Anggi Marito

Penyanyi dan pelakon wanita Indonesia

Anggi Marito Tiodora Simanjuntak (lahir 6 Mac 2002; umur 22 tahun) merupakan penyanyi dan pelakon Indonesia. Anggi merupakan pemenang ketiga dalam siaran Indonesian Idol musim kesebelas oleh stesen televisyen RCTI pada 2020-2021.[1] Anggi dikenali sebagai penerima golden ticket pertama pada musim tersebut.[2] Selepas Indonesian Idol, Anggi menyertai syarikat rakaman Universal Music Indonesia dan mengeluarkan single pertamanya bertajuk "Cara Mencintaimu" pada 12 November 2021.[3]

Anggi Marito
Anggi pada tahun 2022
Kelahiran
Anggi Marito Tiodora Simanjuntak

(2002-03-06) 6 Mac 2002 (umur 22)
PendidikanUniversitas Multimedia Nusantara
Pekerjaan
Tahun aktif2017–kini
EjenStar Media Nusantara
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Tahun aktif2021–kini
Syarikat rakaman

Pada 2023, single keduanya bertajuk "Tak Segampang Itu" berjaya mengungguli pelbagai carta muzik digital di Indonesia dan Malaysia termasuk mengungguli carta yang disusun oleh Billboard iaitu Indonesia Songs selama 9 minggu berturut-turut[4] serta Malaysia Songs selama seminggu.[5]

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Anggi dilahirkan dengan nama Anggi Marito Tiodora Simanjuntak pada 6 Mac 2002 di Tarutung, Tapanuli Utara, Sumatera Utara. Anggi merupakan anak tunggal kepada bapa Junior Efendi Simanjuntak[6] yang bekerja sebagai usahawan sebagai pemilik kedai.[7] Keluarga Anggi berasal dari kampung Lumban Pinasa, Garoga, Tapanuli Utara tetapi kemudian menetap di Batam, Kepulauan Riau kerana pekerjaan ibu bapanya.[8]

Anggi mengakui dia meminati dunia muzik sejak di bangku sekolah rendah. Beliau pernah mengikuti pelajaran piano dan daripada kumpulan pianonya dia dianggap mempunyai potensi menyanyi. Minatnya terhadap nyanyian bertambah apabila dia melihat ibunya berlatih koir di gereja. Kemudian dia mengikuti ibunya yang menjadi salah seorang penyanyi koir, dia mula diajar beberapa teknik asas vokal. Sejak itu, Anggi mula mempraktikkan bakat nyanyiannya di gereja. Beliau mula fokus pada nyanyian sejak kelas 2 SD. Selepas sering menyanyi dalam aktiviti gereja, Anggi kemudiannya menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sejak sekolah menengah.[9][10] Sebelum menjadi penyanyi profesional, Anggi bekerja sebagai penyanyi orkestra.[11]

Anggi belajar sekolah SMP dan SMA di Sekolah Yos Sudarso Batam.[12] Selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah pada tahun 2020, Anggi meneruskan pendidikan kolej di Universiti Multimedia Nusantara dengan program pengajian Kewartawanan. Untuk 4 semester pertama, Anggi menjalankan pendidikan dalam talian kerana pandemik COVID-19.[13]

Kehidupan peribadi sunting

Pada 15 Februari 2023, Anggi berkongsi detik itu melalui akaun Instagram peribadinya bahawa dia dilamar oleh teman lelakinya Kenjiro Sabato Ganessha, yang bekerja sebagai juruterbang.[14][15] Kedua-dua mereka kemudiannya melangsungkan perkahwinan secara rasmi pada 18 November 2023 di Gereja Katolik Santo Servatius, Bekasi.[16][17]

Diskografi sunting

Single sunting

Sebagai penyanyi utama
Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi Ruj.
IDN Songs
[4]
MYS Songs
[5]
"Cara Mencintaimu" 2021 * * [18]
"Tak Segampang Itu" 2022 1 1 [19]
"Tak Ingin Kau Terluka" (bersama Mario G. Klau) 2023 [20]
"—" menunjukkan keluaran yang tidak dicatatkan atau tidak dikeluarkan di rantau itu.
"*" menunjukkan bahawa carta tidak wujud pada masa dikeluarkan

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penama Keputusan Ruj.
2021 RCTI+ Indonesian Digital Awards Most Favorite Live Chat Plus Seleb Live Chat Plus Idol
(bersama Rimar Callista, Fitri Novianti, Jemimah Cita, Kelvin Joshua, dan Kirana Anandita)
Tercalon [21]
2023 Dahsyatnya Awards Lagu Terdahsyat "Tak Segampang Itu" Tercalon [22]
Anugerah Musik Indonesia Artis Solo Wanita Pop Terbaik Tercalon [23]
Top Song of the Year Tercalon [24]
Spotify Wrapped Live Top Radar Artist of the Year Anggi Marito Menang
Indonesian Music Awards Breakthrough Artist of the Year Menang [25]
Song of the Year "Tak Segampang Itu" Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Indonesia, Tabloid Bintang (31 Mei 2023). "Anggi Marito Gagal Maju ke Grand Final Indonesian Idol Special Season, 5 Standing Ovation Juri Tak Pengaruhi Pilihan Pemirsa". Tabloidbintang.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  2. ^ "Anggi Marito Si Golden Ticket Pertama Indonesian Idol 2021". iNews.ID (dalam bahasa Indonesia). 23 Disember 2022. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  3. ^ "Anggi Marito Idol Special Season, Lahirkan Single Perdana Cara Mencintaimu". SINDOnews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  4. ^ a b "Week of July 08, 2023". Billboard. 02–08 Julai 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2023. Dicapai pada 7 Februari 2024. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ a b *"Tak Segampang Itu": "Week of July 08, 2023". Billboard. 01–07 Julai 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2023. Check date values in: |date= (bantuan)
  6. ^ "Mengenal Anggi Marito Peserta Indonesian Idol yang Mampu Pukau Para Juri, Maia Dukung Masuk 3 Besar!". Sripoku.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  7. ^ Handayani, Putri Al. "Ungkap Kisah Sedihnya, Anggi Marito Akui Hidupnya Kesepian karena Menjadi Anak Tunggal - Pikiran Rakyat Depok". depok.pikiran-rakyat.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  8. ^ "Bupati Taput Berikan Dukungan Kepada Anggi Marito Simanjuntak Putri Asal Tapanuli Utara di Indonesian IDOL 2020 Malam Ini". tribunterkini.com. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  9. ^ Jumat; Desember 2022, 09 Desember 2022 14:05 WIB 09; Wib, 14:05 (9 Disember 2022). "Mengenal Anggi Marito, Belajar Nyanyi di Gereja hingga Memenangkan Berbagai Kompetisi". indozone.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Februari 2024.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  10. ^ Okezone (29 Januari 2021). "Mimpi Besar Anggi 'Idol' di Dunia Musik : Okezone Celebrity" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  11. ^ "Cerita Anggi Marito Tentang Pengalamanya Ikut Orchestra". iNews.ID (dalam bahasa Indonesia). 27 Julai 2021. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  12. ^ simanjuntak, Nikson (17 November 2020). "Mantan Siswi SMA Yos Sudarso Anggi Marito Simanjuntak Lolos di Indonesia Idol 2020". Telisiknews.com. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  13. ^ "Anggi Marito Idol Sedih, Kuliah Sudah 3 Semester tapi Belum Pernah ke Kampus". Tribunkaltim.co (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  14. ^ Liputan6.com (17 Februari 2023). "Anggi Marito Jebolan Idol Dilamar Kekasih yang Seorang Pilot, Rossa hingga Armand Maulana Gembira". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  15. ^ Insertlive. "Selamat, Anggi Marito Dilamar Kekasih Pilot". hot-gossip (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  16. ^ Liputan6.com (18 November 2023). "Anggi Marito Akhirnya Menikah dengan Kenji Ganessha, Tampil Jelita dalam Balutan Gaun Pengantin". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  17. ^ Media, Kompas Cyber (19 November 2023). "Anggi Marito Menikah dengan Kenji Ganessha Halaman all". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  18. ^ "Anggi Marito Rilis Single Cara Mencintaimu, Kisahkan Pengorbanan untuk Pasangan". kumparan (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  19. ^ "Anggi Marito Rilis Single Kedua 'Tak Segampang Itu', Cerita Soal Susahnya Lupakan Mantan". RCTI+ (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  20. ^ Satrio, Rangga Gani (28 April 2023). "Jawab Keinginan Penggemar, Anggi Marito dan Mario G. Klau Rilis Single 'Tak Ingin Kau Terluka'". IntipSeleb.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  21. ^ MEDIA, PT AKURAT SENTRA (30 Julai 2021). "Dukung Artis dan Konten Favorit di Indonesian Digital Awards 2021 Lewat Aplikasi RCTI+, Ini Daftar Nominasinya". akurat.co (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  22. ^ "Anggi Marito Tak Sangka Lagunya Masuk Nominasi Dahsyatnya Awards 2023". Tribunnews.com (dalam bahasa Indonesia). 2023. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  23. ^ Choirul Anwar, Ilham (27 September 2023). "Daftar Nominasi AMI Awards 2023 dan Jadwal Pengumuman Pemenang". Tirto.id. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  24. ^ "Raih Penghargaan Spotify Wrapped Live Indonesia 2023, Anggi Marito: Ini Kado Pernikahan Terindah". Kompas.com. Kompas Cyber Media. 30 November 2023. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  25. ^ "Daftar Pemenang Indonesian Music Awards 2023, Lesti Kejora hingga Mahalini Bawa Pulang Penghargaan - Halaman all - Banjarmasinpost.co.id". banjarmasin.tribunnews.com. Dicapai pada 7 Februari 2024.

Pautan luar sunting