Anre Gurutta atau Anregurutta disingkatkan menjadi AG, ialah istilah gelaran yang digunakan kepada ulama di Sulawesi Selatan.[1] Istilah ini asalnya tidak dipakai secara umum kepada sebarangan ulama, hanya dipakai kepada ulama dalam pondok atau pesantren dan hanya berbentuk panggilan sahaja bukan dalam bentuk penulisan.[1] Pemberian gelaran Anregurutta bukanlah pemberian gelaran akademik, tetapi gelaran yang diberikan oleh masyarakat atas ketinggian ilmu dan jasa seseorangan dalam lapangan dakwah Islam.[2]

Anregurutta atau Gurutta sama dengan Kyai yang ahli agama Islam di Jawa[3] atau Tuan Guru di Banjarmasin dan Nusa Tenggara Barat dan Buya di Minang.[1] Dalam tradisi masyarakat Bugis, gelar Anregurutta dapat diibaratkan sebagai profesor dalam lapangan akademik.[2] Anregurutta mempunyai kedudukan terhormat di mata masyarakat Bugis.[2] Jika orang luar Sulawesi Selatan mendengar seseorang warga yang menyebutkan Anregurutta kepada seorang tokoh, tentu tokoh berkenaan termasuk dalam kalangan ulama yang disegani.[2] Sekitar pertengahan tahun 1990-an istilah mulai dipakai secara umum. baik yang dalam lingkup pesantren mahupun di luar.[1]

Istilah Anregurutta Haji atau "AG.H" ditetapkan atas keputusan daripada Majelis Ulama Indonesia Sulawesi Selatan.[4]

Lihat pula sunting

Catatan akhir sunting

  1. ^ a b c d Mursalim 2017, Lihat catatan kaki.
  2. ^ a b c d Amin 2009.
  3. ^ Yusuf 2013, Lihat catatan kaki.
  4. ^ Muhammad 2017, halaman iv.

Bibliografi sunting

  • Muhammad, Firdaus (2017). Anregurutta;Literasi Ulama Sulselbar (dalam bahasa Indonesia). Makassar, Indonesia: Nala Cipta Litera. ISBN 978-602-8003-44-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Mursalim, Mursalim (2012-06-01). "Tafsir Al-Qur'an Al-Karim Karya MUI Sul-Sel". Al-Ulum. 12 (1): 141–174. ISSN 2442-8213. Dicapai pada 2018-04-20.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Yusuf, Muhammad (2013-12-01). "Bias Gender dalam Kewarisan menurut Ulama Bugis". Al-Ulum. 13 (2): 321–344. ISSN 2442-8213. Dicapai pada 2018-04-20.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Amin, Saifullah (2009-05-02). "Ulama Pelestari Kearifan Lontara Bugis". NU Online (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2018-04-20.CS1 maint: date and year (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Islam, A. Saiful (2017-02-21). "BAHASA SANTUN". Pengadilan Tinggi Agama Makassar (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-23. Dicapai pada 2018-04-20. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kadir, Ilham (2013-02-07). "Gurutta, Anreguru, Panrita". Ilham Kadir Menulis (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2018-04-20.CS1 maint: date and year (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • "Anregurutta KH Sanusi Baco, Lc; Ulama Kharismatik Sulawesi Selatan – Harian Sulsel". Harian Sulsel – Hadir Untuk Beda (dalam bahasa Indonesia). 2015-07-14. Dicapai pada 2018-04-20.CS1 maint: date and year (link) CS1 maint: ref=harv (link)