Anjing Fuerteventura

baka anjing dari Sepanyol

Anjing Fuerteventura[a] ialah satu baka anjing Sepanyol dari Kepulauan Canaria. Secara tradisional, ia telah digunakan sebagai anjing lembu dan anjing pengawal.

Anjing Fuerteventura
Negara asalSepanyol
CatatanDiiktiraf dalam perundangan Sepanyol[1]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Perkataan mahorero (majorero) ialah perkataan bahasa Guanche yang masih digunakan sehingga kini untuk merujuk orang Fuerteventura. Pada tahun 1979, di municipio Tuineje, monografik pertama baka ini diadakan di Gran Tarajal, membawa bersama petani, pakar, dan hakim. Ini ialah permulaan proses untuk pengiktirafan baka ini oleh Real Sociedad Canina de España. Usaha itu dipimpin oleh Persatuan Pelindung di Fuerteventura. Pada 14 April 1994, Real Sociedad Canina de España mengiktiraf perro majorero sebagai baka anjing asli.

Baka ini mengalami penurunan mendadak sehingga menghampiri kepupusan. Tiada rancangan spesifik pembiakbakaan dan pemilihan yang wujud untuk memulihara anjing Fuerteventura. Spekulasi telah mengurangkan kualiti baka ini. Pembiak baka dan pemilik kemudiannya membentuk Persatuan untuk Pemuliharaan Anjing Fuerteventura (ACPM). ACPM menyediakan rancangan pembiakbakaan spesifik untuk pemilihan dan penambahbaikan. Sebuah projek adalah untuk memasarkan anak anjing sesama anggotanya dan sesama petani.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ فوءيرتييۏينتورا; Sepanyol: perro majorero; majorero; bahasa Inggeris: Majorero dog

Rujukan sunting

  1. ^ [https://www.boe.es/buscar/pdf/2001/BOE-A-2001-11347-consolidado.pdf Dekri Diraja 558/2001 (Sepanyol) pada 25 Mei, hlm. 8

Pautan luar sunting