Alpantuni adalah nama akaun Instagram yang menyiarkan komik yang menggambarkan diskriminasi terhadap LGBT di Indonesia. Watak dalam komik itu menggambarkan lelaki yang tertarik kepada lelaki lain dan mengikuti Islam.[1] Komik itu tidak menunjukkan alat kelamin lelaki. Ia menggambarkan, kadang-kadang, dua orang lelaki di ranjang yang sama sambil tidak memakai baju.[2]

Akaun itu dibuat pada bulan November 2018. Jumlah perhatian pada akaun tersebut meningkat pada bulan Februari 2019.[1] Pada bulan tersebut, Kementerian Komunikasi (Indonesia) mengisytiharkan bahawa komik itu adalah sejenis pornografi, dan ia menyatakan bahawa ia telah menulis surat kepada Instagram, meminta mereka untuk membuang komik itu. Akaun komik itu kemudiannya hilang.[3] Instagram menyatakan bahawa ia tidak membuang akaun itu.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Where did Alpantuni go? Instagram accused of removing gay Muslim comic strip". The Jakarta Post. 2019-02-13. Dicapai pada 2019-02-14.
  2. ^ "'Gay Muslim' Comic Strip Vanishes After Indonesia Calls It Pornographic". The New York Times. 2019-01-13. Dicapai pada 2019-02-15.
  3. ^ "Instagram kills account depicting abuse of gay Muslims in Indonesia". CBS News. 2019-02-13. Dicapai pada 2019-02-14.

Pautan luar sunting