Anjing ladang Denmark-Sweden

baka anjing dari Denmark dan Sweden

Anjing ladang Denmark-Sweden,[a] dahulu dikenali sebagai pincer Denmark,[b][1] ialah satu baka anjing yang berasal usul dari Denmark dan Sweden selatan, tetapi telah menjadi popular di seluruh Skandinavia, yang berkhidmat sebagai baka anjing pelbagai guna.[2]

Anjing ladang Denmark-Sweden
Anjing ladang Denmark-Sweden
Nama lainTerier Skåne
Pincer Denmark
Negara asalDenmark
Sweden
Trait
Tinggi Jantan 32–39 cm (13–15 in)
Betina 30–37 cm (12–15 in)
Bulu pendek dan licin
Warna kebanyakannya putih
Anjing (Canis lupus familiaris)
Empat ekor anjing ladang Denmark-Sweden

Sejarah

sunting

Anjing ladang Denmark-Sweden mungkin telah berasal dari Skåne, di rantau Skåneland. Baka ini digunakan sebagai anjing ladang pelbagai guna di Skandinavia selama berkurun-kurun, dengan berkhidmat sebagai anjing pengawal, penangkap tikus, anjing pemburu, dan gembala.[3] Populasi baka ini menurun pada tahun 1870-an, apabila pengindustrian di Denmark menjadikan tujuan anjing ini sebahagian besarnya lapuk. Baka ini hampir pupus menjelang tahun 1980-an.[3] Dansk Kennel Klub dan Svenska Kennelklubben berkolaborasi dalam penyelamatan baka ini daripada kepupusan[3] dan anjing ladang Denmark-Sweden menjadi baka beriktiraf di Denmark dan di Sweden pada tahun 1987.[2] Baka ini muncul dalam Pertunjukan Anjing Sedunia buat kali pertama pada tahun 1989.[3]

Pada tahun 2010, kelab baka, Danish–Swedish Farmdogs USA, membuat permohonan kepada AKC-FSS untuk pengiktirafan baka ini. Pada Januari 2011, American Kennel Club (AKC) menambahkan baka ini ke dalam Khidmat Ternakan Asasi-nya.[4] Baka ini diiktiraf secara rasmi oleh AKC pada tahun 2025.[1][5]

Perihal

sunting

Piawaian FCI[6] menyatakan bahawa anjing ladang Denmark-Sweden patut setinggi 30–39 cm (12–15 in) dengan tubuh padat. Hubungan antara ketinggian kelasa dengan panjang tubuh sepatutnya 9 dengan 10. Kepalanya agak kecil dan berbentuk segi tiga dengan stop jelas tertampil. Lapis bulunya keras, pendek, dan bertekstur licin,[4] dengan putih sebagai warna dominan, dengan satu atau beberapa tompok dengan gabungan warna berbeza. Ekornya mungkin panjang, separuh kontot, atau kontot.[6]

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ لادڠ دينمرک-سوءيدن; Denmark: dansk-svensk gårdhund; Svensk: dansk-svensk gårdshund; bahasa Inggeris: Danish-Swedish farmdog
  2. ^ Jawi: ڤينچر دينمرک; bahasa Inggeris: Danish pinscher

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Encinas, Amaris (2 Januari 2025). "'Funny little dog' makes it big: American Kennel Club recognizes Danish-Swedish Farmdog" ['Anjing kecil lucu' capai kejayaan besar: American Kennel Club iktiraf anjing ladang Denmark-Sweden] (dalam bahasa Inggeris). USA Today. Dicapai pada 4 Januari 2025.
  2. ^ a b Dohner, Janet Vorwald (4 Oktober 2016). Farm Dogs: A Comprehensive Breed Guide: 93 Guardians, Herders, Terriers, and Other Canine Working Partners [Anjing Ladang: Panduan Baka Komprehensif: 93 Anjing Pengawal, Anjing Gembala, Terier, dan Pasangan Anjing Pekerja Lain] (dalam bahasa Inggeris). North Adams, Massachusetts, Amerika Syarikat: Storey Publishing. m/s. 288. ISBN 9781612125930. OCLC 952855477.
  3. ^ a b c d Waldorf Gewirtz, Elaine (2 Januari 2025). "Danish-Swedish Farmdog History: From Viking Companion to Versatile Partner" [Sejarah Anjing Ladang Denmark-Sweden: Daripada Pendamping Viking kepada Teman Serba Guna] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 4 Januari 2025.
  4. ^ a b "Danish-Swedish Farmdog" [Anjing Ladang Denmark-Sweden] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  5. ^ Peltz, Jennifer (2 Januari 2025). "Meet the Danish-Swedish farmdog, the newest breed in the American Kennel Club's lineup" [Kenali anjing ladang Denmark-Sweden, baka terbaharu dalam barisan American Kennel Club] (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Dicapai pada 4 Januari 2025.
  6. ^ a b "FCI-Standard N° 356 DANSK-SVENSK GÅRDSHUND (Danish-Swedish Farmdog)" [Piawaian FCI No. 356 Anjing Ladang Denmark-Sweden] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Sporre-Willes, Renée. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 6 Mei 2019. Dicapai pada 19 Januari 2024.

Pautan luar

sunting