Airbus A310 MRTT
Airbus A310 MRTT Multi Role Tanker Transport (Bahasa Melayu:Penangki pengangkut pelbagai peranan) merupakan sebuah pesawat penangki udara yang dibangunkan berdasarkan model pesawat komersil Airbus A310. Dahulunya, kegunaan utama pesawat A310 adalah sebagai pesawat penumpang.
Airbus A310 MRTT | |
---|---|
A310 MRTT of the German Luftwaffe | |
Peranan | Strategic tanker/transport |
Pengeluar | EADS/Airbus |
Penerbangan pertama | Disember 2003[1] |
Status | Perkhidmatan aktif |
Syarikat penerbangan utama | Luftwaffe |
Dibangunkan dari | Airbus A310 |
Variasi | CC-150 Polaris |
Rekabentuk dan pembangunan
suntingA310 MRTT merupakan pesawat untuk kegunaan ketenteraan yang dibangunakan berdasarkan pesawat penumpang Airbus A310. Pesawat ini mempunyai dwi-fungsi iaitu sebagai pesawat penangki udara dan juga pesawat pengangkut/kargo.
Pesawat ini dikeluarkan dan diubahsuai oleh EADS/Airbus. Pengubahsuaian yang telah dilakukan termasuk;
- Pemasangan dua pod pengisian minyak udara ke udara di bawah setiap sayap.
- Penambahan empat buah tangki bahan api (tambahan sebanyak 28,000 kg bahan api);menjadikan jumlah muatan bahan api hampir 78,000 kg.
- Stesyen Operator Minyak (SOM) bagi mengawal pemindahan minyak, kamera dan sebagainya, radio ketenteraan dan pencahayaan dalaman. Bagi pesawat MRTT, proses pengawasan merapati/memindahkan minyak secara kawalan jauh lengkap dengan sistem video keupayaan penglihatan malam akan dibangunkan. Sistem ini (akan dibangunkan oleh sebuah syarikat kecil yang dikenali sebagai VIDAIR) akan membolehkan operasi dilakukan dalam dua situasi iaitu dalam cahaya nampak dan radiasi hampir inframerah.
- Mengukuhkan sayap dan lantai pesawat.
- Ubahsuai kecil pada kokpit pesawat.
Rekabentuk pod dan kerja mengukuhan sayap pesawat telah dianugerahkan kepada ITD SA, pada masa itu merupakan sebahagian daripada Kumpulan ITP.
Luftwaffe yang telah menjadi pelanggan pertama pesawat MRTT, telah menukarkan empat dari tujuh buah pesawat A310. Angkatan Tentera Kanada pula menukarkan dua daripada lima buah pesawat A310, yang lebih dikenali sebagai CC-150 Polaris dalam perkhidmatan tentera Kanada, kepada konfigurasi A310 MRTT.
Meskipun pesawat MRTT pada masa kini menggunakan teknik pemindahan minyak probe and drogue, EADS telah melabur sebanyak AS$90 juta bagi membuat penyelidikan dan pembangunan teknik sistem pemindahan api rectractable boom sepertimana yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. EADS sekarang telah menawarkan pesawat penangki selain daripada pesawat A310 iaitu pesawat A330 MRTT yang dilengkapi dengan peralatan retractable boom.
A310 MRTT adalah lebih kecil berbanding A330 MRTT. Sejak pengeluaran pesawat baru A310 dihentikan, penukaran kepada konfigurasi MRTT hanya boleh dilakukan dengan menggunakan pesawat penumpang yang diperbaharui, atau meningkat upaya pesawat A310 yang telah digunakan oleh tentera udara (pilihan yang dibuat oleh Jerman dan Kanada). sebagai sebuah pesawat penangki, ia memiliki muatan bahan api yang sama dengan pesawat KC-135R. Bagaimanapun, dengan kehadiran kabin yang lebih besar, pesawat ini lebih fleksibel, menawarkan muatan yang baik bagi kegunaan kargo, pengangkutan anggota tentera dan orang kenamaan, atau untuk kegunaan lain. Kekurangan pesawat ini hanyalah keupayaannya untuk mendarat di atas permukaan landasan yang kasar bagi melayakkan pesawat ini menjadi sebuah pesawat pengangkut strategik. Airbus berharap dapat menjual pesawat ini ke negara-negara yang mahu mengantikan pesawat Boeing 707 yang digunakan sebagai pesawat tangki.
Spesifikasi
sunting
Data dari laman airforce-technology,[2]
Ciri umum
- Panjang: 46.66 m (153 kaki 1 in)
- Rentang sayap: 43.9 m (144 kaki)
- Tinggi: 15.81 m (hingga hujung ekor) ()
- Berat berlepas maksimum: 164 tan (361,554 lb)
- Loji kuasa: 2× General Electric CF6-80C2 atau Pratt & Whitney PW4152/6 , tujahan sehingga 59,000 lb () setiap satu
Prestasi
- Kelajuan maksimum: Mach 0.79
- Jarak: 4,000 batu nautika (dengan penumpang maksimum) () ;
- Jarak maksimum: 7,000 batu nautika ()
Lihat juga
suntingPembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- Air Tanker Consortium
- Maklumat A310 MRTT di laman web airforce-technology
- Kenyataan akhbar Airbus berkenaan A310 MRTT
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Airbus A310 MRTT. |