
PerekaČKD
Direka1935—37
PengeluarČKD
Dihasilkan1936—38, 1949—50
Jumlah dibina153 + 4 prototaip
AnekaR-1, Strv m/37, AH-IV-Hb
Spesifikasi (R-1)
Berat3.9 tonne (3.8 long ton; 4.3 short ton)
Panjang3.2 meter (10 ka)
Lebar1.73 meter (5.7 ka)
Tinggi1.67 meter (5.5 ka)
Krew2

Armor6–12 milimeter (0.24–0.47 in)
Senjata
pertama
1 x 7.92 milimeter (0.312 in) mesingan berat ZB vz. 35 atau vz. 37
Senjata
kedua
1 x 7.92 milimeter (0.312 in) mesingan ZB vz. 26 atau vz. 30
Enjin6-silinder, sejukan air Praga RHP
55 horsepower (41 kW)
Transmisi5 gear Praga-Wilson
Sistem ampaianleaf spring
Jarak
operasi
170 kilometer (110 bt)
Kelajuan45 kilometer per jam (28 mph)

Gambaran

sunting

Českomoravská Kolben-Daněk nekad untuk tidak mengulang masalah dari kereta kebal kecil Tančík vz. 33 sebelumnya dan memberikan juru tembak di turet pandangan lebih baik dan medan tembak berkeliling bagi kereta kebal kecil AH-IVnya. Ia telah dipasang dari kerangka keluli tiang "besi bersudut", dari mana kepingan perisai antara ketebalan 12 dan 6 mm (0.47 dan 0.24 in) dipetri. Pemandu duduk disebelah kanan menggunakan tingkap pemerhati yang dilindung dengan kaca kalis peluru dan penutup berperisai. DIsebelah kanan terdapat liang penglihatan kecil. Juga di sebelah kanan, dalamsemua model kecuali Strv m/39 Sweden, terdapat mesingan ringan Zbrojovka Brno ZB vz. 26 or vz. 30 yang biasanya di kunci ditempatnya dan ditembak menggunakan kabel Bowden. Jurutembak duduk disebelah kaan dan mengendali turet kecil dilengkapi dengan ZB vz. 35 atau mesingan berat Besa pada tenggekan bebola. Kebanyakan dari laras mesingan terjulur dari tempat pemasangan dan dilindungi oleh lekukan berperisai. Ia memiliki tingkap pemerhati yang besar di sebelah kanan tenggekan mesingan di turet dan liang penglihatan kecil di sebelah kiri superstruktur. 3,700 biji peluru dibawa bagi kedua mesingan. Ia tidak memiliki radio.[1]

Enjn Praga 3.468 liter (211.6 cu in), enam silinder, disejukkan air menghasilkan 55 horsepower (41 kW) pada 2500 putaran setiap minit. Ia duduk dibelakang ruang tempur dan memancu tranmisi melalui gandar yang melalui pemandu dan komander di hadapan ke kotak gear. Udara penyejuk direka bagi menarik udara melalui pintu komander dn pemandu. Ini memiliki kelebihan menyebarkan gas embakaran meriam apabila menembak tetapi turut memiliki beberapa kelemahan. Arus berterusan yang dihasilkan oleh enjin menjejaskan kakitangan semasa cuaca sejuk, kebakaran enjin memaksa kakitangan keluar, dan bising enjin dan haba meningkatkan kelesuan kakitangan. Ia memiliki kelajuan tertinggi atas jalan 45 kilometer per jam (28 mph) dan jarak antara 150 dan[convert: unknown unit]. Trasmisi separa automatik Praga-Wilson memiliki lima gear kehadapan dan satu enjin undur untuk memancu sproket pemancuan hadapan. Sistem gantungan merupan versi kecil bagi yang digunakan oleh Panzerkampfwagen 38(t). Ia terdiri daripada empat roda jalan besar sebelah, setiap pasang dipasang pada pegapu roda dan diampung oleh spring daun. Terdapat dua pengapu roda setiap sebelah. Roda tanpa pancuan di belakang dan satu pengolek balik dipasang. Ia memiliki tekanan darat hanya 0.5 kg/cm2. Ia mampu merentasi longkang seluas 1.5 meter (4.9 ka), merentasi halangan setinggi .5 hingga .6 meter (1.6 hingga 2.0 ka) dan meyeberang sungai sedalam .8 meter (2.6 ka).[1]

Variasi

sunting

Iran merupakan pelanggan pertama bagi AH-IV dan memesan lima puluh dicampur prototaip pada tahun 1935 bagi penghantaran tahun berikutnya. Penghantaran bermula pada Ogos 1936 dengan kumpulan terakhir sampai di Iran pada May 1937, sungguhpun persenjataan dihantar berasingan dan tidak dipasang sehingga November 1937. Pihak Iran amat berpuas hati dengan kenderaan mereka dan bercadang untuk memesan tambahan 100 dan 300 AH-IV, tetapi meletusnya Perang Dunia Kedua menghalang sebarang susulan. Kereta kebal kecil mereka adalah terkecil dalam siri ini dengan hanya 3.5 tonne (3.4 long ton; 3.9 short ton) dan saiznya berbeza hanya sedikit dengan kereta kebal kecil Romanian R-1 yang seterusnya dalam pengeluaran berikutnya. Ia hanya mampu memanjat halangan setinggi .5 meter (1.6 ka), memiliki jarak 150 kilometer (93 bt) dan tekanan darat hanya 0.45 kg/cm2. Ia dilengkapi dengan ZB vz. 26 dan mesingan 35.[2]

Romania

sunting

Pihak Romania menandatangan kontrak bagi 36 AH-IV-R, nama menurut ČKD, pada 14 Ogos 1936, termasuk satu prototaip yang akan dihantar dalam tempoh dua bulan dan keseluruhan penghantaran tempahan dalam tempoh tujuh bulan. Tarikh akhir ini tidak dapat dipenuhi kerana pihak Romania mendesak banyak perubahan, yang kesemuanya perlu dilakukan di baris pengeluaran kerana ČKD telah memulakan pengeluaran keseluruhan tempahan sebelum prototaip diterima. Sepuluh pengeluaran kereta kebal kecil pertama dihantar ke Romania pada Oktober 1937 untuk menyertai gerakan musim luruh di mana ia memberikan gambaran baik sebelun dipulangkan ke kilang. Pengeluaran tamat pada bulan berikutnya, tetapi pihak Romaia enggan menerimanya kerana ia tidak memenuhi spesifikasi. Pengubahsuaian mengambil masa sehingga April 1938 untuk disiapkan, tetapi penilaian lain diperlukan di bawah keadaan musim panas dan ia tidak diterima secara rasmi sehingga Ogos 1938. Nicolae Malaxa membeli lesen bagi menghasilkan R-1 sebagai AH-IV-R sebagaimana ia dikenali dalam perkhidmatan Romania, pada September 1938, tetapi keganjilan dan pertikaian mengenai bayaran melewatkan pemindahan lakaran pengeluaran sehingga October 1939. Kilangnya membina satu prototaip, kebanyakkannya dari alat gantian R-1, tetapi tidak pernah memulakan pengeluaran.[3]

Sweden

sunting

Sweden menempah empat puluh lapan kereta kebal kecil pada 1937 sebagai kereta kebal Stridsvagn m/37 (Strv m/37) selepas pertunjukkan yang berjaya semasa keadaan musim sejuk di Gunung Krkonoše. Ia akan dipasang di Oskarshamn dengan enjin petrol FC-CKD 4.39 liter persegi yang lebih berkuasa, disejukkan menggunakan air, enam selinder, dan peningkatan perisai, sehingga setebal 15 milimeter 15 milimeter (0.59 in), dari Avesta, sungguhpun ČKD membekalkan kebanyakkan komponen lain selepas membina satu prototaip. Kenderaan ini diubahsuai dengan meluas dengan mesingan pemandu disingkirkan dan terbukti versi terbesar dan paling berat bagi AH-IV dengan berat 4.68 tan 4.68 tonne ([convert: unknown unit]) dan sepanjang 3.5 meter 3.4 meter (11 ka), selebar 1.85meter 1.85 meter (6.1 ka) dan setinggi 1.96 meter (6.4 ka). Menara kecil memuatkan dua mesingan M1919 Browning 8 milimeter 8 mm (0.31 in) Sweden dan memiliki gelebung pemerhati kecil kecil di atasnya. Ia membawa radio dan 3,960 biji peluru bagi mesingannya. Ia memiliki kelajuan maksima 60 km/jam 60 kilometer per jam (37 mph) dan jarak sehingga 200 km/jam 200 kilometer (120 bt). Ia mampu merendah sungai sehingga kedalaman .9 meter .9 meter (3.0 ka). Komponen terakhir dikirimkan pada November 1938.[4][5]

Ethiopia

sunting

Ethiopia menempah dua puluh kereta kebal kecil AH-IV-Hb pada 24 June 1948. Bentuknya dikembalikan dengan mesingan pemandu dan mesingan tunggal di turet, tetapi dikimpal dan buannya menggunakan rivet. Ia menggunakan enjin disel Tatra 114 4.94 liter (301 cu in), sejukan udara yang menghasilkan 65 horsepower (48 kW) pada 2200 rpm. Ini memberikan AH-IV-Hb kelajuan puncak 42 kilometer per jam (26 mph) dan jarak 200 kilometer (120 bt). Ia seberat 3.93 tonne ([convert: unknown unit]) dan sepanjang 3.2 meter (10 ka), selebar 1.82 meter (6.0 ka) da setinggi 1.73 meter (5.7 ka). Ia memiliki tekanan pada tanah hanya 0.48 kg/cm2, mampu mengharung sungai sedalam 1 meter (3.3 ka), tetapi hanya merentasi halangan setinggi .5 meter (1.6 ka). Ia menggunakan mesingan ZB vz. 26 dan vz. 37, dengan mana ia membawa 2,800 biji peluru.[6]

Sejarah Operasi

sunting

AH-IV dibahagikan antara Division Infantri 1 dan ke-2 dalam perkhidmatan. Tiada lanjut diketahui mengenai perkhidmatan mereka atau bila ia diundurkan.[7]

Romania

sunting

R-1 ditempatkan kepada brigade kalaveri, dua platon setiap satunya dua atau tiga kereta kecil. Kesemua lapan belas kepunyaan Kor Kalaveri Romania dikelompokkan dalam "Detachment Korne Mekanikal" ad-hoc semasa peringkat pembukaan Operasi Barbarossa, tetapi kesemuanya tidak beroperasi menjelang 1 October.[8] Dua puluh sembilan dari asal tiga puluh lima dibekalkan kepada enam division kalavari (diubah dari brigade pada 25 March 1942) yang berjaya turut serta dalam serangan musim panas Jerman 1942, nama kod Case Blue.[9] Empat R-1 kepunyaan Division Kalavari 1 Skuarden Mekanikal terpaksa dibakar kerana tiada bahan api tinggal untuknya ketika division tersebut dikepung di luar Stalingrad pada November 1942 sebahag sebahagian dari serangan balas Operasi Uranus Soviet.[10] Division Kalavari ke-5 dan ke-8 turut kehilangan sekurang-kurangnya lima R-1 pada masa yang sama ketika cuba mengukuhkan pertahanan Axis yang roboh selepas ditembusi Soviet. Kedua division menyokong Jerman ketika mereka cuba membantu Poket Stalingrad dalam Operasi Winter Storm, tetapi berkecai apabila Soviets menyerang balas usaha menyelamat pada akhir Disember 1942.[11] Dua division kalavari kekal di Kuban Bridgehead selepas pengunduran Jerman dari Caucasus, tetapi dua R-1 yang masih boleh digunakan diundurkan kembali ke Romania semasa musim bunga pada tahun 1943 sebagai lapuk.[12] Menjelang 30 Ogos 1943 hanya tiga belas R-1 masih tinggal, kesemuanya ditugaskan kepada Pusat Latihan kalavari, sungguhpun ia meningkat satu pada inventori bertarikh 25 March dan 19 Julai 1944.[13] Tidak ada apa yang diketahui mengenai sebarang aksi membabitkan R-1 semasa tahun 1944, tetapi sebelas mengukuhkan Regimen Berperisai ke-2 di Czechoslovakia apabila ia sampai ke hadapan pada 26 March 1945. Menjelang 24 April regimen itu hanya memiliki satu R-1, tetapi tiada yang dilaporkan ada selepas tarikh tersebut.[14]

Sweden

sunting

Strv m/37s pada awalnya berkhidmat dengan Batalion Perisai 1 sehingga brigade berperisai mula dibentuk pada 1943—44. Selepas tu ia berkhidmat dengan regimen pejalan kaki I 2, I 9, I 10 dan Kompeni Berperisai P 1G di Gotland.[15] Kereta kebal kecil itu kekal berkhidmat di Gotland sehingga tahun 1953.[5]

Ethiopia

sunting

Kesemua dua puluh tiba di Djibouti pada 9 Mei 1950 selepas itu ia dihantar melalui kereta api ke Addis Ababa. Ia digunakan sehingga 1980-an di mana ia terbabit dalam pertempuran menentang Somalia.[16]

  1. ^ a b Kliment and Francev, pp. 109-115
  2. ^ Kliment and Francev, pp. 109-112, 281
  3. ^ Kliment and Francev, pp. 113-114
  4. ^ Kliment and Francev, p. 115, 282
  5. ^ a b "Strv m/37". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-12. Dicapai pada 2009-05-17.
  6. ^ Kliment and Francev, pp. 133-4, 282
  7. ^ Kliment and Francev, p. 112
  8. ^ Axworthy, pp. 65-7
  9. ^ Axworthy, p. 81
  10. ^ Axworthy, pp. 92-3
  11. ^ Axworthy, pp. 109-11
  12. ^ Axworthy, p. 124.
  13. ^ Axworthy, p. 153
  14. ^ Axworthy, pp. 212-3
  15. ^ Tarnstrom, Ronald (1996). The Sword of Scandinavia. Armed Forces Handbooks. Lindsborg, KS: Trogen Books. m/s. 322. ISBN 0-922037-13-2.
  16. ^ Kliment and Francev, p. 134

Rujukan

sunting
  • Axworthy, Mark (1995). Third Axis, Fourth Ally: Romanian Armed Forces in the European War, 1941-1945. London: Arms and Armour. ISBN 1-85409-267-7. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Kliment, Charles K. (1997). Czechoslovak Armored Fighting Vehicles. Atglen, PA: Schiffer. ISBN 0-7643-0141-1. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar

sunting

Templat:Interwar tanks Templat:WWIIRomanianAFVs