Aiguillette (Perancis: [ɛɡɥijɛt]  ( dengar), dari perkataan aiguille, "jarum"), juga di eja aguillette, aiglet atau aglet, ialah gumpalan tali pintal dengan hujung logam atau tag renda, atau hujung berhias.[1]:4[2]

Pegawai bertauliah Kavalri Istana memakai pakaian istiadat berserta aiguillette
Ikatan 20 tali jalinan emas dan perak dengan tag loyang bercop atau aiglets, separuh masa pertama abad ke-17

Pengikat tali sutera dengan hujung logam yang berfungsi atau hiasan sepenuhnya adalah popular pada abad ke-16 dan awal abad ke-17, kadangkala diperbuat dari emas bertatahkan batu permata atau enamel, biasanya dipanggil "aiglets", "aglets" atau "points".[2][3]:97

Dalam penggunaan moden, "aiguillette" ialah sejenis tali pintal ornamen berserta hujung logam dekoratif yang dipakai pada pakaian seragam atau sebahagian daripada kostum lain seperti pakaian akademik,[1] dimana ia menandakan penghormatan. Penggunaan "aiguillette" ini berasal daripada tali yang digunakan untuk mengikat seluruh plat armor. Oleh itu, gulungan simpulan atau gelung digunakan dengan cara di gantung pada bahu.

Jangan dikelirukan pula dengan aksesori lanyard, iaitu sejenis tali yang juga terletak pada bahagian bahu (atau di leher) di uniform yang berbeza pada lain acara atau kerja, tetapi tidak mempunyai hujung aiguillette yang runcing dan biasanya daripada gentian berbanding dawai emas atau perak, dan selalunya tidak berpintal. Istimewanya, aiguillette ini hanya dipakai untuk acara rasmi ketenteraan seperti perbarisan diraja, perbarisan kawalan kehormat, kawalan suku dan acara-acara rejimental lain. Walaupun berbeza acara, fungsinya tetap sama sebagai aksesori wajib.

Hujung aglet atau tali kasut moden dan hujung dekoratif pada tali bolo ialah jenis aiguillette.

Sejarah

sunting

Seperti ejaan perkataannya, fungsi aiguillette ini juga sama asalnya dari Perancis. Berasal dari perkataan lama yang bermaksud jarum (yang merujuk pada besi di hujung tali), aksesori ini digunakan untuk mengikat kain, kasut dan zirah besi pada zaman medieval dahulu kala. Dihimpun benang emas dan perak sebagai lambang kemewahan, juga berfungsi sebagai alat pengikat kecemasan.

Abad ke-17 di Eropah sana, pemakaian satria bangsawan yang sarat dengan zirah dan kain tebal dari kulit haiwan menyebabkan butang kehilangan fungsinya. Maka, pada ketika itulah aiguillette ini digunakan untuk mengemaskan lagi pakaian satria – agar kemas terletak pada pemakainya.

Fungsinya juga digunakan sebaiknya oleh aide-de-camp (ADC) satria tersebut sebagai ‘spare’, ataupun pengganti untuk mengikat pakaian bosnya jika terdapat kecacatan, agar bosnya kekal tampan ketika menghunus pedang ke arah musuhnya di hadapan.

Terdapat juga beberapa teori lain mengatakan, tali keemasan ini adalah lambang amaran kepada tentera Fleming di bawah penguasaan Duke Alva si Jeneral Spaniard. Dikatakan beliau mengarahkan tali itu perlu dipakai bagi ingatan kepada barisan gempur tersebut, jika sekali arahan diingkar, tali tersebut terus menjadi tali gantung mereka sebagai hukuman medan. tetapi tentera Fleming itu telah mencapai kejayaan di setiap kempennya, maka aiguillette itu terus dipakai sebagai lambang kebanggaan dan kejayaan mereka.

Angkatan Tentera Malaysia

sunting

Selepas beberapa abad, aksesori ini diwarisi seluruh dunia, termasuk badan beruniform Malaysia melalui pengaruh British pada awal kemerdekaan sehinggalah sekarang. Aiguillette atau disebut "agulet" sahaja adalah aksesori bertali yang wajib dipasang pada uniform nombor satu (number 1 dress) bagi anggota Tentera Darat Malaysia. Aksesori berwarna kuning keemasan ini dipasang pada bahagian bahu kanan uniform, segak terletak sebagai aksesori rasmi. Aiguillette juga terpakai untuk kebanyakan uniform rasmi pegawai Tentera Darat, TLDM, TUDM mahupun PDRM.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Picken, Mary Brooks (1957). The fashion dictionary. Funk and Wagnalls. (1973 edition ISBN 0-308-10052-2)
  2. ^ a b Gaimster, David; Hayward, Maria; Mitchell, David; Parker, Karen (2002). "Tudor silver-gilt dress-hooks: a new class of treasure find in England". Antiquaries Journal. 82: 157–196. doi:10.1017/S0003581500073777. ISSN 0003-5815.
  3. ^ Scarisbrick, Diana (1995). Tudor and Jacobean jewellery. London: Tate Publishing. ISBN 1-85437-158-4.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "All-Hands-1968-04" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Arnold-1980" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Australian-Army-2016-10-05" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Rujukan am

sunting
  • Arnold, Janet: Patterns of Fashion: the cut and construction of clothes for men and women 1560–1620, Macmillan 1985. Revised edition 1986. ISBN 0-89676-083-9
  • Arnold, Janet: Queen Elizabeth's Wardrobe Unlock'd, W S Maney and Son Ltd, Leeds 1988. ISBN 0-901286-20-6
  • Hearn, Karen, ed. Dynasties: Painting in Tudor and Jacobean England 1530–1630. New York: Rizzoli, 1995. ISBN 0-8478-1940-X.