Untersturmführer (bahasa Jerman: [ˈʊntɐʃtʊʁmˌfyːʁɐ], har. pemimpin gempur muda; singkatan: Ustuf) ialah pangkat separa tentera Schutzstaffel (SS) Jerman yang pertama kali dicipta pada Julai 1934.[1] Pangkat ini berasal dari pangkat SA Sturmführer, yang telah wujud sejak penubuhan SA pada tahun 1921. Pangkat Untersturmführer lebih kanan dari Hauptscharführer (atau Sturmscharführer dalam Waffen-SS) dan lebih muda dari pangkat Obersturmführer.[1][2]

Untersturmführer

Lencana
kolar

Lencana
bahu
Lencana
celoreng
Negara
Jerman Nazi
Cabang perkhidmatan
Kumpulan pangkat Pegawai muda
Singkatan Ustuf
Diperkenalkan 1934
Dimansuhkan 1945
Kod
NATO
OF-1
Pangkat tinggi seterusnya

Obersturmführer

Pangkat rendah seterusnya

Hauptscharführer (Allgemeine SS)
Sturmscharführer (Waffen-SS)

Persamaan pangkat Leutnant
Werner Wolff [es], SS-Untersturmführer Waffen-SS.

Gambaran sunting

Untersturmführer ialah pangkat pegawai bertauliah pertama SS, bersamaan dengan Leftenan Muda dalam organisasi tentera yang lain.[3] Tanda pangkat berupa tiga paku perak yang disusun pada petak kolar dengan epaulet leftenan tentera darat.[3] Kerana penekanan yang diberikan oleh SS terhadap kepimpinan organisasi mereka, untuk mencapai pangkat Untersturmführer memerlukan proses saringan dan latihan yang berbeza daripada sistem kenaikan pangkat standard dalam Lain-Lain Pangkat.

Pada awal penubuhan SS, kenaikkan pangkat ke Untersturmführer adalah satu perkara yang pasti apabila anggota SS naik melalui lain-lain pangkat ke jawatan dimana mereka telah bersedia untuk memikul tugas sebagai pegawai. Untersturmführer juga kadangkala satu posisi yang dilantik, diberikan kepada anggota SS agar mereka segera boleh bermula sebagai pegawai dalam organisasi itu. Ini biasanya berlaku dalam organisasi keselamatan, seperti Gestapo dan Sicherheitsdienst (SD). Senario biasa dalam permulaan SS adalah untuk anggota menyertai sebagai SS-Mann dan kemudian menerima kenaikkan pangkat terus ke Sturmführer. Dalam sesetengah kes, dimana seorang pegawai sedang "disiapkan" untuk mengambil posisi kepimpinan SS, pegawai itu boleh dinaikkan pangkat lebih tinggi lagi. Seperti dengan situasi Friedrich Jeckeln yang dinaikkan pangkat terus dari Mann ke Sturmbannführer.

Pada tahun 1938, saiz dan logistik pasukan SS membawa keperluan untuk sistem yang mantap untuk menjadi pegawai SS dengan sistem berlainan bagi Waffen-SS dan formasi am Allgemeine SS.

Lencana pangkat sunting

Untersturmführer SS dan NSFK Sturmführer SA dan NSKK
Lencana pangkat
 
Schutzstaffel (SS)
 
Kor Penerbang NS (NSFK)
 
Sturmabteilung (SA)
 
Kor Motor NS (NSKK)
           
Waffen-SS lencana kolar
Perbandingan turutan pangkat Wehrmacht (Heer)

Allgemeine SS/Waffen-SS
SS-Hauptscharführer
Pangkat junior
Waffen SS only
SS-Sturmscharführer
Pangkat SS
Untersturmführer
Pangkat senior
SS-Obersturmführer

SA-Haupttruppführer
Pangkat SA
Sturmführer

SA-Obersturmführer

Oberfeldwebel (OR-7)[4]

Stabsfeldwebel (OR-8)
  pangkat Wehrmacht
Leutnant (OF-1b)[5]

Oberleutnant (OF-1a)

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ a b McNab 2009, m/s. 30.
  2. ^ Stein 2002, m/s. 297, 299 chart.
  3. ^ a b Flaherty 2004, m/s. 148.
  4. ^ The abbreviation "OR" stands for "Other Rank, officers excepted / fr: sous-officiers et militaires du rang / ru:другие ранги, кроме офицероф"
  5. ^ The abbreviation "OF" stands for de: "Offizier / en: officer / fr: officier / ru: офицер".

Bibliografi sunting

  • Flaherty, T. H. (2004) [1988]. The Third Reich: The SS. Time-Life Books, Inc. ISBN 1-84447-073-3.
  • McNab, Chris (2009). The SS: 1923–1945. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-49-5.
  • Stein, George (2002) [1966]. The Waffen-SS: Hitler's Elite Guard at War 1939–1945. Cerberus Publishing Ltd. ISBN 978-1841451008.