Anjing penuding berbulu kasar Jerman
Anjing penuding berbulu kasar Jerman[a] ialah satu baka anjing penuding bersaiz sederhana yang dikembangkan di Jerman.
Nama lain | Hessischen Rauhbart | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Stichelhaar | ||||||||||||||||||
Negara asal | Jerman | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Sejarah
suntingPada awal abad ke-19, terdapat beberapa keragaman anjing penuding berbulu kasar yang terdapat di serata Jerman, dengan beberapa percubaan untuk menyeragamkan keragaman-keragaman ini sebagai baka.[1] Pada satu ketika dalam perkembangan anjing penuding berbulu kasar Jerman, darah anjing gembala lama Jerman diperkenalkan; perkataan stichelhaariger dalam nama asli baka ini diterjemahkan kepada "berbulu kasar", yang mencerminkan darah ini.[1][2] Setelah hampir pupus menjelang pertengahan abad, anjing penuding berbulu kasar ini diselamatkan melalui usaha seorang pembiak baka tunggal dan, pada separuh kedua abad tersebut, percubaan serius dilakukan untuk menyeragamkan jenis. Menjelang penghujung abad, ia diterima sebagai baka tersendiri.[1][3]
Anjing penuding berbulu kasar Jerman tidak pernah sepopular baka anjing penuding Jerman lain dan jarang sekali terlihat di luar Jerman.[3]
Perihal
suntingAnjing penuding berbulu kasar Jerman ialah baka bersaiz sederhana. Penampilannya hampir serupa dengan anjing penuding berbulu dawai Jerman yang lebih banyak dan grifon penuding berbulu dawai. Penampilan keseluruhannya adalah tegap tanpa menjadi terlalu berat.[1][2][3] Piawaian baka menyatakan bahawa ia berdiri setinggi 58–70 sentimeter (23–28 in) dengan jantan yang berdiri setinggi 60–70 sentimeter (24–28 in) dan betina yang setinggi 58–68 sentimeter (23–27 in).[2][4][5]
Perbezaan utama antara baka ini dengan anjing penuding berbulu dawai Jerman ialah kepalanya yang berbeza kerana lebih berat dan lebih lebar, sesuatu yang diwarisi daripada leluhur anjing gembalanya; ia mempunyai telinga tergantung dan kening yang amat panjang yang memberikan penampilan hampir mengancam.[1][2] Lapis bulu baka ini yang kaku, kasar, dan kejur biasanya berukuran sepanjang 37 milimeter (1.5 in); lapis bulunya dapat berwarna perang padu, perang kemerah-merahan, kemerah-merahan cerah, sesetengahnya mempunyai tompok putih pada dada manakala sesetengah contoh kemerah-merahan juga mempunyai tompok perang pada lapis bulu.[2]
Baka ini diketahui amat agresif terhadap haiwan pemangsa dan sangat berwaspada terhadap orang asing.[2]
Lihat juga
suntingCatatan
suntingRujukan
sunting- ^ a b c d e Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 265. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ a b c d e f Fiorone, Fiorenzo (1973). The Encyclopedia of Dogs: The Canine Breeds [Ensiklopedia Anjing: Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Thomas Y. Crowell Co. m/s. 272–273. ISBN 9780690000566. OCLC 624065.
- ^ a b c Alderton, David (1987). The Dog: The Most Complete, Illustrated, Practical Guide to Dogs and Their World [Anjing: Panduan Amali Berilustrasi Paling Lengkap untuk Anjing dan Dunianya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: New Burlington Books. m/s. 60–61. ISBN 9780948872136. OCLC 16631237.
- ^ a b "FCI- Standard Nr. 232 DEUTSCH STICHELHAAR" [Piawaian FCI No. 232 Anjing Penuding Berbulu Kasar Jerman] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 13 Mac 2008. Dicapai pada 23 Januari 2024.
- ^ a b "FCI-Standard N° 232 DEUTSCH STICHELHAAR" [Piawaian FCI No. 232 Anjing Penuding Berbulu Kasar Jerman] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peper, Elke. Disemak pada Oktober 2007 oleh Raymond Triquet. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 13 Mac 2008. Dicapai pada 23 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ "Deutsch Stichelhaar Verein" (dalam bahasa Jerman). 15 Oktober 2023.
- ^ Craig Koshyk (15 Oktober 2023). "Stichelhaar – German Rough Haired Pointer: Dog Breed Information, Form, Function, and History" [Stichelhaar – Anjing Penuding Berbulu Kasar Jerman: Maklumat Baka Anjing, Bentuk, Fungsi, dan Sejarah]. Project Upland (dalam bahasa Inggeris).