A Chinese Ghost Story (filem 2011)

A Chinese Ghost Story, secara alternatif dikenali sebagai A Chinese Fairy Tale, ialah sebuah filem 2011 yang diarahkan oleh Wilson Yip dan dibintangi Louis Koo, Liu Yifei, Shaoqun Yu, Kara Hui, Louis Fan, dan Wang Danyi Li. Filem ini diadaptasi daripada salah satu cerita-cerita dalam Cerita Pelik dari Studio Cina Pu Songling, koleksi cerita-cerita berunsur alam ghaib yang ditetapkan semasa zaman China kuno.

A Chinese Ghost Story
Tradisional倩女幽魂
Ringkas倩女幽魂
MandarinQiàn Nǚ Yōu Hún
KantonisSin6 Neoi5 Jau1 Wan4
Diarah olehWilson Yip
Dikeluarkan olehLai Jun-kei
Xu Jianhai
Lakon layar olehCharcoal Tan
Cerita olehPu Songling
DibintangiLouis Koo
Liu Yifei
Yu Shaoqun
Kara Hui
Louis Fan
Wang Danyi Li
Muzik olehRonald Ng
SinematografiArthur Wong
Suntingan olehCheung Ka-fai
StudioGolden Sun Films
Diedarkan olehGolden Sun Films (Hong Kong, Antarabangsa)
Huaxia Film Distribution Company (China)
Pengeluaran date(s)21 April 2011 (2011-04-21)(Singapura)
22 April 2011 (China)
28 April 2011 (Hong Kong)
NegaraChina
Hong Kong
BahasaMandarin

Jalan ceritaSunting

Bertahun-tahun dahulu, Yan Chixia bercita-cita untuk menjadi pemburu syaitan yang sangat baik, jadi dia memilih Bukit Hitam sebagai tempat latihan dan memenuhi impiannya. Pada masa itu, Yan masih muda, dan di Bukit Hitam hidup beberapa hantu dan roh-roh yang telah wujud lebih lama daripada bukit itu sendiri. Walaupun makhluk-makhluk ini membawa gaya hidup yang mudah dan primitif, mereka bergelumang dalam aura kematian dan pembunuhan yang kuat.

Yan Chixia mengambil bahagian dalam peperangan menentang syaitan dan hantu. Penduduk kampung di sekitar takut memasuki Bukit Hitam dan Kuil Lanruo berdekatan. Pedang dan kemahiran Yan menjadi lebih kuat lalu dia yakin bahawa dia dapat mengalahkan segala-galanya, sehingga hari tragedi bermula. Beberapa tahun kemudian, semua sungai yang ada di bukit dilanda kemarau yang serius dan penduduk kampung terpaksa mencari sumber air yang baru di atas bukit berhantu. D sini pertembungan tamadun manusia dan hantu purba kala serta bermulanya kisah romantik di antara seorang sarjana muda dan hantu perempuan.

LakonanSunting

  • Louis Koo sebagai Yan Chixia (燕赤霞)
  • Liu Yifei sebagai Nie Xiaoqian (聶小倩)
  • Yu Shaoqun sebagai Ning Caichen (寧采臣)
  • Kara Hui sebagai Syaitan Pokok (樹妖)
  • Wang Danyi Li sebagai Xia Bing (夏冰)
  • Louis Fan sebagai Xia Xuefenglei (夏雪風雷)
  • Elvis Tsui sebagai ketua kampung (村長)
  • Gong Xinliang sebagai Ular Hijau (青蛇)
  • Lin Peng sebagai Ular Putih (白蛇)
  • Li Jing sebagai Gigi Besi (鐵牙)

Hubungan pada A Chinese Ghost Story (1987)Sunting

A Chinese Ghost Story (2011) dianggap sebagai pembuatan semula filem dengan tajuk yang sama tahun 1987 diarahkan oleh Ching Siu-tung dan yang dihasilkan oleh Tsui Hark. Kredit akhir menyebut bahawa filem ini didedikasikan untuk memori mendiang pelakon-pemuzik Leslie Cheung, yang melakonkan watak Ning Choi-san (Ning Caichen) dalam "A Chinese Ghost Story" (1987). Selain itu, lagu yang dimainkan dalam kredit akhir adalah lagu tema "A Chinese Ghost Story" (1987), yang telah dinyanyikan oleh Leslie Cheung.

PenerimaanSunting

The China Post memberikan filem ulasan negatif dengan penarafan dua bintang daripada lima bintang, menyatakan bahawa berbanding dengan filem asal, A Chinese Ghost Story (2011) "seolah-olah disasarkan kepada penonton yang lebih muda yang dibesarkan dalam era filem Hollywood, mungkin beliau berharap filem itu akan menjadi jawapan Hong Kong kepada Twilight."[1]

CatatanSunting

  1. ^ Wee, Darren (May 26, 2011). "A Chinese Ghost Story 2011 (倩女幽魂2011)". China Post. Dicapai pada October 29, 2011.

Pautan luarSunting