Terier Staffordshire Amerika

baka anjing dari Amerika Syarikat

Terier Staffordshire Amerika,[a] juga dikenali sebagai amstaff, ialah satu baka anjing berbulu pendek dan bersaiz sederhana Amerika Syarikat[2][3][4][5] yang diiktiraf oleh American Kennel Club, tetapi tidak oleh United Kennel Club, yang sebaliknya mengizinkan agar terier Staffordshire Amerika didaftarkan di bawah baka pitbulterier Amerika.[6]

Terier Staffordshire Amerika
(2) Ch Rowdytowns Hardrock Cafe - AmStaff.jpg
Terier Staffordshire Amerika dalam pertunjukan anjing
Nama ringkas
  • AmStaff
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat kira-kira 50–80 lb (23–36 kg)
Tinggi 16.9–18.8 in (43–48 cm)[1]
Bulu licin
Warna hitam, perang kekuning-kuningan, merah, putih, biru, padu, sebahagian atau bertompok, brindle
(putih menyeluruh, putih 80%+, hitam dan sawo matang, dan warna hati tidak digalakkan). Mesti mempunyai hidung hitam dan bukan merah. Perhatikan bahawa tiada "amstaff hidung biru" atau amstaff berwarna merle
Anjing (Canis lupus familiaris)

Ketinggian terier Staffordshire Amerika ialah 18–19 inci (46–48 cm) dan beratnya ialah 40–70 paun (18–32 kg).[2] American Kennel Club (AKC) memerihalkan baka ini sebagai anjing "yakin, pintar, dan bersifat baik". Terier Staffordshire Amerika tidak patut dikelirukan dengan pitbulterier Amerika. Walaupun pitbulterier Amerika mempunyai keleluhuran serupa, kedua-duanya merupakan baka berasingan. Ia juga tidak patut dikelirukan dengan "staffy" bulterier Staffordshire dari United Kingdom.[2]

Sejarah sunting

 
Salah seekor juara AKC terawal

Sesetengah keragaman bull-and-terrier dari Kepulauan British mula menemukan jalan ke Amerika[2] seawal tahun 1850. Nama Staffordshire Terrier ("terier Staffordshire") diluluskan kerana leluhur baka ini berasal dari Staffordshire, England. Nama baka ini disemak semula pada 1 Januari 1969 kepada American Staffordshire Terrier ("terier Staffordshire Amerika") untuk membezakannya daripada bulterier Staffordshire British yang merupakan jenis anjing pertunjukan baka tulen yang sama sekali berbeza yang diiktiraf di England pada tahun 1935.[7][8][9][10][11]

AKC membuka Buku Pembaka amstaff kepada anjing UKC beberapa kali lagi sehingga tahun 1970-an. Sejak itu, kedua-dua induk perlu didaftarkan dengan AKC untuk mendaftarkan anak. Pemilihan baka didasarkan sepenuhnya pada pengakuran dan piawaian baka mantap yang, selama beberapa dekad, telah mengubah terier Staffordshire Amerika menjadi baka jauh berbeza daripada pitbulterier Amerika.[9][11]

Perangai sunting

Menurut American Kennel Club, anjing ini ialah "pendamping pintar, yakin, dan baik hati. Keberaniannya terkenal. AmStaff yang dibiakbakakan secara bertanggungjawab dan tersosialisasi dengan baik ialah sahabat yang setia dan boleh dipercayai hingga ke akhirnya."[2]

Perihal sunting

 
Seekor juara pengakuran tahun 1990-an
 
Terier Staffordshire Amerika jantan putih dan brindle

Menurut piawaian baka terbitan AKC yang diluluskan pada 10 Jun 1936, "Terier Staffordshire Amerika patut memberikan kesan kekuatan hebat untuk saiznya, anjing yang tersusun dengan baik, berotot, tetapi tangkas dan anggun, sangat bersemangat terhadap sekelilingnya. Ia patut berbadan besar, tidak bertungkai panjang, atau kuat dari segi garis luar. Keberaniannya terkenal." Kepalanya patut sederhana panjang dengan tengkorak lebar, stop jelas, dan otot jelas di pipi. Telinganya patut terletak tinggi-tinggi di atas kepalanya dan dapat dipotong atau tidak dipotong, tetapi telinga tidak terpotong lebih diutamakan. Ketinggian dan berat patut berperkadaran. Ketinggian kira-kira 18–19 inci (46–48 cm) pada paras bahu untuk jantan dan 17–18 inci (43–46 cm) untuk betina dianggap lebih diutamakan. Hidungnya patut sentiasa hitam. Banyak warna lapis bulu diterima. Walau bagaimanapun, anjing dengan lapis bulu hati atau hitam dan sawo matang dan anjing dengan lebih daripada 80% putih tidak digalakkan.[12][2]

Kesihatan sunting

 
Terier Staffordshire Amerika brindle biru betina

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.5 tahun berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[13]

Baka ini cenderung terhadap penyakit kulit alahan dan demodikosis.[14] Sebuah kajian Amerika mendapati bahawa 20% terier Staffordshire Amerika juvenil (berusia kurang daripada 2 tahun) menderitai demodikosis berbanding dengan 0.58% secara keseluruhan.[15]

Sebuah kajian Amerika Utara terhadap 1,000,000 imbasan pinggul dan 250,000 imbasan siku mendapati bahawa 24.4% daripada populasi terier Staffordshire Amerika menghidap displasia pinggul dan 16.1% menghidap displasia siku.[16] Sebuah lagi kajian Amerika Utara mendapati bahawa 1.84% daripada populasi terier Staffordshire Amerika menghidap keadaan ini, separuh daripada kadar keseluruhan sebanyak 3.52%.[17]

Perundangan dan sekatan spesifik baka sunting

Di seluruh dunia, terier Staffordshire Amerika telah kerap disertakan dalam larangan baka yang menyasarkan anjing jenis pitbul dan/atau baka anjing laga. Perundangan spesifik baka (BSL) sedemikian mungkin terdiri daripada larangan langsung ke atas pemilikan kepada sekatan dan syarat pemilikan. Perundangan spesifik baka telah digubal di pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat,[18] di Perancis,[19] di Australia,[20] di Austria,[21] di Kanada,[22] di Denmark,[23] di Jerman,[24] di Kanpur,[25] di Ireland,[26] di Norway,[27] dan di Turki.[28]

Kepopularan sunting

Pada tahun 2017, baka ini ialah baka anjing kelapan paling popular menurut Australian National Kennel Council.[29] Menurut Société Centrale Canine, ia merupakan anjing keenam paling popular di Perancis.[30] Menurut American Kennel Club pula, ia merupakan anjing ke-85 paling popular pada tahun 2020.[31]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: تيريئر ستافوردشير اميريکا; bahasa Inggeris: American Staffordshire terrier

Rujukan sunting

  1. ^ "FCI-Standard N° 286 AMERICAN STAFFORDSHIRE TERRIER" [Piawaian FCI No. 286 Terier Staffordshire Amerika] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 1 Disember 1997. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  2. ^ a b c d e f "American Staffordshire Bull Terrier Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2005. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  3. ^ Campbell, Dana (Julai–Ogos 2009). "Pit Bull Bans: The State of Breed–Specific Legislation". GP-Solo (dalam bahasa Inggeris). American Bar Association. 26 (5). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2009. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  4. ^ "Frequently Asked Questions". Pit Bull Rescue Central (dalam bahasa Inggeris). Pit Bull Rescue Central. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2015. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  5. ^ "The Truth about Pitbulls". American Society for the Prevention of Cruelty to Animals (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2015.
  6. ^ UKC APPLICATION FOR AMERICAN PIT BULL TERRIER SINGLE REGISTRATION (PDF) (dalam bahasa Inggeris), United Kennel Club, diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 26 Jun 2022, dicapai pada 24 Januari 2024
  7. ^ Frome, Jane Hogg (13 Mac 2012). Staffordshire Bull Terrier (dalam bahasa Inggeris). i5 Publishing. ISBN 9781593789879. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2023. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  8. ^ Smith, Alison; Smith, Lecturer in Contrinetal European Cinema Alison (2009). Staffordshire Bull Terrier (dalam bahasa Inggeris). Collins. ISBN 9780007274284. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2023. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  9. ^ a b Stahlkuppe, Joe (2 April 2000). American Pit Bull Terrier Handbook (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. ISBN 0764147447 – melalui Internet Archive. ISBN9781438081410.
  10. ^ "A Breed That Came Up the Hard Way". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 19 September 1971. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2017. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  11. ^ a b Zaurisio, Neylor (16 Mei 2019). "The so-called "modern" bloodlines". Medium (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2019. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  12. ^ "American Staffordshire Terrier Standard" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 3 Disember 2014. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  13. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 14 (1). doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan).
  14. ^ Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P. (19 September 2016). Small Animal Dermatology (dalam bahasa Inggeris). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN 978-0-323-37651-8.
  15. ^ Plant, Jon D.; Lund, Elizabeth M.; Yang, Mingyin (2011). "A case–control study of the risk factors for canine juvenile‐onset generalized demodicosis in the USA". Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris). 22 (1): 95–99. doi:10.1111/j.1365-3164.2010.00922.x. ISSN 0959-4493.
  16. ^ Oberbauer, A. M.; Keller, G. G.; Famula, T. R. (24 Februari 2017). "Long-term genetic selection reduced prevalence of hip and elbow dysplasia in 60 dog breeds". PLOS ONE (dalam bahasa Inggeris). Public Library of Science (PLoS). 12 (2): e0172918. doi:10.1371/journal.pone.0172918. ISSN 1932-6203.
  17. ^ Witsberger, Tige H.; Villamil, J. Armando; Schultz, Loren G.; Hahn, Allen W.; Cook, James L. (15 Jun 2008). "Prevalence of and risk factors for hip dysplasia and cranial cruciate ligament deficiency in dogs". Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). American Veterinary Medical Association. 232 (12): 1818–1824. doi:10.2460/javma.232.12.1818. ISSN 0003-1488.
  18. ^ Walden, Charlotte A. (2012). "Overview of Breed Specific Legislation (BSL) Ordinances". Animal Legal & Historical Center (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2024.
  19. ^ "Avoir un chien susceptible d'être dangereux : quelles sont les règles ?". www.service-public.fr (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 7 Mac 2024.
  20. ^ Association (AVA), Australian Veterinary. "Breed-specific legislation". www.ava.com.au (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2020. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  21. ^ "Allgemeines zur Haltung von Listenhunden ("Kampfhunden")" [Maklumat umum tentang pembelaan anjing tersenarai ("anjing laga")]. oesterreich.gv.at - Österreichs digitales Amt (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 16 Mac 2024.
  22. ^ "Information on The Dog Owners' Liability Act and Public Safety Related to Dogs Statute Law Amendment Act, 2005 – Ministry of the Attorney General". www.attorneygeneral.jus.gov.on.ca (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2020. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  23. ^ Bekendtgørelse af lov om hunde (dalam bahasa Denmark), Kementerian Makanan, Pertanian, dan Perikanan Denmark, 3 Februari 2021, dicapai pada 16 Mac 2024
  24. ^ "Dangerous dogs". www.zoll.de (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2024.
  25. ^ "Kanpur bans rearing of pitbull, rottweiler dog breeds within city limits". The Economic Times (dalam bahasa Inggeris). 28 September 2022. Dicapai pada 16 Mac 2024.
  26. ^ Book (eISB), electronic Irish Statute. "electronic Irish Statute Book (eISB)". www.irishstatutebook.ie (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mac 2021. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  27. ^ "Forskrift om hunder - Lovdata" [Arahan tentang anjing - Data perundangan]. lovdata.no (dalam bahasa Norway). Dicapai pada 16 Mac 2024.
  28. ^ "Tehlike Arz Eden Hayvanlara İlişkin Genelge" [Arahan tentang Haiwan Berbahaya] (dalam bahasa Turki). Kementerian Pertanian dan Perhutanan. 9 Disember 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2021. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  29. ^ "What are the top 10 dog breeds in Australia 2017? Here's a list". www.news.com.au (dalam bahasa Inggeris). 2 Februari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2019. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  30. ^ "Le chien de race en 2018 : Bousculades dans le Top 20 du LOF". www.centrale-canine.fr (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Februari 2019. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  31. ^ "The most popular dog breeds in America". www.cbsnews.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2021. Dicapai pada 7 Mac 2024.

Bacaan lanjut sunting

Disenaraikan menurut tahun penerbitan

  • Fraser, Jacqueline. The American Staffordshire Terrier (Inggeris), 1990
  • Ormsby, Clifford & Alberta. The American Staffordshire Terrier (Inggeris), 1956
  • Nicholas, Anna Katherine. Staffordshire Terriers: American Staffordshire Terrier and Staffordshire Bull Terrier (Inggeris), 1991, 256 halaman; ISBN 0-86622-637-0
  • Foster, Sarah. The American Staffordshire Terrier: Gamester and Guardian (Inggeris), 1998, 139 halaman; ISBN 0-87605-003-8
  • Linzy, Jan. American Staffordshire Terrier Champions, 1988–1995 (Inggeris), 1998, 84 halaman; ISBN 1-55893-054-X
  • Linzy, Jan. American Staffordshire Terrier Champions, 1996–2001 (Inggeris), 2002, 84 halaman; ISBN 1-55893-102-3
  • Janish, Joseph. American Staffordshire Terrier (Inggeris), 2003, 155 halaman; ISBN 1-59378-248-9
  • Off the Chain (Inggeris), 2005, Bobby J. Brown; IMDb 0472478.
  • Beyond the Myth: A Film About Pit Bulls and Breed Discrimination (Inggeris), 2010, Libby Sherrill; IMDb 1993286

Pautan luar sunting