Islam adalah agama rasmi Brunei, 80 peratus penduduknya adalah Muslim, kebanyakannya ahli Sunnah Waljamaah yang berketurunan Melayu yang mengikut mazhab Islam Syafi'i. Kebanyakan kumpulan Muslim lain adalah Kedayan (mualaf dari kumpulan orang asli) dan mualaf Cina.

Masjid Agung di Brunei

Sejarah sunting

Islam telah diasuh pada abad ke-15 apabila seorang Melayu Muslim dilantik sebagai sultan. Sultan, menurut tradisi, bertanggungjawab untu memegang tradisi Islam, walaupun tangungjawab biasanya diberikan kepada pegawai yang dipilih. Sejak 1930-an sultan telah menggunakan pertambahan jualan minyak untuk membekalkan satu sistem kebajikan berluasan dan menggalakkan Islam, termasuk memberi subsidi Haji, pembinaan masjid dan mengembangkan Hal Ehwal Jabatan Agama.

Pendidikan agama Islam di Brunei tersusun dengan baik. Pada tahun 1956, atas permintaan peribadi Sultan Brunei Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, kerajaan Johor telah menghantar seorang Pegawai Kanan Agama Islam, Tuan Guru Haji Othman Haji Said ke Brunei untuk membantu kerajaan Brunei dalam menubuhkan Sekolah Agama Islam Kerajaan yang serupa seperti di Johor. Beliau berjaya membantu dalam menganjurkan dan menubuhkan Sekolah Agama Islam Kerajaan Brunei di seluruh daerah di Brunei [1956 -1962]

Sekolah Agama Kerjaan Brunei pertama ditubuhkan pada tahun 1956 at Sekolah Sultan Muhammad Jamalul Alam [SMJA} in Brunei Town. Sekolah ini menggunakan sukatan pelajaran yang sama [ dari Darjah 1 hingga Darjah 6 ] dan menggunakan buku yang sama seperti Sekolah Islam Kerajaan Johor, berjalan pada sebelah petang di premis sekolah yang sama di sekolah-sekolah Kebangsaan Kerajaan Brunei. Selepas tamat Darjah 6, pelajar boleh memilih untuk menjalani kelas latihan khas selama setahun untuk dilatih sebagai Sekolah Agama Islam yang berkelayakan. Pada mulanya, guru-guru Islam dari Johor telah dibawa masuk.

Kerabat Diraja Brunei berpendidikan agama Islam yang snagat baik. Pendidikan Islam yang serupa telah diperkenalkan kepada semua Kerabat Diraja Sultan Omar Ali Saifuddien, [termasuk Sultan Haji Hasaanal Bolkiah sekarang dan isterinya Raja Isteri Hajjah Saleha]. Sekolah Khas Kerabat Diraja telah ditubuhkan pada tahun 1957 di Istana Darul Hana dan guru Agama Islam pertama ialah Cikgu Hajjah Salbiah Haji Shafii [ Isteri Tuan Guru Haji Othman Haji Said].

Lihat juga sunting