Abdullah ibn Abdulaziz Al Saud

Raja Abdullah ibn Abdulaziz Al Saud (Arab: عبد الله بن عبد العزيز آل سعود, ‘Abd Allāh ibn ‘Abd al-‘Azīz Āl Sa‘ūd, Arab Najdi sebutan: [ʢæbˈdɑɫ.ɫɐ ben ˈʢæbdæl ʢæˈziːz ʔæːl sæˈʢuːd]; 1 Ogos 1924 – 23 Januari 2015) ialah Raja Arab Saudi dan Penjaga Dua Masjid Suci pada tahun 2005 hingga 2015. Baginda pernah menjadi Putera Mahkota sebelum menjadi raja. Baginda menjadi Raja Arab Saudi selepas Raja Fahd meninggal dunia. Baginda ditabalkan menjadi Raja Arab Saudi pada 3 Ogos 2005 tetapi mewarisi gelaran Raja dengan serta merta selepas kematian Raja Fahd.

Raja Abdullah ibni Raja Abdul Aziz Al Saud
Raja Arab Saudi
Penjaga Dua Masjid Suci
Raja Arab Saudi
Pemerintahan1 Ogos 2005 – 23 Januari 2015
Bay'ah2 Ogos 2005
Didahului olehFahd
PenggantiSalman
Keregenan2 Januari 1996 – 1 Ogos 2005
Keputeraan(1924-08-01)1 Ogos 1924
Riyadh, Nejd
(kini Arab Saudi)
Kemangkatan23 Januari 2015(2015-01-23) (umur 90)
Riyadh, Arab Saudi
PasanganAlanoud Al Fayez (1972–2003)
Jawahir bint Ali Hussein
Aida Fustuq (Cerai)
Munira Al Otaishan
Munira bint Abdullah Al Al Shaykh
Tathi bint Mishan al Faisal al Jarba
(7 atau lebih isteri lain)
Anakanda
Butiran
Putera Khaled ibni Raja Abdullah Al Saud
Putera Mutaib ibni Raja Abdullah Al Saud
Putera Mishaal ibni Raja Abdullah Al Saud
Putera Abdulaziz ibni Raja Abdullah Al Saud
Putera Turki ibni Raja Abdullah Al Saud
Putera Badr ibni Raja Abdullah Al Saud
Puteri Nora binti Raja Abdullah Al Saud
Puteri Aliya binti Raja Abdullah Al Saud
Puteri Adila
Puteri Maryam binti Raja Abdullah Al Saud
Puteri Sahab
Puteri Sahar
Puteri Maha
Puteri Hala
Puteri Jawahir
Puteri Anoud
Putera Saud
Putera Bandar
KerabatRumah Al Saud
AyahandaRaja Abdulaziz dari Arab Saudi
BondaFahda Al Shuraim
AgamaIslam Sunni

Raja Abdullah juga berkhidmat sebagai Perdana Menteri dan Panglima Pengawal Kebangsaan Arab Saudi. Baginda ialah salah seorang anak lelaki daripada 37 orang anak lelaki pengasas kerajaan Arab Saudi iaitu Abdul Aziz Al-Saud.

Baginda mangkat pada 23 Januari 2015, umur 90 tahun, tiga minggu selepas dimasukkan ke hospital kerana pneumonia.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz mangkat". Astro Awani. Dicapai pada 23 Januari 2015.