Alfred Keller (19 September 1882 – 11 Februari 1974) adalah seorang Kolonel Jeneral dalam Luftwaffe Jerman Nazi semasa Perang Dunia Kedua yang memerintah Luftflotte 1. Kerjayanya dalam Tentera Imperial Jerman bermula pada tahun 1897; beliau menjadi salah seorang jeneral Luftwaffe yang paling banyak menerima pingat.

Alfred Keller
HauptmannAlfredKeller.jpg
Keller, berpangkat Kapten semasa Perang Dunia I
Kelahiran(1882-09-19)19 September 1882
Meninggal dunia11 Februari 1974(1974-02-11) (umur 91)
Berlin
Kesetiaan Jerman Nazi
PerkhidmatanLuftwaffe
PangkatGeneraloberst
ArahanLuftflotte 1
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahPour le Mérite
Knight Cross of the Iron Cross

Perang Dunia IISunting

 
Keller tiba di Mensuvaara, Finland

Pada September 1939, apabila Perang Dunia II bermula, Leftenan Jeneral Alfred Keller memerintah Kor Ke-4 Udara semasa pencerobohan Poland, mengambil alih pemerintahan ini pada 13 Oktober 1939. Kempen seterusnya, semasa kempen terhadap Norway, negara Belanda, Belgium dan Pertempuran Perancis, beliau memerintah Luftflotte 2 dengan Jeneral Albert Kesselring sebagai pegawai atasannya. Keller telah dikurniakan Knight Cross of the Iron Cross pada 24 Jun 1940 selaku Panglima Kor Ke-4 Udara. Sejurus selepas itu, pada 19 July 1940, beliau dinaikkan pangkat ke Generaloberst. Pada 19 Ogos 1940, semasa Pertempuran Britain, Alfred Keller dilantik sebagai Panglima Luftflotte 1 dan Panglima Luftwaffe - Timur. Keller memimpin formasi ini dengan penuh bertenaga semasa kempen Balkan dan kemudian Operasi Barbarossa dimana beliau membantu Kumpulan Tentera Darat Utara. Keller kekal bersama Luftflotte 1 sehingga 12 Jun 1943, apabila beliau bersara dari perkhidmatan aktif pada usia 61 tahun, digantikan oleh Günther Korten yang 16 tahun muda darinya. Namun beliau terus melaksanakan fungsi-fungsi penting dalam NSFK (Nationalsozialistische Fliegerkorps – Kor Penerbang Sosialis Nasional, sebuah unit separa tentera yang dibentuk sebagai juruterbang awam simpanan). Beliau adalah Korpsführer NSFK dari 26 Jun 1943, hingga Jerman menyerahkalah pada 8 Mei 1945. Sehingga ke penghujung perang Kellerlah yang bertanggungjawab memimpin jabatan senjata anti kereta kebal Luftwaffe.

Kehidupan selepas perangSunting

Dengan peletakkan senjata Jerman pada 8 Mei 1945, Keller menjadi tawanan perang British sehingga tahun 1947. Pada tahun 1950an beliau menjadi presiden pertama Persatuan Penerima Knight Cross. Keller meninggal dunia di Berlin.

Tarikh kenaikkan pangkatSunting

Anugerah kebesaranSunting

RujukanSunting

PetikanSunting

  1. ^ Scherzer 2007, p. 435.

BibliografiSunting

  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. Parameter |trans_title= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
Pegawai tentera
Didahului oleh
Generalmajor Hellmuth Bieneck
Panglima 4. Flieger-Division
1 Februari 1939 – 11 Oktober 1939
Diikuti oleh:
IV. Fliegerkorps
Didahului oleh
4. Flieger-Division
Panglima IV. Fliegerkorps
11 Oktober 1939 – 19 Ogos 1940
Diikuti oleh:
General der Flieger Kurt Pflugbeil
Didahului oleh
General Wilhelm Wimmer
Panglima Luftflotte 1
20 Ogos 1940 – 12 Jun 1943
Diikuti oleh:
Generaloberst Günther Korten