Abdul Halim Mohd Seth

Datuk Abdul Halim Mohd Seth (1946-11 Oktober 2011) adalah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang bagi kawasan Sanggang (kini dikenali sebagai DUN Kerdau).

KeluargaSunting

Nama isterinya adalah Datin Hasna bt Hussin,dan mereka dikurniai empat orang anak iaitu Muhd Haikal, Nurhayati, Muhd Hafizi dan Nurhaslinda.

Abangnya, Allahyarham Tan Sri Yahya Mohd Seth adalah bekas Menteri Besar Pahang dari 1964 hingga 1972 manakala bapanya bernama Allahyarham Mohd Seth Khatibuddin yang juga mantan Penghulu Kampung Bangau Tanjung, Temerloh.

PolitikSunting

Beliau menjadi wakil rakyat DUN Sanggang selama sepenggal dari tahun 1986 sehingga 1990.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian Mentakab selama sepenggal sebelum bahagian tersebut ditukar menjadi UMNO Bahagian Temerloh.

DUN Sanggang kini telah dikenali sebagai DUN Kerdau setelah berlaku persempadanan semula DUN tersebut pada tahun 2004.

Meninggal duniaSunting

Pada 11 Oktober 2011, Datuk Abdul Halim Mohd Seth, 65 tahun, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 9.05 malam akibat komplikasi jangkitan paru-paru dan buah pinggang. Abdul Halim meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL selepas dimasukan ke hospital itu selama hari.

Jenazahnya telah disemadikan bersebelahan kubur arwah ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Bangau Tanjung, Temerloh, Pahang.[1]

RujukanSunting