Ahmad Mustapha merupakan aktivis di Singapura semasa belajar di Universiti Malaya, Singapura.Beliau merupakan anak saudara Dr Mahathir Mohamad.

Semasa di universiti , beliau menjadi Presiden University Sosialis Club (USC) dan menganjurkan Seminar Bahasa Kebangsaan pada 1959. Seminar ini menekankan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana bahasa Inggeris hanya digunakan di bandar-bandar sahaja.

Selepas belajar beliau menjadi Penolong Pegawai Daerah Kota Star,menjadi Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein (1974) dan Pengurus Besar Bernama (1980).