Sturmbannführer
Sturmbannführer (bahasa Jerman: [ˈʃtʊʁmbanˌfyːʁɐ]; har. pemimpin unit gempur[1]) ialah pangkat separa tentera Parti Nazi yang bersamaan dengan pangkat mejar[2] yang digunakan dalam beberapa organisasi Nazi, seperti SA, SS, dan NSFK. Pangkat ini berasal dari unit pasukan gempur Jerman semasa Perang Dunia Pertama.
Sturmbannführer | |||||||
| |||||||
Negara | Jerman Nazi | ||||||
Cabang perkhidmatan | |||||||
Kumpulan pangkat | Pegawai kanan | ||||||
Singkatan | Stubaf | ||||||
Diperkenalkan | 1921 | ||||||
Dimansuhkan | 1945 | ||||||
Kod NATO |
OF-3 | ||||||
Pangkat tinggi seterusnya | |||||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||||
Persamaan pangkat | Major |
Gelaran SA Sturmbannführer pertama kali diwujudkan pada 1921. Pada tahun 1928, gelaran itu menjadi pangkat sebenar dan juga merupakan salah satu pangkat SS yang terawal dizahirkan.[3] Tanda pangkat Sturmbannführer berupa empat paku perak yang disusun pada lapik kolar.[2] Pangkat ini berada dibawah Standartenführer sehingga tahun 1932, selepas itu Sturmbannführer menjadi subordinat kepada pangkat baru Obersturmbannführer.[3] Di dalam Waffen-SS, Sturmbannführer dianggap bersamaan dengan pangkat mejar dalam Wehrmacht Jerman.[4]
Pelbagai unit Waffen-SS terdiri daripada rekrut asing dianggap berbeza daripada SS Jerman, dan oleh itu mereka tidak dibenarkan memakai rune SS pada tanda kolar mereka tetapi dibenarkan sebagai lambang divisyen mereka. Pangkat mereka juga ditambah dengan perkataan "Waffen" bukan"SS", seperti, Waffen-Sturmbannführer.[5]
Pangkat itu dipegang oleh Wernher von Braun, yang membangunkan roket V-2, dan kemudian mencipta roket Saturn V untuk program angkasa AS. Pemegang pangkat lain termasuk Eberhard Heder, Otto Günsche,[6] dan penjenayah perang, seperti Otto Förschner, yang merupakan komandan kem tahanan Dora-Mittelbau.
Lencana pangkat
suntingSturmbannführer SS, SA, NSKK, dan NSFK | ||||||
|
Schutzstaffel (SS) |
Sturmabteilung (SA) |
Kor Motor NS (NSKK) |
Kor Penerbang NS (NSFK) | ||
---|---|---|---|---|---|---|
|
||||||
Waffen-SS |
|
lencana kolar |
Perbandingan turutan pangkat dengan Wehrmacht (Heer) | ||
---|---|---|
Pangkat junior Hauptsturmführer (sehingga 1939/40: Sturmhauptführer) |
Pangkat SA Sturmbannführer |
Pangkat senior Obersturmbannführer |
Pangkat junior Hauptsturmführer (sehingga 1934: Sturmhauptführer) |
Pangkat SS Sturmbannführer |
Pangkat senior Obersturmbannführer |
Pangkat junior Hauptmann / Rittmeister |
Pangkat Wehrmacht Major |
Pangkat enior Oberstleutnant |
Lihat juga
suntingPetikan
sunting- ^ McNab 2009b, m/s. 15.
- ^ a b Flaherty 2004, m/s. 148.
- ^ a b McNab 2009, m/s. 29, 30.
- ^ Stein 1984, m/s. 297.
- ^ Stein 1984, m/s. 155.
- ^ Joachimsthaler 1999, m/s. 281.
Bibliografi
sunting- Flaherty, T. H. (2004) [1988]. The Third Reich: The SS. Time-Life Books, Inc. ISBN 1-84447-073-3.
- Joachimsthaler, Anton (1999) [1995]. The Last Days of Hitler: The Legends, the Evidence, the Truth. Trans. Helmut Bögler. London: Brockhampton Press. ISBN 978-1-86019-902-8.
- McNab, Chris (2009). The SS: 1923–1945. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-49-5.
- McNab, Chris (2009b). The Third Reich. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-51-8.
- Stein, George (1984) [1966]. The Waffen-SS: Hitler's Elite Guard at War 1939–1945. Cornell University Press. ISBN 0-8014-9275-0.