Muhammad ibn Jarir al-Tabari

(Dilencongkan daripada Al-Tabari)

Abu Jafar Muhammad bin Jarir al-Tabari atau Ibnu Thabari atau Ibnu Thabary (Arab: أبو جعفر محمد بن جرير الطبري, 838-923 M), ialah seorang mujtahid, sejarawan dan pemikir Muslim dari Iran. Beliau dilahirkan di daerah Amol, Tabaristan (sebelah selatan Laut Kaspia). Semasa hidupnya, beliau belajar di kota Rayy, Baghdad, kemudian Syria dan juga di Mesir.

Muhammad ibn Jarir al-Tabari
EraZaman Pertengahan
FalsafahCendekiawan Parsi
SekolahJariri

Karyanya yang terkenal antara lain: Tārikh ur-Rusul wal-Mulūk (Arab: تاريخ الرسل والملوك, ("Sejarah para Nabi dan Raja"), yang berisi sejarah dunia sehingga tahun 915 M, dan terkenal kerana ketepatannya dalam menulis sejarah Arab dan Muslim.

Karyanya yang lain yang juga terkenal ialah tafsir Al-Quran bernama Tafsir al-Tabari, yang sering digunakan sebagai sumber oleh pemikir Muslim yang lain, seperti Baghawi, Suyuti dan juga Ibnu Kathir.