Ahmad Saidi Mohamad Daud

YB Ahmad Saidi Mohamad Daud adalah merupakan Ahli Dewan Negeri Perak untuk Changkat Jering yang memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu.[1]

YB

Ahmad Saidi Mohamad Daud

Ahli Dewan Negeri
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Changkat Jering
Dalam jawatan
3 Julai 2018 – 17 Oktober 2022
Didahului olehMohammad Nizar Jamaluddin
Digantikan olehRahim Ismail
Butiran peribadi
Parti politik UMNO
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Biarpun mempunyai syarikat guaman sendiri, namun itu belum membuatkan beliau berpuas hati dengan pencapaiannya.

Dengan hasrat ingin memberi sumbangan kepada rakyat, Ahmad Saidi Mohamad Daud terjun ke dunia politik sebaik tamat pengajian peringkat sarjananya dalam bidang Undang-undang di UiTM, Shah Alam pada 2009.

Mula dilantik sebagai Pemangku Ketua Pemuda UMNO Kampung Berchat, Changkat Jering, Perak, bekas pelajar SMK Tengku Menteri, Taiping ini mula mengorak langkah lebih jauh.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), beliau nekad bertanding mewakili UMNO merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Changkat Jering di bawah Parlimen Bukit Gantang.

Beliau berhadapan perlawanan sengit dalam pertemuan empat penjuru dengan memenangi majoriti undi sebanyak 1,922.

Ahmad Saidi mendapat 8,818 undian ketika menentang Megat Shariffuddin Ibrahim daripada parti Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 6,896 undi.

Turut bertanding ketika itu, Mohd Nordin Jaafar daripada Pas (6,199) dan calon Bebas Mohganan a/l Manikam yang hanya memperoleh 60 undi.

Kerjaya:

  • Pengasas Tetuan Saidi & Co (2015 hingga kini)
  • Peguambela & Peguamcara di Tetuan Ismail AJ & Aishah (2009-2015)
  • Pengurus Pemasaran Tricomas Sdn Bhd (2005)

Jawatan dalam  parti:

  • Ketua Penerangan UMNO Bukit Gantang
  • Pengurus Pasukan Pemantau Kempun Pilihanraya (PRU13)
  • Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Gantang
  • Pengerusi Sekretariat Penerangan UMNO Bahagian Bukit Gantang

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia
  • ADUN Changkat Jering

Pendidikan:

  • Ijazah Sarjana Undang-undang UiTM, Shah Alam, Selangor (2008-2009)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang UiTM, Shah Alam, Selangor (2005-2008)
  • Diploma Pentadbir Awam UiTM Alor Gajah, Melaka (2002-2005)
  • Pra Diploma UiTM Kota Samarahan, Sarawak (2001-2002)
  • SMK Tengku Menteri, Taiping, Perak (1997-2001)
  • SK Sultan Abdullah, Taiping, Perak (1991-1997)

Rujukan sunting