Angka Thai (Bahasa Thai: เลขไทย) ialah sistem angka tradisional yang digunakan di Thailand, di samping Angka Arab yang lebih banyak digunakan. Angka Thai mengikut sistem angka Hindu-Arab yang digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Dalam Bahasa Thai, angka sering didahului oleh kata nama yang diubah suai dan mendahului kata hitung, walaupun terdapat juga variasi dalam bentuk yang lain.

Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Ibrani
Yunani (Ionia)
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60

Nombor utama

sunting

Sifar hingga sembilan

sunting

Sifar dalam Bahasa Thai ialah sun, yang berasal dari perkataan Sanskrit śūnya (kosong). Nama Thai bagi digit dari “dua” hingga “sembilan” adalah menyamai sebutan dalam bahasa Kantonis yang dituturkan di selatan China, yang dianggap tempat asal bangsa Tai. Ia juga hampir menyamai sebutan dalam kelompok bahasa Min Nan (Bahasa Teochew/Bahasa Hokkien), mungkin kerana kerana kebanyakan orang Cina Thai adalah dari suku Teocheow. Bagaimanapun, bentuk digit angka Thai adalah lebih menyerupai angka Khmer. Berikut adalah perbandingan antara sebutan ketiga-tiga bahasa; Thai, Kantonis dan Min Nan . Untuk sebutan Thai, Sistem Transkripsi Am Diraja Thai (RTGS) digunakan.

Nombor Thai Khmer Kantonis Min Nan
Angka Perkataan RTGS Sebutan Kuno
0 ศูนย์ sun (Sanskrit śūnya) 零 (ling4) 空 (khong3)
1 หนึ่ง nueng อ้าย (âai) 一 (yat1) 一 (it4)
2 สอง song ยี่ (yîi) 二 (yi2) [雙 (seung1) = pair] 二 (ji7) [雙 (song1, lit.)]
3 สาม sam สาม (sǎam) 三 (saam1) 三 (sam1, lit.)
4 สี่ si ไส (săi) 四 (sei3) 四 (si3)
5 ห้า ha งั่ว (ngûa) 五 (ng5) 五 (go.7)
6 หก hok ลก (lók) 六 (luk6) 六 (liok8, lit.)
7 เจ็ด chet เจ็ด (jèd) 七 (chat1) 七 (chit4)
8 แปด paet แปด (pàed) 八 (baat3) 八 (pat4, lit.)
9 เก้า kao เจา (jao) 九 (gau2) 九 (kau2)
10 ๑๐ สิบ sip จ๋ง (jǒng) ១០ 十 (sap6) 十 (tzhap2)

[lit. = sebutan literal]

Sepuluh hingga sejuta

sunting

Perkataan Sanskrit “lakh” menentukan nilai tempat bagi satu digit (tam naeng khong thua lek, ตําแหน่งของตัวเลข), yang dinamakan untuk gandaan sepuluh: “sa” ialah lakh nuay (หลักหน่วย); “puluh” ialah lakh sip (หลักสิบ); “ratus” ialah lakh roi (หลักร้อย), dan seterusnya[1]. Nombor satu selepas sebarang gandaan sepuluh akan disebut et (Kantonis: 一, yat1; Minnan: 一, it4). Nombor sepuluh (sip) adalah sama sepertimana dalam bahasa Minnan 十 (sip8, lit.). Nombor-nombor dari 20 hingga 29 akan bermula dengan yi sip (Kantonis: 二十, yi6sap6; Minnan: 二十, lit. ji7sip8). Nama-nama lakh sip untuk nombor dari 30 hingga 90, dan untuk lakh 100, 1000, 10,000, 100,000 dan sejuta, adalah hampir menyerupai angka Khmer.

Nombor Thai RTGS
10 ๑๐ สิบ sip
11 ๑๑ สิบเอ็ด sip et
12 ๑๒ สิบสอง sip song
20 ๒๐ ยี่สิบ yi sip
21 ๒๑ ยี่สิบเอ็ด yi sip et
22 ๒๒ ยี่สิบสอง yi sip song
100 ๑๐๐ ร้อย roi
1 000 ๑๐๐๐ พัน phan
10 000 ๑๐๐๐๐ หมื่น muen
100 000 ๑๐๐๐๐๐ แสน saen
1 000 000 ๑๐๐๐๐๐๐ ล้าน lan

Bagi nombor dari 21 hingga 29, bahagian yang menyatakan “20” iaitu yi sip (ยี่สิบ), kadang-kadang dipendekkan menjadi yip (ยีบ, ยิบ) sahaja. Nombor “ratus” dibentuk dengan menggabungkan roi dengan nilai “puluh” dan “sa”. Contohnya, 232 ialah song roi sam sip song. Perkataan roi, phan, muen, dan saen wajib dimulai dengan angka (tidak wajib untuk nueng), maka 210 disebut song roi sip dan 100 boleh disebut samada roi sahaja ataupun nueng roi. Nueng takkan pernah mendahului sip, jadi sebutan song roi nueng sip untuk 210 adalah tidak tepat. Penutur ibunda Thai kadang-kadang menggunakan roi nueng (atau phan nueng, etc.) dengan ton yang berlainan untuk nueng bagi membezakan 100 dengan 101. Bagaimanapun, penggunaan ton berlainan ini tidak dibuat, dan menyebabkan kekeliruan. Bagi mengatasi masalah ini, nombor 101 (atau 1001, 10001, etc), akan disebut roi et (or phan et, muen et, etc.)

Nombor melebihi sejuta

sunting

Nombor melebihi sejuta akan dibentuk dengan menggabungkan lan (sejuta) dengan satu pendarab. Sebagai contoh, 100,000,000 ialah sip lan (10x1,000,000), dan satu trillion ialah lan lan (1,000,000x1,000,000).

Nombor perpuluhan dan pecahan

sunting

Titik perpuluhan dalam angka Thai disebut chut (จุด ). Sebagai contoh, 1.01 disebut nueng chut sun nueng (หนึ่งจุดศูนย์หนึ่ง). Nombor pecahan dibentuk dengan meletakkan nai (ใน, ) antara pengangka dan penyebut atau menggunakan [set] x suan y ([เศษ] x ส่วน y, x sebahagian dari keseluruhan y) untuk menyatakan dengan lebih jelas. Contohnya, ⅓ boleh disebut nueng nai sam (หนึ่งในสาม) atau [set] nueng suan sam ([เศษ]หนึ่งส่วนสาม). Perkataan khrueng (ครึ่ง) digunakan untuk "separuh". Ia mendahului kata hitung jika digunakan secara tunggal, tetapi ia didahului kata hitung jika digunakan dengan nombor lain. Sebagai contoh, kradat krueng phaen (กระดาษครึ่งแผ่น) bermaksud "separuh helaian kertas", tetapi kradat nueng phaen krueng (กระดาษหนึ่งแผ่นครึ่ง) bermaksud "sehelai dan separuh helaian kertas".

Nombor negatif

sunting

Nombor negative dibentuk dengan meletakkan lop (ลบ, tolak) di hadapan sesuatu nombor. Contohnya, −11 ialah lop sip et (ลบสิบเอ็ด).

Nombor ordinal

sunting

Nombor ordinal dibentuk dengan meletakkan thi (ที่ , place) di hadapan nombor.

Thai RTGS maksud
ที่หนึ่ง thi nueng Pertama
ที่สอง thi song Kedua
ที่สาม thi sam Ketiga
ที่สี่ thi si Keempat

Rujukan

sunting
  1. ^ Online Royal Institute Dictionary, 1999 edition: pilih "ห" dan masukkan หลัก

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting