Raja Arab Saudi (Tulisan Jawi: راج عرب سعودي) merupakan pemerintah utama Arab Saudi. Setakat ini sudah seramai 7 orang yang menjadi Raja Arab Saudi.

Raja Kerajaan Arab Saudi
ملك المملكة العربية السعودية
Penyandang
Salman ibn Abdulaziz Al Saud
sejak 23 Januari 2015
GelaranPenjaga Dua Kota Suci
KediamanIstana Raja, Riyadh
Pemegang sulungAbdul Aziz Al Saud
Pembentukan22 September 1932

Raja Abdul Aziz Al Saud mula menakluk kawasan-kawasan yang terlibat pada tahun 1902 dengan melantik saudaranya sebagai Gabenor Riyadh. Beliau kemudiannya menakluk Nejd (1922) dan seterusnya Hijaz (1925). Beliau akhirnya menjadi Raja Arab Saudi pada tahun 1932.

Kesemua raja-raja selepasnya ialah anak kepada Raja Abdul Aziz Al Saud. Raja terkini Arab Saudi ialah Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud manakala Putera Mahkota Arab Saudi terkini ialah Putera Muhammad bin Salman.

Senarai Raja Arab Saudi Sunting

Nama Mula Memerintah Tamat Memerintah
Abdul Aziz Al Saud 1902/1932 1953
Saud ibn Abdulaziz Al Saud 1953 1964
Faisal ibn Abdulaziz Al Saud 1964 1975
Khalid ibn Abdulaziz Al Saud 1975 1982
Fahd ibn Abdulaziz Al Saud 1982 2005
Abdullah ibn Abdulaziz Al Saud 2005 2015
Salman ibn Abdulaziz Al Saud 2015 kini

Garis masa Sunting

Salman ibn Abdulaziz Al SaudAbdullah ibn Abdulaziz Al SaudFahd ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’udKhalid ibn ’Abd al ’Aziz Al’SaudFaisal ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’udSaud ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa'udAbdul Aziz Al Sa'ud

Standard Diraja Sunting

Standard Diraja terdiri daripada bendera hijau, dengan tulisan Arab dan pedang dipaparkan dalam warna putih, dan dengan lambang negara bersulam emas di kanton kanan bawah.

 
Standard Diraja

Skrip pada bendera ditulis dalam kaligrafi Thuluth dan adalah syahadah atau pengisytiharan iman Islam:

لَا إِلٰهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله
lā ʾilāha ʾillā-llāh, muhammadun rasūlu-llāh
Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad utusan Allah

Lihat juga Sunting

Rujukan Sunting