Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) ialah sebuah jabatan Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menyelia dan mentadbir hal-hal berkaitan perkidmatan veterinar. Ia merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
جابتن ڤرخدمتن كوارنتين دان ڤمريقسأن مليسيا
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1888; 136 tahun yang lalu (1888)
JenisKerajaan
Bidang kuasa
Pihak Berkuasa Veterinar Malaysia
Ibu pejabatWisma Tani, Blok Podium, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Dr. Akma Ngah Hamid, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar
Agensi induk
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Laman sesawang
www.dvs.gov.my
Nota kaki
pro@dvs.gov.my

Sejarah sunting

Asal-usul penubuhan JPV bermula dengan penubuhan Jabatan Veterinar seawal 1888, di Pulau Pinang dengan penempatan Doktor Veterinar bertauliah di Jabatan Perubatan. Tugas utama Doktor ketika itu ialah memeriksa ternakan yang diimport dari luar negara terutamanya Siam dan Kedah. Bagi melindungi Pulau Pinang daripada penyakit bawaan haiwan yang diimport ketika itu, sebuah pusat kuarantin telah dibina pada 1896 dan pusat ini merupakan pusat kuarantin yang pertama di Malaysia.[1]

Perkhidmatan Veterinar mula berkembang di negeri-negeri lain dengan penubuhan Cawangan Veterinar di Jabatan Perubatan dengan penempatan Doktor Veterinar dan Pemeriksa Veterinar. Semua Perkhidmatan Veterinar berada di bawah bidang kuasa Ketua Pegawai Perubatan yang berpusat di Singapura sehingga 1930.[1]

Tugas utama pegawai yang dilantik ketika itu ialah mengawal wabak penyakit haiwan. Sebuah unit telah ditubuhkan di Jabatan Polis di bawah kawalan ketua polis negeri, yang juga ditugaskan untuk memusnahkan anjing-anjing liar dalam usaha menghapuskan penyakit anjing gila dan menjadi saksi untuk melaporkan sebarang kejadian penyakit haiwan. Walaubagaimanapun, unit ini kemudiannya dimasuhkan dan digantikan dengan atendan haiwan.[1]

Pada tahun 1930, Perkhidmatan Veterinar telah dipisahkan dari Jabatan Perubatan. Pemisahan ini merupakan asas kepada penubuhan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kemudiaan Jabatan Perkhidmatn Haiwan juga ditubuhkan di Majlis Kerajaan Tempatan seperti di Pulau Pinang dan Melaka. Pada tahun 1934, ibu pejabat jabatan Perkhidmatan Haiwan telah dipindahkan dari Singapura ke Kuala Lumpur dan seterusnya pembentukan sebagai Jabatan berasingan di bawah kelolaan Pengarah Penyelidikan Veterinar dan Penasihat Veterinar, sehingga Perang Dunia II. Semasa zaman pemerintahan British, Jabatan Perkhidmatan Haiwan disusun semula dan menjadi asas organisasi sehingga kini.[1]

Pada 16 November 1957, Allahyarham Johari Daud telah dilantik menjadi anak watan pertama menerajui Jabatan selepas kemerdekaan negara. Peranan serta fungsi jabatan telah diperluaskan demi memenuhi aspirasi rakyat dalam sebuah negara merdeka sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.[1]

Pada 24 Mei 2008, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dinamakan semula sebagai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dengan perasmiannya disempurnakan YB Dato' Mustapa Mohamed, mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.[1]

Pengurusan atasan sunting

JPV diketuai oleh seorang ketua pengarah.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f "Sejarah perkhidmatan veterinar sempena sambutan ulang tahun ke-125". Sinar Harian. 26 September 2019. Dicapai pada 25 Februari 2020.
  2. ^ "Perutusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar". Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Dicapai pada 24 Februari 2020.

Pautan luar sunting