Anthony Soter Fernandez

Anthony Soter Fernandez (lahir 22 April 1932 - 28 Oktober 2020) ialah Kardinal Malaysia pertama Gereja Roman Katolik dan Uskup Agung Emeritus daripada Roman Katolik Keuskupan Agung Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau telah dilantik pada 30 Julai 1983 oleh Paus John Paul II, dan menjadi Ketua Uskup Keuskupan kedua semasa penahbisan beliau pada 10 November 1983. Beliau bersara pada 24 Mei 2003 dan telah digantikan oleh Tan Sri Murphy Pakiam.[1]

Tuan Yang Terutama
Anthony Soter Fernandez
Kardinal dan Emeritus Uskup Kuala Lumpur
Kardinal Anthony semasa Konsistori yang dipimpin oleh Paus Francis pada tahun 2016
GerejaGereja Roman Katolik
KeuskupanKeuskupan Agung Kuala Lumpur
TakhtaKuala Lumpur, Malaysia
Bertakhta10 November 1983
Perintah berakhir24 Mei 2003
PendahuluDominic Vendargon
PenggantiMurphy Nicholas Xavier Pakiam
Jawatan lain
  • Presiden Emeritus Persidangan Biskop Katolik Malaysia, Singapura dan Brunei
  • Paderi Kardinal Sant' Alberto Magno
  • Chaplain, St. Xavier Home for the Elderly, Cheras
Perintah
Ditahbiskan10 Disember 1966
Konsekrasi17 Februari 1978
Menjadi Kardinal19 November 2016
PangkatKardinal - Imam
Butiran peribadi
Kelahiran (1932-04-22) 22 April 1932 (umur 92)
Sungai Petani, Kedah, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (kini Malaysia)
Meninggal dunia28 Oktober 2020
Kuala Lumpur
WarganegaraMalaysia
DenominasiGereja Katolik
MotoKeadilan dan Keamanan
Sejarah ordinasi
Ordinasi paderi
Tarikh ordinasi29 Julai 1973
Konsekrasi episkopal
Pemimpin konsekrasiGregory Yong
Konsekrator bersamaJames Chan Soon Cheong
Anthony Lee Kok Hin
Tarikh konsekrasi17 Februari 1978
Kardinalat
Dinaikkan pangkat olehPaus Francis
Tarikh kenaikan pangkat19 November 2016
Ketua Uskup yang ditahbiskan oleh Anthony Soter Fernandez sebagai pemimpin konsekrator
Murphy Nicholas Xavier Pakiam4 Oktober 1995
Gelaran
Anthony Soter Fernandez
Rujukan gelaranHis Eminence
Gaya percakapanYour Eminence
Gaya informalKardinal

Fernandez ditahbiskan sebagai imam pada 10 Disember 1966, dan berkhidmat sebagai Presiden Persidangan Uskup Katolik Malaysia, Singapura dan Brunei dari 1987-1990 dan 2000-2003.

Fernandez adalah bekas biskop Keuskupan Pulau Pinang, di mana beliau merupakan biskop dari 17 Februari 1978, sehingga ditukarkan ke Kuala Lumpur.

Fernandez telah dicipta kardinal oleh Paus Francis dalam Konsistori pada 19 November 2016,[2] dan rakyat Malaysia pertama yang akan menjadi kardinal.[3]

Kesihatan dan meninggal dunia

sunting

Beliau disahkan menghidap barah lidah pada November 2019 dan menjalani siri rawatan imunoterapi dan radioterapi sementara berehat di rumah jagaan warga tua, Little Sisters of the Poor St. Francis Xavier di Cheras, Kuala Lumpur.

Pada 28 Oktober 2020, beliau meninggal dunia pada jam 12.35 tengah hari Rabu pada usia 88 tahun di rumah jagaan warga tua tersebut.[4]

Rujukan

sunting
  1. ^ Archdiocese of Kuala Lumpur. UCAN Diocesan Profile Series. Retrieved April 28, 2010.
  2. ^ "Pope to create 13 new cardinals, including 3 Americans". Crux. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-10. Dicapai pada 9 October 2016.
  3. ^ Arbee, Awaina (9 Oct 2016). "Pope Francis names Malaysia's first ever cardinal". New Straits Times. Dicapai pada 21 October 2016.
  4. ^ Kardinal Roman Katolik pertama Malaysia meninggal dunia, Astro Awani, Dicapai pada 28 Oktober 2020 14:06 MYT

Pautan luar

sunting
Gelaran Gereja Roman Katolik
Didahului oleh
Gregory Yong Sooi Ngean
Uskup Katolik Pulau Pinang ketiga
1977–1983
Diikuti oleh:
Antony Selvanayagam
Didahului oleh
Dominic Vendargon
Ketua Uskup Katolik Kuala Lumpur
1983–2003
Diikuti oleh:
Murphy Nicholas Xavier Pakiam
Didahului oleh
gereja tituler diwujudkan
Paderi Kardinal Sant'Alberto Magno
2016-kini
Diikuti oleh:
pemegang jawatan terkini