American National Standards Institute

American National Standards Institute (ANSI, "Institut Piawaian Negara Amerika" dalam bahasa Melayu, disebut /ænsiː/) merupakan sebuah pertubuhan tanpa untung swasta yang mengendali pembentukan standard suka rela bagi produk, perkhidmatan, proses, sistem, dan personel di Amerika Syarikat. Pertubuhan ini juga menyeragamkan standard Amerika Syarikat dengan standard antarabangsa supaya produk Amerika boleh digunakan di seluruh dunia.

Institut Piawaian Negara Amerika
American National Standards Institute
ANSI logo.svg
Logo American National Standards Institute
SingkatanANSI
Pembentukan19 Oktober 1918 (104 tahun yang lalu) (1918-10-19)[1]
JenisPertubuhan bukan untung
Status perundangan501(c)(3) peribadi
TujuanPiawaian negara
Ibu pejabatWashington, D.C., AS
Templat:Coordinates
Ahli125,000 syarikat dan 3.5 juta profesional[2]
Bahasa rasmiInggeris
Presiden dan CEOJoe Bhatia
Laman web rasmiansi.org

ANSI mengakreditasikan standard yang dicipta oleh wakil-wakil dari pertubuhan pembentukan standard, agensi kerajaan, kumpulan pelanggan, syarikat, dan lain-lain. Standard-standard ini memastikan bahawa ciri-ciri serta prestasi produk adalah konsisten, takrif dan isitlah yang sama sentiasa digunakan, serta produk diuji dengan cara yang sama. ANSI juga memberikan akreditasi kepada pertubuhan yang melaksanakan pensijilan produk atau personel menurut kriteria yang ditentukan dalam standard antarabangsa.

ANSI beribu pejabat di Washington, D.C., manakala pusat operasinya terletak di New York City.

RujukanSunting

  1. ^ 19 October 1918, Minutes, American Engineering Standards Committee (AESC), p. 1
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan membership tidak disediakan