Abdul Hayei Abdul Sukor

pakar rujuk hadis di Malaysia

Dato' Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor (6 November 1947 - 1 Oktober 2020) ialah seorang ahli akademik, pakar rujuk hadis dan penulis tafsir al-Quran di Malaysia. Beliau merupakan bekas profesor madya di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)[1]. Bidang pengkhususan beliau ialah al-Quran dan hadis. Pada tahun 2016, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadith atau 'Lajnah Tahqiq Hadith' di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia[2].Beliau merupakan penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan pada 2011[1].

Dato' Dr

Abdul Hayei Abdul Sukor

D.J.M.K., Ph.D
Kelahiran
Abdul Hayei bin Abdul Sukor

(1947-11-06)6 November 1947
Meninggal dunia1 Oktober 2020(2020-10-01) (umur 72)
Pendidikan
  • Pondok Pasir Tumboh, Kelantan
  • Maahad Muhammadi Kota Bharu
  • Darul Uloom Deoband, India.
  • M.A Al-Quran dan al-Hadis, Universiti al-Azhar, Mesir
  • Ph.D (Hadith) Universiti Malaya, Malaysia
Terkenal keranaPakar rujuk hadis
Pengerusi Lajnah Tahqiq Hadith Malaysia
Pengarah pertama Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Universiti Malaya
Karya terkenal
Tafsir Pedoman Muttaqin
SaudaraTuan Guru Haji Saad Kangkong (datuk)

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Pasir Tumboh, Sekolah Arab Falahiah dan Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan sebelum melanjutkan pelajaran ke Darul Uloom Deoband, India. Seterusnya beliau melanjutkan pendidikan ke Universiti al-Azhar, Mesir dan mendapat Ijazah sarjana dalam bidang al-Quran dan al-Hadis[3]. Kemudian pada tahun 1988 beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Hadis dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan tesis yang berjudul “Sumbangan Syah Waliyullah al-Dihlawi kepada Pengajian Hadith dan Pengaruhnya di Kelantan”[4][5]

Penulisan sunting

Abdul Hayei pernah menghasilkan kitab tafsir al-Quran versi bahasa Melayu bertajuk ‘Tafsir Pedoman Muttaqin’ dan karya-karya lain seperti ‘Hadith 40 Al-Nawawi, Tafsir dan Ulasan’, ‘Hadis Maudhu - Sejarah dan Konsep’ dan ‘Imam Malik, Sejarah dan Pemikiran’[1].

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Malaysia
    • Anugerah Perdana Maulidur Rasul Kebangsaan 2011[1]
  •   Kelantan
    • Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (D.J.M.K.) - Dato' - 2018[6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Salwa Sha'ari (16 Februari 2011). "Dr Abdul Hayei Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2011". mStar. Dicapai pada 7 September 2021.
  2. ^ Irwan Shafrizan (31 Oktober 2016). "Lajnah Tahqiq Hadith tentukan kesahihan hadis". Berita Harian. Dicapai pada 7 September 2021.
  3. ^ Abdul Hayei Abdul Sukor (2005), Tafsir Pedoman Muttaqin, Kuala Lumpur : Utusan Publications, c. 1, j. 29, h. 717. Lihat juga : Abdul Hayei Abdul Sukor (1999), Imam Malik : Sejarah dan Pemikiran, Kuala Terengganu : Yayasan Islam Terengganu, c. 1, h. Bahagian cover
  4. ^ Mustaffa Abdullah (2009), Khazanah Tafsir di Malaysia, Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam Uniuversiti Malaya, h. 289
  5. ^ Ishak Suliaman (2012). "Sejarah dan kontrubusi ulama melayu dalam bidang tafsir : Kajian terhadap tafsir pedoman muttaqin karya Abdul Hayei Abdul Sukor". Seminar Internasional Budaya Nusantara Melayu Raya, 16-18 Mac 2012, Padang, Indonesia.
  6. ^ BERNAMA (11 November 2018). "Mukhriz dahului senarai 602 penerima Kehormatan Kelantan". Berita Harian. Dicapai pada 7 September 2021.