Oberleutnant (secara literal 'Leftenan atas') ialah pangkat pegawai leftenan tertinggi dalam angkatan tentera Jerman (Bundeswehr), Angkatan Tentera Austria, dan Angkatan Tentera Swiss yang berbahasa Jerman.

Austria sunting

Jerman sunting

Leftenan Kanan
Oberleutnant
       
Pelapik gorjet Tentera Darat (pink)
dan Tentera Udara (kuning)
Epaulet
bahu Tentera Darat
Epaulet
bahu Tentera Udara
Negara
 
Jerman
Cabang perkhidmatan   Tentera Darat Jerman
  Tentera Udara Jerman
Singkatan OLt
Kumpulan pangkat Pegawai muda
Diperkenalkan 1871
Kod
NATO
OF-1
Pangkat tinggi seterusnya

Hauptmann

Pangkat rendah seterusnya

Leutnant

Persamaan pangkat Oberleutnant zur See

Di dalam Tentera Darat Jerman, pangkat ini bermula dari awal abad ke-19. Diterjemah sebagai "leftenan kanan", pangkat ini secara lazimnya diberikan kepada pegawai bertauliah selepas lima hingga enam tahun berkhidmat dengan aktif.

Oberleutnant digunakan oleh kedua-dua Tentera Darat Jerman dan Tentera Udara Jerman. Dalam sistem perbandingan tentera NATO, seorang Oberleutnant Jerman bersamaan dengan seorang Leftenan Pertama dalam Tentera Darat/Tentera Udara negara-negara Bersekutu.

Kegunaan lain

Pangkat tentera laut yang setara ialah Oberleutnant zur See.

Di Jerman Nazi, dalam SS, SA dan Waffen-SS, pangkat Obersturmführer dianggap setara dengan Oberleutnant dalam Tentera Darat Jerman.[1][2]

Insignia pangkat Oberleutnant/Oberleutnant zur See (OF-1)
     
               
Seragam khidmat
(desain asas)
(Kor armor)
Seragam tempur
(Infantri armor)
San OA Seragam khidmat
(desain asas)
Seragam tempur San OA Epaulet Lencana lengan Sarung pangkat San OA

Tentera Rakyat Nasional sunting

Dalam Tentera Rakyat Nasional (NPA) GDR, pangkat ini merupakan lieutenant tertinggi, sehingga tahun 1990. Ini merujuk kepada doktrin ketenteraan Soviet dan sejajar dengan angkatan tentera lain Pakatan Warsaw.

Pangkat setara dalam Volksmarine (bm: Tentera Laut GDR) ialah Oberleutnant zur See. Kemudian ia dipendekkan kepada hanya Oberleutnant; bagaimanapun, secara dalaman Oberleutnant zur See terus digunakan. Merujuk kepada angkatan tentera Soviet dan kepada angkatan tentera lain Pakatan Warsaw Oberleutnant adalah pangkat pegawai kedua paling muda sehingga 1990.

Insignia pangkat
  Tentera Darat   Tentera Udara   Pasukan Sempadan GDR   Volksmarine
    N/A      
Oberleutnant Oberleutnant zur See

Switzerland sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Flaherty 2004, m/s. 148.
  2. ^ McNab 2009, m/s. 15.

Bibliografi sunting

  • Flaherty, T. H. (2004) [1988]. The Third Reich: The SS. Time-Life Books, Inc. ISBN 1-84447-073-3.
  • McNab, Chris (2009). The Third Reich. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-51-8.