Anjing Carolina

baka anjing dari Amerika Syarikat

Anjing Carolina,[a] yang juga dikenali sebagai anjing kuning (yellow dog),[1] yaller dog,[2][3][4] dingo Amerika,[3] atau dingo Dixie,[3] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana yang kadang-kadang didapati jalang di Amerika Syarikat Tenggara, terutamanya di kawasan terpencil dengan pokok pain berdaun panjang dan paya sipres. Usaha untuk mengasaskannya sebagai baka terpiawai telah mendapatkan anjing Carolina pengiktirafan baka dalam dua buah kelab kenel lebih kecil dan penerimaan penuh ke dalam program pengasasan baka bagi salah sebuah kelab anjing besar.

Anjing Carolina
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat 30–55 lb (14–25 kg)
Tinggi 17.75–19.5 in (45.1–49.5 cm)
Warna Keutamaan: halia merah dengan tanda-tanda kuning pucat di serata bahu dan putih pucat di sepanjang muncung
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Carolina, yang pada asalnya merupakan baka landrace,[5] ditemukan semula hidup sebagai populasi bebas merantau oleh I. Lehr Brisbin Jr.,[6] walaupun pada asalnya didokumenkan dalam terbitan Amerika berkaitan dengan anjing pada tahun 1920-an.[7] Anjing Carolina menunjukkan percampuran dengan baka-baka anjing dari Asia timur.

Penemuan sunting

Salah satu terbitan terawal yang mendokumenkan anjing "Indian" di Amerika Utara ialah sebuah rencan oleh Glover Morrill Allen pada tahun 1920.[7] Allen mempostulatkan bahawa "Anjing Indian yang Lebih Besar atau Umum" ini diturunkan daripada anjing primitif Asia:

Templat:Block quote

Allen mengutip kajian-kajian lewat abad kesembilan belas tentang sisa rangka anjing yang dapat ditemukan dari Alaska ke Florida ke Antillen Besar dan ke arah barat ke Dataran Besar, dan dikorek daripada timbunan puak Indian juga:

Templat:Block quote

Anjing ini telah dihebahkan oleh I. Lehr Brisbin Jr., seorang penyelidikan kanan ekologi di Makmal Ekologi Sungai Savannah Universiti Georgia, yang pertama kali bersemuka dengan anjing Carolina semasa bekerja di Tapak Sungai Savannah, yang mengalami pengurangan penduduk dan dilindungi daripada semua pencerobohan dan lalu lintas selama berdekad-dekad mulai tahun 1950.[6]

Pengasasan dan pengiktirafan sunting

 
Anjing Carolina peliharaan di rumah

Sejak tahun 1996, anjing Carolina dapat didaftarkan dengan United Kennel Club (UKC),[8] yang telah menerbitkan piawaian baka Carolina Dog formal terperinci.[9] UKC tertumpu pada anjing pemburu dan anjing pekerja lain, dan mengkategorikan anjing Carolina dalam "Kumpulan Anjing Pemburu Penglihatan dan Anjing Paria"[b] mereka, bersama-sama dengan baka lain seperti basenji dari Africa dan anjing belakang permatang Thai. Piawaian baka juga telah dikeluarkan oleh American Rare Breed Association (ARBA).[10] ARBA menyertakan anjing Carolina dalam Kumpulan 5 mereka bersama-sama dengan anjing Kanaan dan anjing menyanyi New Guinea.[11]

Pada Julai 2017, American Kennel Club (AKC, pejabat pendaftaran baka anjing terbesar di Amerika Syarikat) menerima program pembiakbakaan anjing Carolina ke dalam Khidmat Ternakan Asasi (FSS),[12] iaiti langkah pertama ke arah pengiktirafan baka rasmi AKC. AKC telah menyenaraikan anjing ini dalam kumpulan "hound".

Perihal sunting

 
Anjing Carolina peliharaan yang berehat di halaman

Anjing Carolina bersaiz sederhana; ketinggian dalam julat 18–24 inci (46–61 cm) dan berat dalam julat 35 hingga 50 paun (16 hingga 23 kg).[13] Telinga adalah unik dan tegak, sangat panjang, dan sederhana langsing, meruncing ke hujung runcing anggun, dan dapat diputar secara berasingan ke arah mana-mana bunyi, lalu menyediakan pendengaran amat peka.[14] Binaan anjing ini berbeza-beza daripada berotot namun langsing dan anggun hingga haiwan agak lebih gempal. Tungkai anjing ini juga anggun, namun kuat. Bahagian tengah belakang adalah kukuh dan sempit. Binaan keseluruhan pada anjing Carolina yang sihat dan diberi makan dengan betul adalah langsing hingga agak gemapl, kuat, dan atletik. Kakiknya agak besar. Muncung dan telinga jelas panjang mirip rubah adalah mirip spits. Ekornya biasanya terbalik ke atas dan kerap mempunyai bengkok cangkuk padanya. Lapis bulunya biasanya pendek dan licin sebagaimana ciri anjing iklim panas.

Warna berbeza-beza dan mungkin termasuk halia kemerah-merahan, kuning pucat, perang kekuning-kuningan, hitam dan sawo matang, atau piebald[15] dengan kawasan putih pada jari kaki, dada, hujung ekor, dan muncung atau tanpa kawasan putih tersebut. Matanya bersudut serong dan berbentuk badam. Warna mata berbeza-beza, tetapi biasanya perang gelap atau jingga sederhana hingga gelap. Kawasan di sepanjang tepi mata kerap (tetapi tidak selalu) berpewarnaan "celak" hitam distingtif yang menjadi lebih jelas secara kontras pada anjing berwarna lebih cerah. Bibirnya kerap berwarna hitam, walaupun pada anjing berwarna cerah. Anak anjing kerap mempunyai topeng melanisme yang biasanya pudar apabila lapis bulu dewasa mula tumbuh.[16]

Tingkah laku sunting

Pembiakbakaan di alam liar sunting

Anjing Carolina betina mempunyai tiga kitaran estrus berturut-turut, yang menjadi kitaran pembiakan musiman apabila terdapat banyak anak anjing. Ini dianggap memastikan pembiakan cepat di alam liar sebelum penyakit, seperti cacing jantung, membawa maut.[6]

Bukti DNA sunting

 
Anjing Carolina "Hunter" yang menyertai pengujian DNA[17]

Brisbin (1997) menduga bahawa sesetengah leluhur kepada anjing Carolina tiba bersama dengan Orang Amerika prasejarah.[6]

Pada tahun 2013, sebuah kajian meneliti DNA mitokondrion (mtDNA)[c] yang disampelkan daripada anjing Carolina. Kajian itu menunjukkan bahawa 58% daripada jumlah anjing membawa haplotip sejagat[d] yang dapat ditemukan di seluruh dunia (haplotip[d] A16, A18, A19, dan B1), 5% membawa haplotip yang dikaitkan dengan Korea dan Jepun (A39), dan 37% membawa haplotaip unik (A184) yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini, dan itu ialah sebahagian daripada sub-kelompok haplo mtDNA a5 yang berasal dari Asia Timur.[20] Sebaliknya, dingo Australia dan anjing menyanyi New Guinea kedua-duanya tergolong dalam haplotip A29[21][22][d] yang berada dalam sub-kelompok haplo a2,[23][24] oleh itu tiada hubungan genetik dalam mtDNA. Juga pada tahun 2013, sebuah lagi kajian tentang beberapa baka anjing di Amerika – antaranya anjing Carolina, anjing botak Peru, dan anjing Chihuahua menunjukkan penghijrahan purba dari Asia Timur.[25][20]

Pada tahun 2015, sebuah kajian dijalankan dengan menggunakan penanda genetik mitokondrion (penanda zuriat betina), penanda genetik kromosom Y (penanda zuriat jantan), dan penanda genetik autosom pada 4,676 ekor anjing baka tulen daripada 161 baka dan 549 ekor anjing kampung dari 38 buah negara. Kajian itu menguji darjah percampuran dengan anjing baka Eropah. Kajian itu mendapati bahawa tiada haplotip yDNA[d] yang peribumi pada anjing Amerika Utara di luar Artik. Walau bagaimanapun, mtDNA anjing Carolina mengandungi 10%–35% keleluhuran pra-Columbus (haplotip mtDNA A184) yang bergugus dengan anjing Asia Timur.[26]

Pada 2018, sebuah kajian membandingkan jujukan-jujukan fosil anjing Amerika Utara dengan fosil anjing Siberia dan anjing moden. Kajian itu menunjukkan bahawa anjing memasuki Amerika Utara dari Siberia pada 4,500 tahun selepas manusia mula-mula tiba, terasing selama 9,000 tahun, dan hampir dihapuskan selepas perhubungan dengan Eropah apabila kebanyakannya digantikan oleh anjing Eurasia; anjing praperhubungan mempamerkan tunjuk tanda genetik unik yang kini hampir sepenuhnya lenyap, dengan saudara genetik terdekat yang merupakan baka anjing Artik. Tiga ekor anjing Carolina dalam kajian itu mempamerkan sehingga 33% zuriat praperhubungan/Artik, namun kajian itu tidak dapat menolak bahawa ini ialah hasil percampuran dengan baka anjing Artik moden.[27]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ کارولينا; bahasa Inggeris: Carolina dog
  2. ^ Sebagai tambahan kepada kategori UKC Kumpulan Anjing Pemburu Penglihatan dan Paria, lihat juga kategori berasingan lebih umum anjing pemburu penglihatan dan anjing paria.
  3. ^ DNA mitokondrion (mtDNA) diwarisi hanya melalui susur galur sebelah ibu dan dapat bertarikh kemabli beribu-ribu tahun. Lihat Arora, et al. (2015)[18]
  4. ^ a b c d Haplotip ialah sekelompok gen yang terdapat pada sesuatu organisma yang diwarisi daripada hanya salah satu induknya, maka-contohnya, DNA mitokondrion (mDNA) matrilinear pada semua haiwan, dan pada mamalia, DNA kromosom Y (yDNA) patrilinear.[19]

Rujukan sunting

  1. ^ Hitt, Jack (15 Julai 2013). "DNA Backs Lore on Pre-Columbian Dogs". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
  2. ^ Weidensaul, Scott. "Tracking America's First Dogs". Smithsonian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
  3. ^ a b c "Carolina Dog Dog Breed Information - American Kennel Club". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
  4. ^ "Old Yeller". NPR.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
  5. ^ Fox, Michael W. (19 Mac 2018). "Natural, indigenous dogs". Animal Wellness Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
  6. ^ a b c d Brisbin, I.; Risch, T. (1997). "Primitive dogs, their ecology and behavior: Unique opportunities to study the early development of the human-canine bond". Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). 210 (8): 1122–1126. PMID 9108912.
  7. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Allen 1920 tidak disediakan
  8. ^ "United Kennel Club" (dalam bahasa Inggeris). Arienne Associates. 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2006. Dicapai pada 2 April 2024.
  9. ^ "Carolina dog breed standard". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club.
  10. ^ "Standard of the Carolina Dog". ARBA.com (dalam bahasa Inggeris). American Rare Breed Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2006. Dicapai pada 2 April 2024.
  11. ^ "Group 5 dogs" (dalam bahasa Inggeris). American Rare Breed Association.
  12. ^ "Carolina Dog". Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club.
  13. ^ "BREED STANDARD". Carolina Dog Fanciers of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
  14. ^ "Carolina Dog". Rare Breed Network (dalam bahasa Inggeris). 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2015. Dicapai pada 2 April 2024.
  15. ^ "Appearance" (dalam bahasa Inggeris). Projek Penyelamatan dan Pemuliharaan Anjing Carolina. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2013.
  16. ^ Weidensaul, Scott (1 Mac 1999). "Tracking America's First Dogs". Smithsonian (dalam bahasa Inggeris). Institusi Smithsonian. Dicapai pada 2 April 2024.
  17. ^ van Asch, Barbara; Zhang, Ai-bing; Oskarsson, Mattias C. R.; Klütsch, Cornelya F. C. (9 Mei 2012). "MtDNA Analysis Confirms Early Pre‐Colombian Origins of Native American Dogs" (dalam bahasa Inggeris). Cite journal requires |journal= (bantuan)
  18. ^ Arora, Devender; Singh, Ajeet; Sharma, Vikrant; Bhaduria, Harvendra Singh; Patel, Ram Bahadur (2015). "Hgs Db: Haplogroups Database to understand migration and molecular risk assessment". Bioinformation (dalam bahasa Inggeris). 11 (6): 272–275. doi:10.6026/97320630011272. PMC 4512000. PMID 26229286.
  19. ^ Cox, C.B.; Moore, Peter D.; Ladle, Richard (2016). Biogeography: An ecological and evolutionary approach. Wiley-Blackwell. m/s. 106. ISBN 978-1-118-96858-1.
  20. ^ a b van Asch, Barbara; Zhang, Ai-bing; Oskarsson, Mattias C. R.; Klütsch, Cornelya F.C.; Amorim, António; Savolainen, Peter (10 Julai 2013). "Pre-Columbian origins of Native American dog breeds, with only limited replacement by European dogs, confirmed by mtDNA analysis". Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences (dalam bahasa Inggeris). 280 (1766): 20131142, dan Jadual 1. doi:10.1098/rspb.2013.1142. PMC 3730590. PMID 23843389.
  21. ^ Savolainen, P.; Leitner, T.; Wilton, A. N.; Matisoo-Smith, E.; Lundeberg, J. (2004). "A detailed picture of the origin of the Australian dingo, obtained from the study of mitochondrial DNA". Proceedings of the National Academy of Sciences (dalam bahasa Inggeris). 101 (33): 12387–12390. Bibcode:2004PNAS..10112387S. doi:10.1073/pnas.0401814101. PMC 514485. PMID 15299143.
  22. ^ Oskarsson, M.C.R.; Klutsch, C.F.C.; Boonyaprakob, U.; Wilton, A.; Tanabe, Y.; Savolainen, P. (2011). "Mitochondrial DNA data indicate an introduction through Mainland Southeast Asia for Australian dingoes and Polynesian domestic dogs". Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences (dalam bahasa Inggeris). 279 (1730): 967–974. doi:10.1098/rspb.2011.1395. PMC 3259930. PMID 21900326.
  23. ^ Pang, J.-F.; Kluetsch, C.; Zou, X.-J.; Zhang, A.-B.; Luo, L.-Y.; Angleby, H.; Ardalan, A.; Ekstrom, C.; Skollermo, A.; Lundeberg, J.; Matsumura, S.; Leitner, T.; Zhang, Y.-P.; Savolainen, P. (2009). "MtDNA data indicate a single origin for dogs south of Yangtze River, less than 16,300 years ago, from numerous wolves". Molecular Biology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). 26 (12): 2849–2864. doi:10.1093/molbev/msp195. PMC 2775109. PMID 19723671.
  24. ^ Duleba, Anna; Skonieczna, Katarzyna; Bogdanowicz, Wiesław; Malyarchuk, Boris; Grzybowski, Tomasz (2015). "Complete mitochondrial genome database and standardized classification system for Canis lupus familiaris". Forensic Science International: Genetics (dalam bahasa Inggeris). 19: 123–129. doi:10.1016/j.fsigen.2015.06.014. PMID 26218982.
  25. ^ Hitt, Jack (15 Julai 2013). "D.N.A. backs lore on pre-Columbian dogs". New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
  26. ^ Shannon, Laura M.; Boyko, Ryan H.; Castelhano, Marta; Corey, Elizabeth; Hayward, Jessica J.; McLean, Corin; dll. (2015). "Genetic structure in village dogs reveals a Central Asian domestication origin". Proceedings of the National Academy of Sciences (dalam bahasa Inggeris). 112 (44): 13639–13644. Bibcode:2015PNAS..11213639S. doi:10.1073/pnas.1516215112. PMC 4640804. PMID 26483491.
  27. ^ Ní Leathlobhair, Máire; Perri, Angela R.; Irving-Pease, Evan K.; Witt, Kelsey E.; Linderholm, Anna; Haile, James; dll. (2018). "The evolutionary history of dogs in the Americas". Science (dalam bahasa Inggeris). 361 (6397): 81–85. Bibcode:2018Sci...361...81N. doi:10.1126/science.aao4776. PMC 7116273. PMID 29976825.

Pautan luar sunting