DATO' ANUAR OTHMAN adalah seorang ahli perniagaan yang dikenali di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 31 Oktober 1953 di Johor Bahru, Johor.[1] Dato' Anuar Othman dan Tan Sri Halim Saad telah dipilih oleh Kerajaan Malaysia berdasarkan merit, cadangan dan perancangan terbaik untuk menjayakan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada tahun 1986.[2]

Anuar Othman
Foto Dato' Anuar Othman
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPengerusi Eksekutif, Greenteam Resources Sdn Bhd Pengerusi Eksekutif, General & Global Holdings Sdn Bhd Penasihat Kehormat, Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)
Anak-anak3

Pendidikan sunting

Dato' Anuar Othman mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (I), Johor Bahru dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Beliau menamatkan pengajian Part I & II Institute of Cost and Management Account (ICMA) di Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1974. Pada tahun 1975, beliau menamatkan pengajian Part III & Part IV ICMA di United Kingdom. Selepas itu, beliau menerima latihan sebagai seorang Cost and Management Accountant di United Kingdom melalui Biasiswa Harrisons & Crosfield di bawah program bersama dengan Luton College of Technology dan London School of Accountancy.[1]

Kerjaya dan Pengalaman Profesional sunting

Tahun Jawatan
1975-1982 Cost and Management Accountant, Harrison & Crosfield Plc
1982-1985 Pengurus Perniagaan, Jurudata Sdn Bhd
1985-1986 Pengurus Besar, TJ Holdings Sdn Bhd
1986-1995 Pengarah Eksekutif, Hati Budi Sdn Bhd, mengambilalih United Engineers (M) Berhad (sekarang dikenali sebagai UEM Group Berhad) dan Renong Group Berhad
1995-1999 Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Pinang Holdings Sdn Bhd
2000-2018 Pengerusi Eksekutif, General & Global Holdings Sdn Bhd
2018-Kini Pengerusi Eksekutif, Greenteam Resources Sdn Bhd

Beliau juga aktif di dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris) yang menggabungkan para profesional Melayu sedunia dari pelbagai bidang, kerjaya dan kepakaran. Pada tahun 2018, Dato' Anuar Othman telah dilantik sebagai Penasihat Kehormat ProWaris.[1]

Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sunting

Ketika Kerajaan Malaysia merancang untuk membangunkan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada 1985, Dato' Anuar Othman telah terpilih di atas kejayaannya kerana telah memberi cadangan terbaik bagi pembangunan PLUS bersama-sama dengan Tan Sri Halim Saad. Menerusi Syarikat Hati Budi Sdn Bhd, beliau dan Tan Sri Halim Saad yang merupakan pemegang saham utama di dalam syarikat tersebut, telah mengambilalih sejumlah saham berkepentingan di dalam United Engineers Malaysia Berhad dan telah dianugerahkan PLUS.[2][3][4] Dato' Anuar Othman telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif pada tahun 1987 dan Pengarah Urusan pada tahun 1990.

Renong Group Berhad sunting

Di antara tahun 1986 sehingga 1995, Dato' Anuar Othman dan Tan Sri Halim Saad telah berjaya meletakkan Renong Group Berhad sehingga menjadi konglomerat yang bernilai berbillion ringgit dalam tempoh 10 tahun dengan modal pasaran bernilai RM24.0 billion.[5]

Pada tahun 2001, Khazanah Nasional Berhad mengambilalih sepenuhnya Renong Group Berhad untuk dijadikan aset kerajaan dan Dato' Anuar Othman terpaksa melepaskan kesemua jawatan dan kepentingannya di dalam konglomerat tersebut.[2][6]

Pengambilalihan National Feedlot Corp (NFC) sunting

Dato' Anuar Othman dipercayai telah kembali semula ke dunia korporat melalui cadangan pengambilalihan terhadap National Feedlot Corp Sdn Bhd (NFC) yang menjalankan aktiviti penternakan lembu pada 3 Disember 2013 melalui syarikat pelaburannya, VC Mahawangsa Sdn Bhd. Pada 3 Disember 2013, satu majlis memeterai perjanjian di antara VC Mahawangsa dan NFC sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur tetapi telah dibatalkan di saat-saat akhir oleh pihak penganjur.[2] Pembatalan majlis tersebut terpaksa dilakukan memandangkan terdapat beberapa isu yang belum diselesaikan. Dalam cadangan korporat yang dikemukakan oleh Dato' Anuar Othman, VC Mahawangsa menawarkan cadangan pengambilalihan kesemua aset dan hutang tertunggak NFC. Cadangan korporat itu dikemukakan setelah pembatalan urusniaga di antara NFC dengan sebuah syarikat dari Jepun, Kirimitonas Agro Sdn Bhd pada Oktober 2013.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c https://www.linkedin.com/in/dato-anuar-othman-ba071216b/
  2. ^ a b c d http://www.theedgemarkets.com/article/highlight-anuar-making-corporate-comeback-0
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-25. Dicapai pada 2018-08-24.
  4. ^ https://www.malaysiakini.com/letters/45836
  5. ^ http://www.kinibiz.com/story/issues/27907/could-halim-have-done-it-on-his-own.html
  6. ^ https://www.thestar.com.my/business/business-news/2015/05/30/halim-dont-compare-renong-with-1mdb/
  7. ^ http://www.malaysia-today.net/2013/12/04/halim-saads-ex-aide-in-nfc-takeover/