Anjing Telom
Anjing Telom atau telomian[a] ialah sejenis anjing yang terdapat di kampung-kampung terpencil berhampiran Sungai Telom di hutan hujan Semenanjung Tanah Melayu.[2] Ia telah diperkenalkan ke Amerika Syarikat.[2][3] Sesetengah pembiak baka yang berpangkalan di Amerika Syarikat menjual anjing ini sebagai baka tulen, yang telah diketepikan oleh Persatuan Kenel Anjing Malaysia dalam satu pernyataan bahawa ini merupakan anjing paria dan bukan baka.[4]
![]() | |||||||||||||
Negara asal | Malaysia | ||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||
| |||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Perihal
suntingIni ialah anjing aktif yang penyayang terhadap manusia dan mempunyai perangai mirip terier. Ia mempunyai telinga tegak, ekor melingkar, dengan bulu pendek pada lapis bulu yang sama ada merah atau kuning. Mungkin terdapat sesetengah variasi dari segi warna lapis bulu.[3] Sesetengah anjing berwarna piebald dan kadang-kadang sesetengah anjing lain pula mempunyai topeng hitam.[1]
Ia terkenal kerana kebolehan panjat kerana pemiliknya tinggal di pondok yang ternaik dari dasar hutan dengan akses melalui tangga primitif. Ia membunuh tikus dan ular, yang untuknya ia diberi ganjaran makanan. Ia juga mampu menangkap mangsa sendiri. Ia mempunyai panggilan unik dan betinanya hanya mengalami satu kali estrus pada setiap tahun dan bukan pula dua kali seperti anjing lain.[5]
Sejarah
suntingAhli antropologi Dr. Orville Elliot mengirimkan sepasang anjing ke Amerika Syarikat pada tahun 1963 untuk dikaji oleh pakar anjing J. P. Scott. Elliot menerima pasangan kedua pada tahun 1973 dan kesemua telomian di Amerika Syarikat diturunkan daripada keempat-empat anjing ini.[5]
Anjing Telom juga dibela oleh Orang Asli bukan hanya sebagai haiwan peliharaan, tetapi juga untuk perburuan.
Catatan
sunting- ^ Jawi: انجيڠ تلوم; bahasa Inggeris: telomian
Rujukan
sunting- ^ a b c Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995). The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-5). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 829. ISBN 9780793812844. OCLC 32596861.
- ^ a b Compton, J. M.; Scott, John Paul (1971). "Allelomimetic Behavior System: Distress Vocalization and Social Facilitation of Feeding in Telomian Dogs" [Sistem Tingkah Laku Alelomimesis: Penyuaraan Distres dan Pemudahan Sosial bagi Penyuapan pada Anjing Telom]. The Journal of Psychology (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 78 (2): 165–179. doi:10.1080/00223980.1971.9916900. ISSN 1940-1019. S2CID 145110769.
- ^ a b Scott, John Paul (Januari 1972). "Dogs for Behavioral Research" [Anjing untuk Penyelidikan Tingkah Laku]. ILAR News (dalam bahasa Inggeris). Institute for Laboratory Animal Research. 15 (2): 10–11.
- ^ Low, Shaun Han (28 Julai 2017). "Kennel association rubbishes Malaysian purebreed claims" [Persatuan kenel ketepikan dakwaan baka tulen Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). The Malaysian Insight. Dicapai pada 17 Mei 2025.
The Telomian Malaysian dog is a myth by some Americans after profit. There is no such breed, it is just a pariah dog
- ^ a b Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 688–689. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.