Anjing pekerja ialah haiwan pekerja kanin, iaitu satu jenis anjing yang bukan sahaja haiwan peliharaan tetapi mempelajari dan menjalankan tugasan untuk membantu dan/atau menghibur teman manusianya, atau satu baka asal usulnya. Di Australia dan di New Zealand, anjing pekerja ialah yang dilatih untuk bekerja mengurus haiwan ternakan, tanpa mengira bakanya.

Anjing pekerja ini ialah seekor collie sempadan kacuk.
Komondor ini menjaga biri-biri.[1]

Dalam gambaran am ini, walau bagaimanapun, ada beberapa cara dalam menggunakan frasa ini.

  • Mengenal pasti mana-mana anjing yang melakukan tindakan pada dasar nalar untuk membantu orang. Dalam konteks ini, anjing yang membantu peladang ternak mengurus lembu atau yang melakukan lagak untuk jurulatih yang menerima bayaran kerana lagaknya ialah anjing pekerja, serta merupakan anjing khidmat atau anjing pembantu. Ini mungkin dibandingkan dengan anjing teman, yang tujuannya terutamanya adalah sebagai haiwan peliharaan.
  • Membezakan antara anjing yang dibiakbakakan untuk penampilan terutamanya untuk memenangi pertunjukan pengakuran dengan anjing pekerja yang dibiakbakakan terutamanya untuk kebolehannya untuk melakukan tugas. Contohnya. collie sempadan yang merupakan juara pengakuran bukan semestinya anjing gembala bagus dan collie sempadan yang menjuarai ujian anjing gembala mungkin tidak berjaya dalam gelanggang pertunjukan kerana penampilannya yang tidak piawai. Sesuatu spesimen mungkin juga cemerlang dalam kedua-dua penampilan dan prestasi. Di banyak negara FCI sesetengah anjing baka pekerja mustahil untuk menjadi juara pengakuran tanpa melepasi ujian spesifik baka mengukur kebolehan pekerjaannya. [perlu rujukan]
Untuk sesetengah baka, ada pejabat pendaftaran terpisah untuk menjejak keturunan anjing pekerja dan anjing pertunjukan. Contohnya, di Australia, ada pejabat pendaftaran terpisah untuk kelpie Australia jenis pekerja dan jenis pekerjaan; pejabat pendaftaran pekerja menggalakkan pembiakbakaan mana-mana kelpie dengan naluri kuat untuk menggembala, tanpa mengira penampilan atau warna bulu; pejabat pendaftaran pertunjukan menggalakkan pembiakbakaan hanya untuk kelpie yang leluhurnya didaftarkan sebagai anjing pertunjukan dan yang hanya mempunyai bulu berwarna pejal. Baka lain hanya mempunyai pejabat pendaftaran anjing pekerja, tidak bersandarkan pejabat pendaftaran pertunjukan; satu baka sedemikian ialah boerboel — pembiak baka anjing ini menganggap kemasukan ke dalam AKC contohnya akan merosakkan dasar pekerja genetik anjing ini sekiranya dibiakbakakan untuk pertunjukan.
  • Secara menyeluruh untuk baka anjing yang tujuan aslinya adalah untuk melakukan tugas yang tidak sesuai dalam kategori kerja lebih spesifik. Contohnya, sehingga 1983 anjing gembala merupakan sebahagian daripada Kumpulan Pekerja. Kumpulan Gembala dicipta apabila Kumpulan Pekerja menjadi terlalu besar.[2] Kini, American Kennel Club menggunakan Anjing Pekerja untuk menggambarkan baka yang pada asalnya dibiakbakakan untuk kerja selain penggembalaan atau perburuan. Kerja sedemikian mungkin termasuk penarikan kereta tarik, pengawalan dan seterusnya. Walau bagaimanapun dalam amalan anjing 'pertunjukan' ini di bawah AKC bukan anjing pekerja sebenar, dan lalu tidak sesuai untuk kegunaan sebagai anjing pekerja. Banyak baka pekerja sebenar masih sangat bernilai sebagai anjing pekerja, dan tanpanya ekonomi tempatan akan merosot. Satu contoh baka sedemikian ialah anjing gembala Anatolia yang tanpanya contohnya banyak biri-biri akan diterkam oleh serigala, anjing bela jinak jalang, dan di Namibia, oleh citah.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Kovacs, Gibizer, Udvardine Lukacs: Komondor, Kuvasz, 1996, ISBN 963-7314-33-4
  2. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy. Alpine Publications. ISBN 978-157779-106-5.