Aerotrain adalah sistem penggerak penumpang automatik (APM) yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Malaysia. Dibuka pada tahun 1998 seiring dengan pembukaan KLIA, sistem Aerotrain terdiri daripada dua stesen, satu di Bangunan Terminal Utama dan satu lagi di Bangunan Satelit. Sistem ini adalah satu-satunya sistem pengangkutan untuk penumpang di antara dua terminal tersebut.

Aerotrain KLIA
Umum
JenisPenggerak penumpang
StatusBeroperasi
LokasiLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia
Stesen2
Perkhidmatan1
Operasi
Dibuka1998
PemilikMalaysia Airports Holdings Berhad
PengendaliEngineering Transportation, Malaysia Airport (Sepang) Sdn. Bhd.
Stok kereta api3 set tren 3-gerabak Bombardier Innovia APM 100
Teknikal
Panjang landasan1.2 km (0.75 bt)
Kelajuan operasiKelajuan maksimum 56.3 km/h, Kelajuan minimum 46.7 km/h
Ketinggian tertinggiSebahagian berada di bawah tanah
Peta laluan
Templat:KLIA Aerotrain

Latar belakang sunting

Aerotrain ini menggunakan sistem automatik sepenuhnya dan tanpa pemandu. Biasanya, dua tren akan berada diantara dua stesen. Selaras dengan solusi Sepanyol, apabila tren tersebut tiba di  platform, pintu keluar akan dibuka dahulu bagi penumpang keluar. Selepas itu, pintu masuk akan dibuka di sisi bertentangan. Sebahagian daripada landasan Aerotrain berada di bawah tanah untuk merentasi jalan rayap (taxiway). Perjalanan diantara bangunan Terminal Utama dan bangunan Terminal Satelit A mengambil masa 2.5 minit.

Aerotrain ini menyokong pelbagai mod operasi seperti Synchronized Double Shuttle Mode, Offset synchronized Double Shuttle Mode, Unsynchronized Double Shuttle Mode, Single Shuttle Mode, On-Call Mode, Test Train Mode dan Out Of Service Mode. Aerotrain KLIA mempunyai empat sub-sistem utama iaitu sistem Pusat Kawalan, sistem Kenderaan, sistem Stesen Operasi Stesen Tren Automatik (ATO) dan Sistem Pengedaran Kuasa (PDS). Tren ini mempunyai kelajuan operasi 56km/h dengan 3-fasa 600V bekalan kuasa pada 50 Hz. Sebuah 100 hp Motor Elektrik DC merupakan sistem penggerak bagi tren-tren ini.

Penyelenggaraan Aerotrain dijadualkan pada Jam 1000 sehingga Jam 1200 dan Jam 0000 sehingga Jam 0500 setiap hari. Dalam tempoh tersebut, hanya satu tren akan beroperasi dan satu lagi akan dibawa ke depot untuk kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan keselamatan. Frekuensi Aerotran akan berkurang dari setiap 2.5 minit ke setiap 5 minit dalam tempoh penyelenggaraan.

Stok gerabak sunting

Stok gerabak Aerotrain dibuat oleh Adtranz (kini merupakan subsidiari Bombardier). Ia terdiri daripada tiga set tren Innovia APM 100 dengan tiga set gerabak untuk setiap tren (dahulunya dua gerabak), dimana setiap gerabak boleh memuatkan 249 penumpang. Pada 15 Mac 2011, sebuah tren baharu telah ditambah ke rangkaian yang dikenali sebagai Tren 3. Penambahan ini dibuat bagi untuk menutupi kekurangan sistem Aerotrain sistem apabila Tren 1 atau Tren 2 dijadualkan untuk program baik pulih tren. Program baik pulih tren perlu dibuat kerana kedua-dua Tren 1 dan Tren 2 telah digunakan selama 13 tahun.

Insiden sunting

  • Pada 25 Disember 2017, perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini tergendala sementara untuk penyenggaraan kecemasan. Hal ini menyebabkan operasi aerotrain terpaksa dihentikan bermula dari pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari ini bagi kerja-kerja penyenggaraan tersebut.
 Perjalanan diantara terminal dan bangunan satelit digantikan dengan 14 bas sepanjang tempoh tersebut. Dianggarkan bahawa 12,000 penumpang terkesan dengan gangguan ini.[1]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-23. Dicapai pada 2018-10-23.

Pautan sunting