Anugerah Bintang-Bintang Popular ke-6
(Dilencongkan dari Anugerah Bintang-Bintang Popular 1992)
Anugerah Bintang-Bintang Popular Berita Harian ke-6 ialah kali keenam penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan anjuran Berita Harian (kini dikenali sebagai Anugerah Bintang Popular). Bukan sahaja nama majlis bertukar (dahulunya sebagai Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular), bahkan juga bilangan anugerah yang diperbanyakkan untuk penghibur dan pelakon televisyen, artis komedi, dan drama televisyen. Untuk penganjuran seterusnya, kategori Drama TV Popular telah digugurkan.
Anugerah Bintang-Bintang Popular ke-6 | |
---|---|
Penghargaan | Pelakon, penyanyi dan drama TV |
Tarikh | 13 Februari 1993 |
Negara | Malaysia |
Anugerah pertama | 1987 |
Anugerah terbanyak | Eman Manan (2) |
Laman web rasmi | abp |
Pemenang Sunting
- Artis Paling Popular: Eman Manan
- Penyanyi Lelaki Popular: Nash
- Penyanyi Wanita Popular: Aishah
- Penyanyi Berkumpulan Popular: Fotograf
- Pelakon Filem Lelaki Popular: Eman Manan
- Pelakon Filem Wanita Popular: Erma Fatima
- Pelakon Filem Pembantu Lelaki Popular: Imuda
- Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular: Kuza
- Penghibur TV Lelaki Popular: Salih Yaacob
- Penghibur TV Wanita Popular: Fauziah Latiff
- Pelakon TV Lelaki Popular: Jins Shamsuddin
- Pelakon TV Wanita Popular: Norlida Ahmad
- Artis Komedi Lelaki Popular: Jalil Hamid
- Artis Komedi Wanita Popular: Wan Maimunah
- Drama TV Popular: Opah
Pautan luar Sunting
- Arkib Pemenang ABP (1993) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine