Abdul Aziz Mohd Yusof

Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof (lahir di Sabak Bernam, Selangor, 24 Januari 1950; umur 74 tahun) ialah seorang pentadbir awam di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkuat kuasa pada 1 Januari 2021[1]. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dari 31 Disember 2008[2] hingga 23 Januari 2016[3].

Tan Sri

Abdul Aziz Mohd Yusof

P.S.M., P.S.D., S.P.M.S., D.C.S.M., D.S.S.A., K.M.N.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor
Memegang jawatan
1 Januari 2021
Dilantik olehSultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
Didahului olehMohammed Khusrin Munawi
Pengerusi SPR Malaysia
Dalam jawatan
31 Disember 2008 – 23 Januari 2016
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong
Didahului olehAb Rashid Ab Rahman
Digantikan olehMohd Hashim Abdullah
Butiran peribadi
Lahir (1950-01-24) 24 Januari 1950 (umur 74)
Sabak Bernam, Selangor

Abdul Aziz juga pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri di Selangor (2001-2004)[4] dan Melaka (2000-2001)[5].

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Malaysia
    • Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) - Tan Sri (2006)
    • Panglima Setia Diraja (P.S.D.) - Datuk (2000)
    • Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) - 1995.
  •   Selangor
    • Darjah Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato' (1997)
    • Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) - Dato' Seri (2008)
  •   Melaka
    • Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) - Datuk Wira (2001)

Rujukan sunting

  1. ^ Bernama (30 Disember 2020). "Abdul Aziz dilantik pengerusi baharu MAIS". Sinar Harian. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  2. ^ [1], "Aziz pengerusi baru SPR, ganti Rashid", Malaysiakini.com, 11 November 2008.
  3. ^ Noor Atiqah Sulaiman (Januari 22, 2016). "Abdul Aziz serah tugas Pengerusi SPR". Berita Harian. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  4. ^ Mohd Yusof, Abdul Aziz (2003). Koleksi ucapan (2001-2002) Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato' Abdul Aziz Bin Mohd Yusof: menangani perubahan dan mengurus kejayaan. Shah Alam: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. ISBN 9789834061012.
  5. ^ Bernama (6 Jun 2001). "MELAKA MOHON STATUS DEWAN BANDARAYA UNTUK MPMBB" (PDF). Perdana. Dicapai pada 28 Disember 2021.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.