Antonio Barreca

Pemain bola sepak Itali

Antonio Barreca (lahir 18 Mac 1995) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Serie A, Genoa secara pinjaman dari Monaco.

Antonio Barreca
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1995-03-18) 18 Mac 1995 (umur 29)
Tempat lahir Turin, Italo
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)[1]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Genoa (dipinjam dari Monaco)
Nombor 3
Kerjaya remaja
2002–2014 Torino
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2018 Torino 37 (0)
2014–2015Cittadella (pinjam) 38 (1)
2015–2016Cagliari (pinjam) 15 (0)
2018– Monaco 7 (0)
2019Newcastle United (pinjam) 1 (0)
2019–Genoa (pinjam) 6 (0)
Pasukan kebangsaan
2012–2013 Itali B18 6 (0)
2013 Itali B19 4 (0)
2014 Itali B20 1 (0)
2015–2017 Itali B21 13

(0

-->)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:10, 15 November 2019 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Beliau merupakan pemain akademi belia Torino dengan beraksi untuk setiap peringkat umur sehingga beliau menyertai pasukan Primavera.[2] Pada musim 2013–14, beliau membawa pasukannya melangkah ke perlawanan akhir Campionato Primavera sebelum mereka tewas kepada Chievo menerusi penentuan penalti.[3][4] Apabila masalah kecederaan telah melandap pemain-pemain skuad senior Torino pada musim itu, beliau kadang-kala telah dipanggil untuk menyertai skuad utama oleh jurulatih Giampiero Ventura.

Cittadella dan Cagliari sunting

Pada musim pertama dalam kariernya, Barreca telah dipinjamkan ke kelab Serie B, Cittadella. Beliau melakukan penampilan pertamanya bersama kelab itu pada aksi pusingan ketiga Coppa Italia dengan kekalahan 4–1 kepada Sassuolo.[5] Barreca menjaringkan gol pertamanya di Serie B pada 15 November 2014 pada aksi menentang Carpi yang berakhir dengan kekalahan 5-2.[6]

Pada 17 Jun 2015, beliau telah dipinjamkan ke Cagliari bersama klausa pelepasan dan klausa pembelian balik oleh Torino.[7] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Sardi semasa menentang Novara. Beliau seterusnya melakukan 15 penampilan bersama Cagliari yang dikendalikan oleh Massimo Rastelli menyaksikan pasukannya berjaya menjuarai Serie B sekali gus mendapat tempat ke Serie A buat musim depan. Pada 26 Jun 2016, kontrak Barreca telah diperbaharui oleh pihak kelab Torino.[8]

Torino sunting

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Torino pada 13 Ogos 2016 pada pusingan ketiga Coppa Italia menewaskan Pro Vercelli 4-1. Pada 18 September iaitu semasa beliau berusia 21 tahun, beliau melakukan penampilan pertamanya di Serie A dengan menjadi pemain gantian menggantikan Christian Molinaro pada separuh masa pertama permainan menentang Empoli. Pada Disember 2016, beliau telah dianugerahkan sebagai "Pemain Muda Terbaik" oleh USSI (Unione Stampa Sportiva Italiana).[9]

Monaco sunting

Pada 10 Julai 2018, beliau telah dijual ke kelab Ligue 1, Monaco.[10]

Newcastle United sunting

Pada 31 Januari 2019, Barreca telah menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United secara pinjaman sehingga akhir musim 2018–19. Beliau melakukan penampilan tunggalnya bersama Newcastle pada aksi menentang Tottenham Hotspur sebagai pemain gantian yang berakhir dengan kekalahan 1-0 di gelanggang lawan.[11]

Genoa sunting

Pada 11 Julai 2019, Barreca menyertai Genoa secara pinjaman bersama pilihan untuk membelinya secara tetap.[12]

Kerjaya antarabangsa sunting

Beliau telah mewakili pasukan bawah-20 Itali pada 6 Januari 2013 pada perlawanan untuk Kejohanan Empat Negara Bawah-20 menentang Poland yang menyaksikan Itali kecundang 2-1.

Pada 12 Ogos 2015, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Itali pada 12 Ogos 2015 dalam aksi persahabatan menentang Hungary yang berlangsung di Telki.[13]

Pada Jun 2017, beliau telah dimasukkan ke dalam skuad bawah-21 Itali yang akan bertanding dalam Kejohanan Eropah 2017 oleh pengurus Luigi Di Biagio.[14] Italy tersingkir pada peringkat separuh akhir selepas mengalami kekalahan 3-1 kepada Sepanyol pada 27 Jun.[15][16]

Statistik kerjaya sunting

Sehingga 8 Mac 2020.[17]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Cittadella 2014–15 38 1 1 0 39 1
  Cagliari 2015–16 15 0 2 0 17 0
  Torino 2016–17 28 0 2 0 30 0
2017–18 9 0 0 0 9 0
Jumlah 37 0 2 0 39 0
  Monaco 2018–19 7 0 1 0 0 0 1[b] 0 0 0 9 0
  Newcastle United 2018–19 1 0 0 0 0 0 1 0
  Genoa 2019–20 9 0 1 0 10 0
Jumlah kerjaya 107 1 7 0 0 0 1 0 0 0 115 1
  1. ^ Termasuk Coppa Italia dan Coupe de France.
  2. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA.

Pencapaian sunting

Cagliari

Catatan sunting

  1. ^ https://www.nufc.co.uk/teams/first-team/antonio-barreca
  2. ^ [1]
  3. ^ "Antonio Barreca, il Torino ha trovato il terzino del futuro". iltalentocheverra.it (dalam bahasa Italian). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 April 2014. Dicapai pada 12 September 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Regolamento del Campionato Primavera TIM 2012/2013 – "Trofeo Giacinto Facchetti"" (PDF). legaseriea.it (dalam bahasa Italian). Lega Nazionale Professionisti Serie A. 13 July 2012. Dicapai pada 29 January 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Sassuolo vs. Cittadella - 21 August 2014 - Soccerway". int.soccerway.com.
  6. ^ "Carpi vs. Cittadella - 15 November 2014 - Soccerway". int.soccerway.com.
  7. ^ "UFFICIALE: Torino, preso Avelar dal Cagliari. Barreca in prestito in Sardegna - TUTTOmercatoWEB.com". M.tuttomercatoweb.com. 17 June 2015. Dicapai pada 6 July 2017.
  8. ^ "Barreca al Toro | TORINO FC 1906 SITO UFFICIALE". Torinofc.it (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 6 July 2017.
  9. ^ "Torino, Barreca "rivelazione dell'anno": il premio dell'Ussi". Tuttosport. 13 December 2016. Dicapai pada 6 July 2017.
  10. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2018. Dicapai pada 10 July 2018.CS1 maint: archived copy as title (link)
  11. ^ https://www.nufc.co.uk/news/latest-news/antonio-barreca-joins-newcastle-united
  12. ^ "UFFICIALE: Genoa, dal Monaco ecco Barreca in prestito con diritto". Dicapai pada 12 July 2019.
  13. ^ "Aramu e Benassi in Nazionale Under 21 | TORINO FC 1906 SITO UFFICIALE". Torinofc.it (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 6 July 2017.
  14. ^ "U21: Italy squad for Euros named". Football Italia. 6 June 2017. Dicapai pada 16 June 2017.
  15. ^ "Spain U21 3-1 Italy U21". BBC Sport. 27 June 2017. Dicapai pada 6 March 2019.
  16. ^ James Horncastle (28 June 2017). "Italy fall to familiar foe Spain at U21 Euros but there is hope for the future". ESPN FC. Dicapai pada 24 October 2017.
  17. ^ Biodata Antonio Barreca di Soccerway
  18. ^ "Serie B: Cagliari title, Livorno relegated - Football Italia". Football-italia.net. Dicapai pada 6 July 2017.

Pautan luar sunting