Anjing pampa Argentina

baka anjing dari Argentina

Anjing pampa Argentina[a] atau dogo argentino negro ialah satu baka anjing daripada jenis dogo yang berasal dari Argentina.

Anjing pampa Argentina
Nama lainDogo negro
Pampa
Dogo pampa
Negara asalArgentina
Trait
Berat Jantan 45–55 kg (99–121 lb)
Betina 40–47 kg (88–104 lb)
Tinggi Jantan 65–73 cm (26–29 in)
Betina 62–67 cm (24–26 in)
Bulu Pendek, rata, dan licin
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Sejarahnya bermula apabila seekor anjing kacuk yang dipanggil "El Negro Julio" milik oleh Horacio Rivero Nores dihasilkan dengan menyilangkan seekor terier Staffordshire Amerika betina dengan seekor dogo Argentina jantan. Walaupun ia merupakan kacukan, ia dipanggil "dogo negro". Setelah lahir di Córdoba, Argentina pada 4 Julai 1987, amstaff betina itu dinamai Pampa dan dibawa dari Amerika Syarikat oleh Juan Carlos Aguero. Dogo jantan itu pula dipanggil Simón dan dimiliki oleh En. Javier Coronanda.

"Negro Julio" ialah anjing yang kebanyakannya hitam, kuat, dengan rahang berkuasa, hampir-hampir bersaiz dogo Argentina, dan seberat kira-kira 45 kg (99 lb).[1]

Ciri sunting

Ia merupakan anjing kuat, dengan rahang berkuasa, perototan hebat, dan kekuatan fizikal hebat. Anjing ini kebanyakannya berwarna hitam dan putih, dengan bahagian hitam yang pada asasnya meliputi seluruh tubuh, manakala bahagian putih meliputi muka dan muncung. Ia tidak patut mempunyai warna putih di sekeliling mata. Bahagian putih juga terdapat pada sesetengah bahagian kaki, di hujung ekor, di bahagian bawah leher, dan pada dada. Contoh berwarna hitam legam padu dan berwarna brindle juga sangat diingini.

Seperti dogo autentik, telinganya secara semula jadi labuh ke sisi dalam bentuk segi tiga. Ekornya panjang dan terletak tinggi-tinggi. Pada spesimen putih dan hitam, hujungnya sentiasa putih. Dadanya lebar, dalam, dan berotot, kakinya berotot dan kuat, dan matanya sebaik-baiknya berwarna perang atau hazel.

Perangai sunting

Ia patut menjadi anjing seimbang, penjaga secara semula jadi, amat setia kepada keluarganya, tenang, dan penyayang. Ia ramah dan sangat jinak, serta tegas dan yakin diri.

Kegunaan sunting

Ia terutamanya merupakan anjing penjaga harta benda, tetapi ia juga merupakan anjing tangkap dan anjing teman.

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمڤا ارݢينتينا; Sepanyol: perro pampa argentino

Rujukan sunting