Ammurapi ialah raja pemerintah terakhir kota Ugarit, Suriah pada Zaman Gangsa (s. 1215 ke 1180 SM) dahulukala. Ammurapi sezaman dengan Raja Kerajaan Het, Raja Suppiluliuma II. Beliau pernah menulis sebuah surat RS 18.147 (Nougayrol et al. (1968 Ugaritica V): 87-9 no. 24)[[:]] membalas rayuan bantuan daripada raja negeri Alasyia.[1]

Ammurapi menulis:

 

Ayahku lihat, kapal-kapal musuh datang (sini); kota saya(?) dibakar, dan mereka lakukan perkara jahat dalam negeri saya. Tidakkah ayahku tahu bahawa kesemua tentera dan rata(?) ada di Negeri Hatti, dan kesemua kapalku di Bumi Lukka?...Maka, negeri ini ditinggalkan. Semoga ayahku tahu: tujuh kapal musuh yang datang sini mengenakan kesakitan amat atas kami.[2]

Surat tersebut menunjukkan situasi genting yang kota Ugarit sedang hadapi semasa diserang Bangsa Laut.

Ugarit kemudiannya menjadi salah sebuah daripada pelbagai negeri di Asia Barat Kuno yang musnah/ditinggalkan semasa kejatuhan Zaman Gangsa.

Suppiluliuma II bertanggungjawab ke atas perceraian di antara Ammurapi dan seorang perempuan Het,[3][4] namun ia tidak menyebabkan masalah di antara Kerajaan Ugarit dan Kerajaan Het;[5] sebaliknya ia menunjukkan keutuhan antara kedua-dua kerajaan.[5]

Rujukan sunting

 

  1. ^ Bryce 1998.
  2. ^ Nougayrol, Jean; Laroche, Emmanuel; Virolleaud, Charles (1968). Ugaritica. V: nouveaux textes accadiens, hourrites et ugaritiques des archives et bibliothèques privées d'Ugarit. Stony Brook University. m/s. 87–90.
  3. ^ RS 17.226, 17.355 (PRU iv 208-210, Dossier VIII A.)
  4. ^ Astour, M. (1980). "The Netherworld and Its Denizens in Ugarit". Dalam Alster, Bendt (penyunting). Death in Mesopotamia. Copenhagen. m/s. 227–238.
  5. ^ a b Bryce, 1998

Bibliografii sunting