Ketika ini, berkenaan agama di Brunei Darussalam, agama Islam ialah agama yang paling banyak dianut, dan merangkumi kira-kira 82.1% jumlah penduduk.[1] Walau demikian, agama lain juga dianuti di Brunei. 8.7% jumlah penduduk populasi beragama Kristian, dan 7.8% pula menuruti ajaran Buddha .[1] Terdapat juga kira-kira 4.7% penduduk yang menganuti beragam agama, termasuk kepercayaan tempatan.[1]

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin pada waktu malam.

Islam ialah agama rasmi negara, tetapi kebebasan beragama sangat terjamin.[2] Mereka yang beragama lain juga diizinkan beribadah di Brunei.[2] Selain itu, hari-hari kebesaran selain Islam, seperti hari kebesaran Kristian, juga diiktiraf.[2] Walau bagaimanapun, kebebasan tersebut lebih terhad dalam sistem pendidikan, terutama bagi sekolah swasta, dadengan setiap bahan keagamaan bukan Islam diharamkan beredar dan pasti diberlakukan penyitaan.[2]

Mazhab Islam yang digunakan di Brunei adalah Mazhab Syafi'i dalam Ahli Sunah Waljamaah.[3] Kebanyakan dari Muslim Brunei menganut ajaran Syafi'i dalam keseharian beribadah mereka, dan ajaran Syafi'i juga merupakan sumber hukum bagi negara.[3]

Statistik

sunting
Bancian rasmi Brunei [4]
Agama Bancian 1981 Bancian 1991 Bancian 2001 Bancian 2011 Sensus 2016
Jumlah Peratusan Jumlah Peratusan Jumlah Peratusan Jumlah Peratusan Jumlah Peratusan
Islam 122,269 63.4% 174,973 67.2% 249,822 75% 309,962 78.8% 337,391 80.9%
Buddha 27,063 14.1% 33,387 12.8% 28,480 8.6% 30,814 7.8% 29,495 7%
Kristian 18,767 9.7% 25,994 10% 31,291 9.4% 34,176 8.7% 29,510 7.1%
Lain-lain 24,733 12.8% 26,128 10% 23,251 7% 18,420 4.7% 20,860 5%
Jumlah: 192,832 100% 260,482 100% 332,844 100% 393,272 100% 417,256 100%
Agama di Brunei berdasarkan etnik (anggaran 2011) [5]
Etnik Islam Buddha Kristiann Lain-lain
Melayu 100% N/A (semua orang Melayu adalah Muslim menurut perundangan Brunei)
Cina 14% 65% 20% 1%
Peribumi 50% N/A 15% 35%
Bukan warganegara 50% 15% 33% 2%
Jumlah: 78.8% 7.8% 8.7% 4.7%

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Brunei". The World Factbook. Central Intelligence Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-21. Dicapai pada 8 Mei 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c d "Brunei". Background Notes. United States State Department. Dicapai pada 8 Mei 2011.
  3. ^ a b "Brunei". emory.edu. Emory. Dicapai pada 11 Mei 2011.
  4. ^ "Population by Religion, Sex and Census Year".
  5. ^ "Brunei". United States Department of State (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-05.