Obersturmführer (bahasa Jerman: [ˈoːbɐʃtʊʁmˌfyːʁɐ], har. pemimpin gempur kanan;[1][2] singkatan: Ostuf) ialah pangkat separa tentera yang digunakan dalam beberapa organisasi Nazi, seperti SA, SS, NSKK dan NSFK.

Obersturmführer

Lencana
kolar

Lencana
bahu
Lencana
celoreng
Negara
Jerman Nazi
Cabang perkhidmatan
Kumpulan pangkat Pegawai muda
Singkatan Ostuf
Diperkenalkan 1932
Dimansuhkan 1945
Kod
NATO
OF-1
Pangkat tinggi seterusnya

Hauptsturmführer

Pangkat rendah seterusnya

Untersturmführer

Persamaan pangkat Oberleutnant

Pangkat Obersturmführer pertama kali dizahirkan pada 1932 hasil dari perluasan Sturmabteilung (SA) dan keperluan untuk tambahan pangkat dalam kumpulan pegawai. Pada masa yang sama Obersturmführer juga menjadi pangkat SS.[3]

Seorang SA-Obersturmführer lazimnya merupakan komander muda kompeni yang bertanggungjawab terhadap 50 hingga 100 orang. Di dalam SS, pangkat Obersturmführer membawa pelbagai jenis tugasan termasuk pembantu staf, pegawai Gestapo, penyelia kem tahanan, dan komander platun Waffen-SS. Dalam kedua-dua SS dan SA, pangkat Obersturmführer dianggap setara dengan Oberleutnant dalam Wehrmacht Jerman.[4]

Tanda pangkat Obersturmführer berupa tiga paku perak dan satu jalur berwarna perak yang disusun pada petak kolar uniform. Pangkat itu lebih kanan dari Untersturmführer (atau Sturmführer dalam SA[1]) dan lebih muda dari Hauptsturmführer.[4]

Lencana pangkat sunting

Obersturmführer SS, SA, NSKK, dan NSFK
Lencana pangkat
 
Schutzstaffel (SS)
 
Sturmabteilung (SA)
 
Kor Motor NS (NSSKK)
 
Kor Penerbang NS (NSFK)
           
Waffen-SS lencana kolar
Perbandingan turutan pangkat Wehrmacht
Pangkat junior
SS-Untersturmführer
Pangkat SS
Obersturmführer
              Pangkat senior

SA-Sturmführer
Pangkat SA
Obersturmführer

Leutnant (OF-1b)
  Pangkat Wehrmacht
Oberleutnant (OF-1a)[5]

Hauptmann / Rittmeister (OF-2)

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ a b McNab 2009b, m/s. 15.
  2. ^ Stein 1984, m/s. 297.
  3. ^ McNab 2009, m/s. 29, 30.
  4. ^ a b Flaherty 2004, m/s. 148.
  5. ^ The abbreviation "OF" stands for de: "Offizier / en: officer / fr: officier / ru: офицер".

Bibliografi sunting

  • Flaherty, T. H. (2004) [1988]. The Third Reich: The SS. Time-Life Books, Inc. ISBN 1-84447-073-3.
  • McNab, Chris (2009). The SS: 1923–1945. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-49-5.
  • McNab, Chris (2009b). The Third Reich. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-51-8.
  • Stein, George (1984) [1966]. The Waffen-SS: Hitler's Elite Guard at War 1939–1945. Cornell University Press. ISBN 0-8014-9275-0.