Ali Rahman
Ali Rahman merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon filem hitam-putih Melayu.[1], [2]
Ali Rahman | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Mohd Ali Abd Rahman 1926 |
Meninggal dunia | 17 Mac 2008 |
Terkenal kerana | Sumpah Orang Minyak |
Ali Rahman memulakan kerjaya di bidang perfileman dengan menjadi pelakon tambahan dalam beberapa filem dan kemudiannya muncul sebagai hero dalam filem Derita arahan L. Krishnan (sekarang bergelar Datuk).
Selepas mendapat kepercayaan pengarah filem ketika itu, Ali Rahman terus membintangi filem-filem keluaran Shaw Malay Film Productions atau Shaw Brothers antaranya filem Aladdin dan Rayuan Sukma.
Selepas penutupan studio Shaw Brothers pada tahun 1967, dia seperti kebanyakan pelakon filem lain dari Singapura telah menyambung semula perjuangan seni di Studio Merdeka, Hulu Klang, Selangor.
Antara filem yang dibintanginya di Studio Merdeka ialah filem Sitora Harimau Jadian, Damak dan Dajal Suci.
Filem lakonanSunting
- Rayuan Sukma April 1951
- Jasa arahan S. Ramanathan
- Aladdin arahan B. S. Rajhans 1952
- Hati Iblis 1953
- Abu Hassan Pencuri 1955
- Sumpah Orang Minyak 1958
- Singapura Di Langgar Todak arahan Omar Rojik 1960
- Lubalang Daik 1962
- Sitora Harimau Jadian 1964
- Ragam P. Ramlee 1964
- Dajal Suci 1965
- Di Belakang Tabir arahan Jins Shamsuddin (1969)
- Asmara Kirana (1970)
- Rahsia Hatiku 1975
- Ceritaku Ceritamu (1979)
- Langit Tidak Selalu Cerah (1981)
- Perempuan,isteri dan.....? (1993)
LaguSunting
- Khatijah[3]
Kehidupan peribadiSunting
Pada 2001, beliau telah menerima Anugerah Pelakon Veteran Lelaki pada Festival Filem Malaysia Ke-15 (FFM 15), yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar Selangor, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad pada majlis yang diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.[4]
Pada akhir hayatnya Ali Rahman mengidap penyakit kencing manis dan sering masuk ke hospital. Ali Rahman meninggal pada 17 March 2008 pada 11.15 pm. Pengkebumiannya dihadiri oleh Jins Shamsudin.
RujukanSunting
- ^ "Mariam, Ali Rahman terima anugerah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-14. Dicapai pada 2018-10-14.
- ^ Ali Rahman
Actor - ^ Khatijah
Lagu Melayu klasik. Vol. 1 - ^ "Mariam, Ali Rahman terima anugerah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-14. Dicapai pada 2018-10-14.
Pautan luarSunting
Rencana mengenai pelakon Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |